Isma Hanum binti Husein
| Rencana atau bahagian ini perlu diwikikan untuk memenuhi mutu piawaian Wikipedia. Harap anda perbaiki rencana ini dengan pautan yang sesuai. |
| Isma Hanum Husein | |
|---|---|
| Lahir | Isma Hanum binti Husein 1985 Kuala Lumpur, Malaysia |
| Tinggi | 158 cm |
| [ismahanum.blogspot.com Laman web rasmi] | |
Isma Hanum berjinak-jinak dalam bidang lakonan dengan melibatkan dirinya dalam projek filem pendek pelajar-pelajar kolej tempatan serta mengikuti kelas lakonan Joe Hasham (Acting for Beginners 2007) di Kuala Lumpur Performing Arts Centre (KLPac).
Isma kemudiannya mula beraksi dalam bidang teater dan selepas itu, televisyen.
Isma telah menunjukkan kebolehannya memainkan pelbagai watak, dari pelajar sekolah berumur 17 tahun (Nik dalam 5 Jingga)[1] ke ibu yang sakit tenat (Agi Idup Agi Ngelaban). Dari pelajar kolej yang 'posh' (Fasha dalam Incredible Tales) ke "goth chick" penuh masalah (Harum dalam Ghost (Musim 2)). Watak lemah (wanita yang baru keguguran dalam Aisha dan perempuan yang kehilangan hala tuju dalam First Cut) ke watak kuat dan jahat (Lady dalam Mnemonic dan Joyce dalam Yetzer Hara), dan macam-macam lagi. Tetapi watak kegemarannya adalah watak bomoh cantik dan penuh misteri dalam drama bersiri Kekasihku Seru.
Isma yang berasal dari Kuala Lumpur telah bersekolah di Sekolah Kebangsaan Taman Maluri dan kemudiannya Sekolah Menengah Kebangsaan Aminuddin Baki. Setelah tamat SPM, dia mengambil kursus GCE Advanced Level ('A' Level) di HELP University College. Dia sedang mengambil kursus Pengajian Teater secara jarak jauh (distance learning) dengan Rose Bruford College yang terletak di United Kingdom.
Isi kandungan |
[sunting] Televisyen
- Ghost (Musim 2) (2009, 8TV) oleh Popiah Pictures [arahan Ng Ping Ho, Joyce Lee, Tony Pietra, Khairil M. Bahar & Johan John]
- 5 Jingga (2008, 8TV) oleh Double Vision [arahan Low Ngai Yuen & Ng Ken Kin]
- Incredible Tales (2008, Mediacorp) oleh Filmscape [arahan Kabir Bhatia]
- Kekasihku Seru (2008, TV3) oleh Filmscape [arahan Kabir Bhatia]
- Frontpage (2008, NTV7) oleh Filmscape [arahan Kabir Bhatia]
- Kasanova XXL (2008, TV3) oleh Pesona Pictures [arahan Ibrahim Elias & Kamarul Nizam]
- Wira Siswi (2008, Astro Ria) oleh London Filmmakers Studio [arahan CK Wong]
- Sutera Maya (2008, TV3) oleh Filmscape [arahan Hadzrin Husni & Jet Li]
- Cinta Tiga Segi (2007, NTV7) oleh Greenlight Pictures [arahan Woo Ming Jin]
- Agi Idup Agi Ngelaban (2007, NTV7) oleh Niche Films [arahan Tony Pietra]
[sunting] Filem Pendek
- Aisha (2008) oleh pelajar-pelajar Sunway University College [arahan Faiqsyazwan Kuhiri]
- Yetzer Hara - Evil Inclination (2008) oleh pelajar-pelajar SAE Institute [arahan Ngeoh Jian Cong]
- Mnemonic (2008) oleh pelajar-pelajar CENFAD [arahan Alex Iskandar Melzi]
- Sarah Marah (2008) oleh LA Unggul Pictures [arahan Rozinorazali ]
- The Value of My Sanity (2007) oleh Goat Films [arahan Idzwan Junaidi]
- Undilah/Make A Difference (2007) oleh KOMAS [arahan Tony Pietra]
- First Cut (2007) oleh pelajar-pelajar SAE Institute [arahan Brandon Giam]
- One=1 (2007) oleh pelajar-pelajar CENFAD [arahan Farid Ramlee]
- Unsecured Loan (2007) oleh J Blockbuster [arahan Juliane Block]
[sunting] Filem
- Emperor (2008) oleh The Factory dan J Blockbuster [arahan Juliane Block]
[sunting] Teater
- Improvisational Tableaux Vivant (2008) oleh The Oral Stage untuk KLPac Open Day [arahan Kelvin Wong]
- The Illusion (2007) oleh The Oral Stage [arahan Kelvin Wong]
- Tari Canggung Hamidah (2007) oleh T@MU untuk Festival Teater Selangor [arahan Ibrahim Razale]
- Tunku the Musical (2007) oleh KLPac [arahan Joe Hasham]