Istighfar

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Sebahagian daripada siri
Fiqh Islam

(suatu disiplin kajian Islam)

Bidang-bidang


Istighfar dalam pengertian (Bahasa Arab: إستغفار) adalah memohon ampunan atas segala dosa yang dilakukan oleh seorang hamba dengan upaya untuk tidak mengulangi perbuatan tersebut.

Memohon Keampunan[sunting | sunting sumber]

Dalam Islam, istighfar adalah tindakan meminta maaf atau memohon keampunan daripada Allah. Ia adalah salah satu bahagian yang penting dalam Islam.

Tindakan ini pada umumnya dilakukan dengan mengulangkan perkataan (Bahasa Arab: إستغفار اللَّهَ) astaghfirullah, yang bermakna "Saya meminta keampunan Allah".

Seorang Muslim menyebut perkataan ini beberapa kali, bukan sahaja ketika meminta ampun dari Allah sebagai doa, malah juga ketika dia sedang berbicara dengan orang lain. Apabila seorang Muslim hendak mencegah dari melakukan perbuatan yang salah, atau juga ketika dia mahu membukti bahawa dia tidak bersalah pada satu peristiwa dia menggunakan pernyataan ini. Setelah solat, seorang Muslim menyebut pernyataan ini tiga kali.

Bentuk Lafaz Istighfar[sunting | sunting sumber]

  • أستغفرالله , أستغفرالله

Dalil Al Quran[sunting | sunting sumber]

Firman Allah S.W.T:

"Maka ucapkanlah tasbih dengan memuji Tuhanmu dan beristighfar kepadaNya, sesungguhnya Dia amat menerima taubat." - (Surah An-Nasr: 3)

Hukum Istighfar[sunting | sunting sumber]

Istighfar merupakan suatu ibadah yang mulia dan salah satu cara untuk mendekatkan diri kepada Allah swt, baik hal tersebut untuk dirinya sendiri maupun untuk orang lain. Oleh itu, kedudukan hukum Istighfar itu sendiri adalah seperti berikut:-

  1. Sunat - istighfar pada asalnya adalah sunat boleh dilakukan pada bila-bila masa.
  2. Wajib - istighfar yang dilakukan setelah berbuat dosa, seorang hamba diwajibkan untuk segera beristighfar jika ia melakukan perkara yang dilarang oleh Allah swt.
  3. Haram - istighfar untuk orang kafir, istighfar bagi mereka tidak ada manfaatnya sama sekali, disebabkan oleh kekufuran dan kefasikannya, walaupun ia saudara dekat kita.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Kerajaan Arab Saudi Kementerian Hal Ehwal Islam, Wakaf, Dakwah dan Nasihat [1]
  2. Universiti Islam Antarabangsa Malaysia,IIUM [2]

Nota kaki[sunting | sunting sumber]