Istana Negara Ajuda

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Palácio Nacional da Ajuda.

Istana Negara Ajuda (Bahasa Portugis: Palácio Nacional da Ajuda) adalah sebuah tugu neoklasik di bandaraya Lisbon, di Portugal. Istana telah dibina sewaktu kurun ke-19 dijadikan sebuah tempat kediaman untuk Raja Portugal.

Tapak ini di mana Istana berdiri, di kawasan kejiranan Ajuda, telah terdahulunya diduduki oleh Khemah Diraja (Real Barraca), sebuah struktur kayu yang merumahkan Raja José I selepas Istana Ribeira dimusnah dalam Gempa Bumi Lisbon 1755. Selepas struktur kayu ini dimusnahkan dalam kebakaran pada 1794, sewaktu pemerintahan Ratu Mary I dan Putera John VI,sebuah Istana baru bermula dibina oleh arkitek Manuel Caetano de Sousa, yang merancang sebuah bangunan baroque-rococo lewat. Tingkat-tingkat bawah menara Istana, dengan tingkap rococ lazim, bermual dari waktu ini.

Pada 1802, projek ini telah diamanakan pada José da Costa e Silva orang Portugis dan Francisco Xavier Fabri orang Itali, yang merancang sebuah bangunan besar dalam gaya neoclasik moden. Pada 1807 Keluarga Diraja melarikan diri ke Brazil, berikutnya penyerbuan Portugal oleh tentera Perancis, dan kerja-kerja diteruskan secara perlahan-lahan dengan Fabri bertugas pada projek, kemudian diikuti oleh António Francisco Rosa. Kekurangan sumber kewangan dapat menyebabkan projek untuk dikurangkan secara besar dalam skala.

Pemandangan Kebun Musim Sejuk di Istana Ajuda.

Istana ini menjadi sebuah tempat kediaman keluarga diraja sewaktu pemerintahan Raja Luis I (selepas 1861) dan isterinya, puteri Itali Maria Pia dari Savoy. Arkitek mereka, Possidónio da Silva, memperkenalkan banyak perubahan estetik dan menukarkan salah satu dari muka hadapan sisian ke dalam muka hadapan utama. Selepas kematian suaminya, Permaisuri Maria Pia terus menetap di istana hingga suatu coup ketenteraan menjatuhkan monarki pada 1910. Ia kini sebuah muzium.

Istana Negara Ajuda adalah salah satu dari bangunan neoklasik terawal di Lisbon. Istana ini berbentuk segi empat sama dengan sebuah halaman dalam tengah. Sayap Barat istana belum ditamatkan, sementara sayap Timur kininya muka hadapan utama engan dua menara di sudut-sudut. Bahagian tengah muka hadaan mempunyai sebuah tympanum dengan jata Portugal dan sebuah pintu masuk oleh banyak artis Portugis penting pada kurun ke-19.

Koordinat: 38°42′27″N 9°11′52″W / 38.70750°U 9.19778°B / 38.70750; -9.19778

Rujukan[sunting | sunting sumber]