Islam di Xinjiang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Islam di Xinjiang Uyghur)

Masyarakat di Xinjiang menganut pelbagai agama. Agama Islam mempunyai pengaruh yang paling kuat. Tempat agama di Xinjiang mempunyai sebanyak lebih 23,000 buah termasuk masjid, kuil lama dan gereja Kristian dan ini telah memenuhi permintaan penduduk beragama. Pertubuhan agama di Xinjiang termasuk Persatuan Islam, Institut Islam, Persatuan Agama Buddha dan lain-lain.

Seramai lebih 9 juta orang dari 10 etnik menganut agama Islam di Xinjiang termasuk etnik Uyghur, Khazak, Hui dan lain-lain. Jumlah penduduk yang beragama Islam menempati 56.3% jumlah penduduk Xinjiang.

Penduduk etnik Mongol di Xinjiang kebanyakan menganut agama Buddha Tibet. Jumlah penganut agama Kristian di Xinjiang mencatat 30 ribu orang.