Istana kota Nagoya

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Istana kota Nagoya pada hari ini.
Istana kota Nagoya dan struktur-struktur Istana Honmaru di sekelilingnya, dalam satu gambar yang diambil kira-kira tahun 1880 - disebabkan kewujudan Honmaru, pembinaan semula keseluruhan kawasan ini telah dirancang.
Istana kota Nagoya sebelum pengeboman dan kebakaran pada tahun 1945.

Istana kota Nagoya (名古屋城 Nagoya-jō?) adalah sebuah istana yang terletak di kota Nagoya, Wilayah Aichi, Jepun. Di sekeliling istana kota ini terdapat Taman Meijō. Istana ini merupakan tempat kediaman rasmi Keluarga Tokugawa-Owari selama 17 generasi. Istana kota Nagoya diwar-warkan sebagai salah satu daripada tiga buah istana kota terbaik di Jepun yang pernah dibina oleh Kato Kiyomasa dan Tōdō Takatora. Dua istana kota lainnya adalah Istana kota Osaka dan Istana kota Kumamoto.

Di atas atap menara utama terdapat dua ekor shachi (sejenis ikan legenda yang berkepala harimau) yang dibuat daripada emas tulen, sehingga Istana kota Nagoya terkenal sebagai Istana Shachi Emas atau Istana Emas. Ikan shachi dari emas juga merupakan lambang kota Nagoya.

Oda Nobunaga lahir di kompleks bangunan lama Istana Nagoya (那古野城 Nagoya-jō?) yang lokasinya berada di kompleks Istana Nagoya yang sekarang, tepatnya di kawasan Ninomaru. Kawasan Istana Nagoya yang lama pernah menjadi tanah milik puak Oda dan puak Imagawa.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  • Sengoku no kenjō II Senryaku-senjutsu ni ōjita tasai na jōkaku-gun (戦国の堅城II 戦略・戦術に応じた多彩な城郭群). Gakushūkenkyūsha, 2006.
  • Nagoya-jō Owari o shugosuru kin no shachi (名古屋城 尾張を守護する金の鯱). Gakushūkenkyūsha, 2000.
  • Fukugen taikei nippon no shiro 4: Tōkai (復元大系日本の城4 東海). Gyōsei, 1992.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]