Istana Kehakiman

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Pandangan dari hadapan Istana Kehakiman.
Istana Kehakiman Putrajaya

Istana Kehakiman atau dikenali dengan nama Palace of Justice merupakan tempat letaknya Mahkamah Persekutuan dan Mahkamah Rayuan Malaysia di Putrajaya. Bangunan ini meliputi blok bangunan pentadbiran mahkamah kembar 5 dengan 2 bangunan satelit berkembar yang menempatkan bilik-bilik mahkamah. Bangunan mahkamah ini terletak di Presint 3, Putrajaya, Malaysia. Ia dicipta dengan menggunakan sentuhan seni reka Moor yang jelas kelihatan dari binaan kubahnya, turus, dan gerbang. Bangunan ini direka berdasarkan 3 prinsip falsafah utama iaitu keseimbangan (keadilan), ketelusan dan kekuatan sistem kehakiman negara Malaysia. Para pelawat bebas untuk bergambar di hadapan bangunan mahkamah ini demi menjiwai seni reka klasik dan erti keadilan yang cuba digambarkan menerusi kehalusan seni binaan.

Rujukan[sunting]

  • Buku maklumat pelancongan Putrajaya Intelligent Garden City (English) cetakan 2009, edaran percuma Tourism Malaysia, Kementerian Pelancongan Malaysia.