Israel dan senjata pemusnahan meluas

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Israel dipercayai mempunyai senjata nuklear, dan terdapat kemungkinan Israel mempunyai program senjata kimia dan biologi. Israel mematuhi Protokol Geneva pada 20 Februari, 1969.

Senjata nuklear[sunting | sunting sumber]

Kerajaan Israel enggan untuk mengesahkan atau menafikan secara rasmi bahawa Israel mempunyai program senjata nuklear, dan tidak menandatangani Persefahaman Membantut Percambahan Senjata Nuklear (Treaty on the Non-Proliferation of Nuclear Weapons - NPT). Pada tahun 1998, bagaimanapun, bekas Perdana Menteri Shimon Peres mengakui secara terbuka bahawa Israel "membina pilihan nuklear, bukannya untuk Hiroshima tetapi untuk Oslo." [1]. "Pilihan nuklear" boleh merujuk kepada senjata nuklear atau reaktor nuklear di Dimona, yang didakwa oleh pihak Israel untuk penyelidikan saintifik.

Pendedahan pertama keupayaan nuklear Israel datang daripada Sunday Times berpengkalan di London pada 5 Oktober 1986, yang mencetak maklumat yang dibekalkan oleh Mordechai Vanunu, bekas pekerja di Pusat Penyelidikan Nuklear Negev, kemudahan yang terletak di gurun Negev selatan Dimona. Disebabkan pendedahannya, Vanunu diculik oleh Mossad dan dihukum penjara selama 18 tahun, 12 tahun adalah penahanan bersendirian (solitary).

Walaupun terdapat banyak spekulasi sebelum pendedahan Vanunu berkenaan tapak Dimona mencipta senjata nuklear, maklumat Vanunu menunjukkan bahawa Israel juga mencipta senjata termonuklear.

Menurut Inisiatif Ancaman Nuklear (Nuclear Threat Initiative), berdasarkan maklumat Vanunu, Israel mempunyai anggaran 100–200 peranti bahan letupan nuklear dan sistem pengangkut peluru berpandu Jericho. Laporan Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat yang diterbitkan pada 2004 meletakkan jumlah senjata pada 82. Perbezaan mungkin terletak pada jumlah bahan yang dimiliki Israel berbanding jumlah senjata yang siap.

Disebabkan tiada ujian nuklear yang diketahui dilakukan, kedua-dua kewujupan dan keupayaan senjata nuklear Israeli kekal menjadi persoalan.

Lihat juga pembangunan senjata nuklear Israel.

Senjata kimia[sunting | sunting sumber]

Israel telah nenandatangani tetapi tidak mengesahkan Konvensyen Senjata Kimia (KSK). Terdapat spekulasi bahawa program senjata kimia mungkin terletak di Institut Penyelidikan Biologi Israel (IPBI) di Ness Ziona. Pengintip Marcus Klingberg menjalani hukuman penjara 20 tahun kerana mendedahkan rahsia Israel kepada Kesatuan Soviet.

Senjata Biologi[sunting | sunting sumber]

Israel tidak menandatangani Konvensyen Senjata Biologi dan Toksin (Biological and Toxin Weapons Convention- BWC). Terdapat spekulasi bahawa program senjata biologi Israel mungkin terdapat di Institut Penyelidikan Biologi Israel (Israel Institute of Biological Research-IIBR) di Ness Ziona.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]


Wiki letter w.svg

 Rencana ini merupakan rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya.