Istana kota Corfe

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Istana kota Corfe
Corfe Castle, Dorset, United Kingdom
Puing istana kota Corfe dari laman bailey luar
Istana kota Corfe is located in Bumi
Istana kota Corfe
Istana kota Corfe (Bumi)
Koordinat50°38′24″N 2°03′29″W / 50.640°N 2.058°W / 50.640; -2.058
JenisIstana kota
Maklumat tapak
PemilikNational Trust for Places of Historic Interest or Natural Beauty
Dibuka kepada
orang awam
Yes
StatusRuined
Sejarah tapak
Dimusnahkan1645 (separa)
PerangPaerang Saudara England

Istana kota Corfe merupakan salah sebuah istana kota yang terletak di Britain. Ia terletak di atas bukit terpencil, tapak segi tiga timbunan puing dan runtuhan bangunan dan tembok ini menandakan bekas tapak istana kota yang hebat. Tapak curam semulajadi, terletak di celah cerun tengah antara Bukit Purbeck, memberikan persekitaran yang sempurna sebagai istana kota kegemaran Raja John.

Kemungkinannya terdapat binaan Norman sebelum struktur pertama istana kota Norman di bina di Corfe. Ia terkenal sebagai tapak yang dikaitkan dengan pembunuhan Raja Edward yang masih muda pada tahun 978. Lewat akhir kurun ke-11 istana kota Corfe mula dibina dengan menggunakan batu, dengan dewan kecil dan tembok pertahanan, mengelilingi apa yang kemudiannya menjadi Laman Dalam ("inner bailey"). Bukti kerja awal ini terdapat berhampiran puncak bukit. Semasa pemerintaha Henry I, menara besar segi tiga tiga tingkat dibina bersebelahan dinding selatan Laman Dalam ("inner bailey"), dan ini kemudiannya disambung dengan bangunan depan ("forebuilding").

Ia diperbesarkan dengan banyaknya apabila Raja John menaiki takhta dan, antara lain, dia bertanggungjawab bagi blok penginapan selesa yang dipanggil 'gloriette'. Ia merupakan tempat penginapan terbaik di sebarang istana kota Inggeris pada permulaan kurun ke-13, tetapi tidak banyak yang terselamat sehingga hari ini. Raja John menghabiskan banyak masa di istana kota Corfe dan turut menambah tembok pertahanan mengelilingi Laman barat, dan menara segi lapannya, parit yang memisahkan laman luar tenggara dari bahagian lain istana kota, dan sebahagian dari tembok pertahanan dan menara sisi bagi laman luar ("outer bailey").

Bahagian lain tembok pertahanan dan tambahan rumah pagar tenggara , dan rumah pagar dalam dilakukan oleh Raja Henry III, yang menggunakan istana kota Corfe sebagai tempat simpan senjata selain kediaman berkubu. Kerja penting lain yang dilakukan hanyalan semasa pemerintahan Raja Edward I apabila satu tingkat tambahan dibina pada menara besar. Sehingga tempoh Ratu Elizabeth I, istana kota Corfe kekal sebagai milik Raja tetapi semakin jarang dilawati oleh keluarga diraja. Kos pulihara meningkat dan Elizabeth memutuskan untuk menjualnya pada tahun 1572.

Perang Saudara menentukan nasibnya. Setelah berjaya menahan serangan Parlimen, istana kota Corfe menjadi pulau pasukan diraja selama hampir tiga tahun. Akibatnya, selepas ia ditawan pada tahun 1646, Parlimen memerintahkan agar ia dibinasakan sepenuhnya, tetapi ini terbukti amat sukar untuk dilakukan. Letupan yang digunakan menyebabkan dinding dan menara membonjol keluar, dan sesetengah bahagian gelincir kebawah bukit, tetapi kebanyakan struktur kekal berdiri. Menara Butavant segilapan kurun ke-13 di hujung barat laman rosak teruk tetapi, sebaliknya Menara Utara mengekalkan kebanyakan ciri-ciri seni binannya.

Terletak di dinding pertahanan timur berhampiran parit istana kota, Menara Plukenet masih memiliki jata Alan de Plukenet pada kerja batu di dalam. Dia merupakan konstable istana kota Corfe semala lima tahun ketika Henry III menjadi Raja. Terletak di penjuru tenggara laman luar, Menara Ladam Kuda kurun ke-13 terselamat pada ketinggian asalnya, tetapi hanya bahagian bawah menara Rumah Pagar luar dari tempoh yang sama masih kekal.

Keadaan istana kota Corfe yang tinggal runtuhan menyukarkan untuk membayangkan betama mewahnya ia ketika Raja John tinggal di situ 700 tahun dahulu, tetapi beberapa bahagian yang tinggal memberikan petunjuk pada kemewahannya dahulu. Tersergam sebagai peninggalam dramatik pada kekuatan pembina istana kota zaman pertengahan, istana kota Corfe kini menjadi latar yang nostalgik dengan berlatarkan pandangan desa Dorset yang tenang.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Notes
Bibliography
  • Brooks, Christopher W. (2004), "Bankes, Sir John (1589–1644)", Oxford Dictionary of National Biography ((langganan atau keahlian perpustakaan awam United Kingdom diperlukan)), Oxford: Oxford University Press
  • Brown, Reginald Allen (July 1955), "Royal Castle-Building in England, 1154–1216", The English Historical Review, Oxford University Press, 70 (276): 353–398, doi:10.1093/ehr/lxx.cclxxvi.353, JSTOR 559071
  • Brown, Reginald Allen (1976) [1954], Allen Brown's English Castles, Woodbridge: The Boydell Press, ISBN 1-84383-069-8
  • Cantor, Leonard (1987), The Changing English Countryside, 1400–1700, London: Routledge & Kegan Paul, ISBN 0-7102-0501-5
  • Harfield, C. G. (1991), "A Hand-list of Castles Recorded in the Domesday Book", English Historical Review, 106: 371–392, doi:10.1093/ehr/CVI.CCCCXIX.371, JSTOR 573107
  • Impey, Edward; Parnell, Geoffrey (2000), The Tower of London: The Official Illustrated History, Merrell Publishers in association with Historic Royal Palaces, ISBN 1-85894-106-7
  • King, David James Cathcart (1988), The Castle in England and Wales: an Interpretative History, London: Croom Helm, ISBN 0-918400-08-2
  • Liddiard, Robert (2005), Castles in Context: Power, Symbolism and Landscape, 1066 to 1500, Macclesfield: Windgather Press Ltd, ISBN 0-9545575-2-2
  • Royal Commission on Historical Monuments (England) (1960), "Excavations in the West bailey at Corfe Castle" (PDF), Medieval Archaeology, 4: 29–55
  • Royal Commission on Historic Monuments (England) (1970), An Inventory of Historical Monuments in the County of Dorset: south-east part i, ii
  • Yarrow, Anne (2005) [2003], Corfe Castle (ed. revised), The National Trust, ISBN 978-1-84359-004-0

Bacaan lanjut[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]