Ismen Nadim bin Isam

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Isman
Nama lahirIsman Nadim bin Isam
Berasal dariMalaysia Malaysia
GenreNasyid
PekerjaanPenyanyi, Komposer, Penulis Lirik
Tahun aktif1997-kini
Pengkarya berkait
Kumpulan Hijjaz

Isman Nadim bin Isam yang dikenali sebagai Isman merupakan salah seorang anggota kumpulan Hijjaz yang merupakan kumpulan penyanyi Malaysia yang menyampaikan lagu berirama nasyid. Beliau merupakan anggota Hijjaz yang paling tua dan mempunyai dua nama pena iaitu Manis Alia dan Manis Helma. Beliau telah dilahirkan pada (1969-04-28) 28 April 1969 (umur 54) dan merupakan anak jati Kota Tinggi, Johor Darul Takzim.

Antara hobi beliau ialah mencipta lagu dan menunggang motosikal berkuasa tinggi. Beliau juga amat menggemari makanan yang pedas dan gulai kicap. Selain menyanyi, beliau turut berkebolehan dalam menerbit, menggubah lagu, menulis lirik dan bermain alat muzik percussion. Antara lagu yang dicipta oleh beliau ialah Kasih Kekasih (In-Team), Hanya Tuhan Yang Tahu (UNIC), Jalinan (UNIC), Demi Cinta Suci (UNIC), Remaja (UNIC), Insan Bernama Kekasih (UNIC), Mahar Cinta (Devotees) dan Tika Dinihari (Devotees).