Izi Yahya

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Izi Yahya
Kelahiran
Rafizi bin Yahya

1965 (1965)
Meninggal dunia25 Jun 2007(2007-06-25) (umur 41–42)
Sebab kematianSerangan jantung
DikebumikanTanah Perkuburan Islam Ulu Kelang, Selangor
PekerjaanPelakon
Tahun aktif1984–2007
PasanganSuraya Abdullah
Anak-anak1
BapaYahya Mat Samah
SaudaraAswad Yahya (abang)

Rafizi Yahya atau lebih dikenali sebagai Izi Yahya (1965 – 25 Jun 2007) merupakan seorang pelakon dan dramatis yang cukup terkenal dengan lakonannya sebagai penjahat dengan watak negatif dan antagonis.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Lakonan Izi Yahya akan tetap dikenang ramai kerana beliau merupakan antara pewaris yang menyambung legasi pelakon legenda berwatak jahat dan bengis seperti Salleh Kamil dan A. Rahim.

Kematian[sunting | sunting sumber]

Beliau telah meninggal dunia pada 25 Jun 2007 di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru pada jam 10.30 pagi akibat serangan jantung. [1]

Sepanjang kerjayanya dalam bidang seni, beliau telah menggegarkan industri perfileman termasuk melakonkan watak tentera Jepun bernama Leftenan Akishi yang cuba memperkosa Embun (Umie Aida) dalam filem Embun pada tahun 2002. Beliau turut berlakon dalam banyak drama dan yang terbaru adalah Rahsia Sebuah Pengorbanan dan Kalau Kasih Masih Ada.

Meninggal dunia pada 25 Jun 2007 setelah jatuh semasa penggambaran, doktor mengesahkan beliau meninggal akibat serangan jantung.

Jenazah Izi telah dibawa balik ke rumah keluarganya di Datuk Keramat, Kuala Lumpur, sebelum dikebumikan di perkuburan Islam Ulu Klang.

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Catatan
1985 Ali Setan Jeff Filem pertama
1986 Balik Kampung Johari
Ali Setan 2 Jeff
1993 Pemburu Bayang Helmy
1995 Pesona Cinta
Johnny Bikin Filem Robert Tidak ditayangkan
2002 Embun Leftenan Akishi
2007 Qabil Khushry Qabil Igam Asrul Filem terakhir

Drama[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
1998 Roda-Roda Kuala Lumpur TV1 Pelakon undangan
1999 Gerak Khas (Musim 1) Pelakon undangan
2004 Rahsia Sebuah Pengorbanan
Sephia TV3
Kalau Kasih Masih Ada
2005 Nur TV1

Telefilem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
1990 Tuhan Sayang Padamu Bob Tokan TV1
1992 Fatihah Fatihah TV3
1993 Peti Maut TV1
Laila Sari TV2
2003 Neon Inspektor Polis VCD
Puteri Histeria Jamaluddin
Orang Gaji 2 - Bomoh
2007 Suara Saleha Bos TV3

Anugerah dan pencalonan[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Pelakon Izi Yahya meninggal akibat pendarahan otak". Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-01-01. Dicapai pada 2015-01-01.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]