Ivan Tričkovski

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Ivan Tričkovski
Maklumat peribadi
Nama penuh Ivan Tričkovski
Tarikh lahir (1987-04-18) 18 April 1987 (umur 36)
Tempat lahir Skopje, SFR Yugoslavia
Ketinggian 1.82 m (5 ka ​11 1116 in)
Posisi permainan Penyerang / Sayap
Maklumat kelab
Kelab terkini
Al-Nasr
Nombor 7
Kerjaya remaja
FK Vardar
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2004–2006 FK Vardar 32 (6)
2006–2007 FK Rabotnički 26 (14)
2007–2010 Red Star Belgrade 25 (3)
2009–2010EΝ Paralimni (pinjaman) 29 (8)
2010–2012 APOEL 51 (17)
2012–2014 Club Brugge 19 (1)
2013–2014Waasland-Beveren (pinjaman) 33 (5)
2014– Al-Nasr 9 (3)
Pasukan kebangsaan
2003 Macedonia B17 3 (2)
Macedonia B19 6 (3)
Macedonia B1 9 (1)
2010– Macedonia 34 (4)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 5 Disember 2014
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 7 Jun 2014

Ivan Tričkovski (Cyrilic Macedonia: Иван Тричковски) (lahir 18 April 1987) merupakan pemain bola sepak Macedonia yang kini bermain Al-Nasr di Liga Arab UAE.

Kerjaya kelab[sunting | sunting sumber]

Red Star Belgrade[sunting | sunting sumber]

Beliau sertai Red Star Belgrade pada Januari 2008 dengan bayaran sekitar €0.8 juta dari FK Rabotnički.[1] Beliau kemudian menentang (APOEL) dalam Piala UEFA 2008–09 ketika bermain untuk Red Star, dan keputusannya tewas ketika seri 3-3 di Belgrade apabila APOEL menang mengikut gol lawan selepas pemainnya menjaringkan gol pada minit ke-116.[2]

APOEL[sunting | sunting sumber]

Beliau menghabiskan musim 2009-2010nya di Enosis Neon Paralimni di mana beliau menjaringkan 8 gol dalam 29 penampilan dan berjaya menarik perhatian dari kelab Cyprus, APOEL, yang bersetuju untuk membeli Tričkovski pada Mei 2010. Bayaran pemindahan itu dikatakan sekitar €300,000.[3] Pada Disember 2010, kelab Belgium, Lokeren telah membuat tawaran sebanyak €1,2 juta untuk Trickovski tetapi APOEL menolak.[4] Tričkovski membantu APOEL menjuarai trofi liga pada musim pertamanya dengan menjuarai Divisyen Pertama Cyprus 2010–11. Pada musim berikutnya, beliau tampil dalam semua perlawanan APOEL kecuali perlawanan Liga Juara-Juara UEFA 2011–12 dan beliau menjaringkan satu gol ketika menentang Shakhtar Donetsk pada 28 September 2011, keputusannya seri 1-1. Beliau juga menyudahkan tendangan penalti untuk memastikan kemenangan kepada APOEL ketika menentang Olympique Lyonnais dalam pusingan 16 Liga Juara-Juara, APOEL menang 4-3 selepas seri pada agregat 1-1.[5]

Club Brugge[sunting | sunting sumber]

Pada Jun 2012, beliau berpindah ke kelab Belgium, Club Brugge dengan bayaran yang tidak didedahkan tetapi dilaporkan sekitar €1.2 million.[6][7] Pada 20 Julai 2013, beliau melengkapkan perpindahan ke Waasland-Beveren, secara pinjaman tempoh lama dari Club Brugge.[8]

Kerjaya antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Tričkovski telah dipanggil pada Februari 2008 untuk menyertai pasukan kebangsaan Macedonia untuk menentang Serbia dalam perlawanan persahabatan,[9] tetapi beliau tidak bermain akibat kecederan. Beliau membuat penampilan pertama bersama pasukan kebangsaan pada 29 Mei 2010 menentang Azerbaijan, beliau juga menjaringkan gol "voli" pada perlawanan itu, Macedonia menang 3-1.

Gol antarabangsa[sunting | sunting sumber]

# Tarikh Arena Lawan Skor Keputusan Kejohanan
1. 29 Mei 2010 Sportplatz Bischofshofen, Bischofshofen, Austria  Azerbaijan 3–1 Menang Persahabatan
2. 11 Ogos 2010 Stadium Nasional Ta' Qali, Ta' Qali, Malta  Malta 1–1 Seri Persahabatan
3. 26 Mac 2011 Dublin Arena, Dublin, Ireland  Ireland 2–1 Tewas Kelayakan UEFA Euro 2012
4. 6 September 2013 Philip II Arena, Skopje, Macedonia  Wales 2–1 Menang Kelayakan Piala Dunia FIFA 2014

Penghargaan[sunting | sunting sumber]

Cyprus APOEL

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Rampant Rabotnicki ready for restart". UEFA.com. 2008-02-18. Dicapai pada 2008-02-23.
  2. ^ Macedonian Football .com - Makedonski Fudbal .com - Ivan Trickovski
  3. ^ Macedonian Football .com - Makedonski Fudbal .com - Ivan Trickovski presented at APOEL
  4. ^ "Αν έρθει πρόταση, το συζητούμε…". sigmalive.com. 2011-04-21. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-04-24. Dicapai pada 2011-09-16.
  5. ^ Lyon stunned as APOEL fairy tale continues; UEFA.com, 7 March 2012
  6. ^ "Ivan Trickovski 4th new Summer signing at Club Brugge". Club Brugge. 29 June 2012. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-07-03. Dicapai pada 2014-12-09.
  7. ^ "Клуб Бриж го претстави Тричковски (Club Brugge presented Tričkovski)" (dalam bahasa Macedonian). supersport.com.mk. 29 June 2012. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-01-12. Dicapai pada 2014-12-09.CS1 maint: unrecognized language (link)
  8. ^ "Welkom Ivan Trickovski" (dalam bahasa Dutch). waasland-beveren.be. 20 July 2013. Dicapai pada 20 July 2013. Unknown parameter |trans_title= ignored (bantuan)CS1 maint: unrecognized language (link)
  9. ^ "Katanec calls-up uncapped Trickovski". UEFA.com. 2008-01-23. Dicapai pada 2008-02-23.