Isyarat asap

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Orang asli Amerika dalam lukisan oleh Frederic Remington

Isyarat asap ialah kepulan asap yang naik ke langit pada sela masa tertentu dan mempunyai maksud tertentu. Ia merupakan bentuk terawal komunikasi jarak jauh dalam sejarah bertulis.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Dalam sejarah Cina purba, para tentera di Tembok Besar menghantar isyarat-isyarat asap di menara mereka untuk memberi amaran kedatangan dan ancaman musuh.[1][2] Warna asap menentukan saiz bala tentera musuh yang mendatang.[1] Dengan membina menara asap dalam jarak yang tetap, dengan tentera diletakkan di setiap menara, mesej isyarat asap dapat disampaikan di sepanjang tembok.[1] Isyarat asap juga dapat member amaran kepada pihak istana, dan oleh itu, dapat membentuk strategi ketenteraan.[2]

Di Sri Lanka purba, para tentera diletakkan di puncak gunung dan memberi isyarat amaran kedatangan musuh sesama mereka dari puncak ke puncak. Dengan ini, mesej dapat dihantar ke pihak raja dalam beberapa jam.[3]

Asap putih menandakan kejayaan pemilihan Paus baharu (Gereja Kecil Sistine, Kota Vatikan).[4]

Kini, isyarat asap masih digunakan dalam kes seperti pemilihan Paus baharu; para kardinal (pembesar Katolik darjat tinggi) menjalani undian sulit sehingga seseorang memperoleh undian sekurang-kurangnya majoriti dua per tiga tambah satu. Kertas undian kemudiannya dibakar selepas undian dibuat. Asap hitam menandakan undian yang gagal, tetapi asap putih menandakan Paus baharu berjaya dilantik.[5] Selain itu, isyarat asap masih digunakan dalam bidang ketenteraan serta sebagai isyarat untuk memohon pertolongan.[6]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c Ivan, Djordjevic (2010). Coding for Optical Channels. Springer US. m/s. 2. ISBN 978-1-4419-5569-2. OCLC 699999686.
  2. ^ a b Du, Yumin; Chen, Wenwu; Cui, Kai; Guo, Zhiqian; Wu, Guopeng; Ren, Xiaofeng (2021-02-16). "An exploration of the military defense system of the Ming Great Wall in Qinghai Province from the perspective of castle-based military settlements". Archaeological and Anthropological Sciences. 13 (3). doi:10.1007/s12520-021-01283-7. ISSN 1866-9557. S2CID 231940516.
  3. ^ Knox, Robert. Historical Relation of Ceylon.
  4. ^ Chumley, Cheryl K. (12 March 2013). "What Do American Catholics Want in the Next Pope?". Fox News. The Washington Times. Diarkibkan daripada yang asal pada 7 July 2017. Dicapai pada 15 March 2013.
  5. ^ Baumgartner, Frederic (2003). Behind Locked Doors: A History of the Papal Elections (dalam bahasa Inggeris). Palgrave Macmillan. m/s. 241-245. ISBN 978-0-312-29463-2. Dicapai pada 18 February 2020. smoke.
  6. ^ Smoke signal, Nov 28, 1967, dicapai pada 2017-02-01