Izzue Islam

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Izzue Islam
Izzue pada Mei 2016.
Kelahiran
Muhammad Izzul Islam bin Mazlan

(1990-06-02) 2 Jun 1990 (umur 33)
PendidikanSijil Pelajaran Malaysia (SPM)
PekerjaanPelakon, penyanyi, pengacara
Tahun aktif2009–kini
Ketinggian1.75 m (5 ka ​8 78 in)
PasanganAwin Nurin (k. 2013)
Kerjaya muzik
GenrePop
PekerjaanPenyanyi
InstrumenVokal
Tahun aktif2011–kini
Syarikat rakaman
KRU Studios
Pengkarya berkait
Forteen (2011-18)

Muhammad Izzul Islam Mazlan (lahir 2 Jun 1990)[a] ialah seorang pelakon, penyanyi dan pengacara lelaki Malaysia.[1] Memulakan kerjaya seninya dengan berlakon dan seterusnya nyanyian dengan menyertai kumpulan Forteen. Beliau mula dikenali selepas memenangi anugerah Pelakon Lelaki Harapan di Festival Filem Malaysia ke-25 dan Hero Baru Terhebat di Anugerah Blokbuster 2. Namanya kian meningkat apabila diberikan tanggungjawab menggalas watak utama di dalam drama Sebenarnya, Saya Isteri Dia!.[2]

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Beliau dilahirkan pada hari Sabtu 2 Jun 1990 persamaan 8 Zulkaedah 1410 masihi sebagai Muhammad Izzul Islam bin Mazlan di Kota Bharu, Kelantan dan berkelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Forteen[sunting | sunting sumber]

Izzue Islam menyertai kumpulan Forteen sewaktu kumpulan ini ditubuhkan pada 2011. Kumpulan ini turut dianggotai Muhammad Ridzuan Sharifuddin (One), Saiful Ridzuan Abdul Hamid (Ariz) dan Mohd Arif Ameerais Azhar (Ameerais). Forteen mula dikenali umum setelah muncul bersama single "Berdua Bersatu" yang dkeluarkan pada 27 Ogos 2011.[3]

EP sulung mereka, Kita dikeluarkan pada 19 Disember 2013 diterbitkan oleh KRU Records,[4] mengandungi 6 lagu. Pada 2014, KRU Music mengumumkan bahawa Forteen bakal menganjurkan konsert buat pertama kalinya pada 29 Mac 2014 bagi menghargai peminat mereka[5][6] Namun, pihak menganjur telah menunda konsert tersebut kepada tarikh baharu iaitu 26 April 2014 bagi menghormati kejadian pesawat MH370 yang hilang pada 8 Mac 2014.[7] Pada Disember 2016, Izzue menafikan khabar angin mengatakan beliau keluar dari Forteen. Beliau muncul dengan single solo ciptaan sendiri berjudul "Bimbang". Izzue berkata: "Saya ingin cuba sesuatu yang baru dan bakat dalam bidang penciptaan lagu, alang-alang menulis saya menyanyikan sendiri lagu berkenaan.[8][9]

Pada 18 November 2018, Izzue mengumumkan pengundurannya daripada Forteen selepas 7 tahun bersama. Keputusan itu dibuat kerana sudah tiada persefahaman antara ahli kumpulan lain.[10]

Kerjaya solo[sunting | sunting sumber]

Sewaktu masih bersama Forteen, Izzue memulakan kerjaya solo dengan melancarkan single solo pertamanya, "Bimbang", ia menjadi lagu tema drama Tak Beli Tak Cinta. Ini kemudian diikuti oleh single kedua, "Sahabat" sebagai OST Megat Extend.

Pada 31 Januari 2018, Izzue melancarkan single ketiganya, "Muzik Tiduranku".[11][12] Beliau berkata mengenai lagu ini kepada Berita Harian: "Lagu ini diinspirasikan daripada detik manis kali pertama saya berkenalan dengan isteri Awin Nurin. Bagaimanapun, ketika itu lagunya bukanlah seperti yang didengar hari ini. Liriknya berkisar kepada luahan rasa cinta, kasih dan rindu terhadap pasangan masing-masing. Lebih bermakna, melodi dan liriknya dihasilkan kami sendiri supaya perasaan itu lebih dirasai lagi".[13] Sebuah muzik video telah diterbitkan bagi mempromosikan single ini.[14]

Selepas meninggalkan Forteen, Izzue memberi tumpuan sepenuhnya kepada kerjaya solo. Beliau menyumbangkan lagu bertajuk "Kau" yang dipilih sebagai lagu tema filem XX Ray III arahan Aziz M. Osman.[15] Pada 2 Jun 2020, sempena ulang tahun kelahirannya ke-30, Izzue melancarkan single terbaharu bertajuk "Biar" yang berkonsepkan pop rock. Muzik video rasminya telah meraih 77,000 tontonan.[16]

Kerjaya lakonan[sunting | sunting sumber]

Izzue pada April 2016.

Izzue Islam memulakan kerjaya awalnya dalam bidang lakonan sebagai pelakon tambahan. Beliau menjayakan peranan undangan dalam tiga episod siri drama Pintu Taubat di Astro Oasis pada 2010.

Beliau membuat penampilan filem pertama melalui watak tambahan dalam filem Khurafat: Perjanjian Syaitan arahan Syamsul Yusof yang ditayangkan pada 13 Januari 2011. Izzue menjadi sebahagian dari barisan pelakon drama Cita & Cinta arahan Azma Aizal Yusoof lakonan Beto Kusyairy, Sharifah Amani, Chomel Fana, Nadia Aqilah dan Kefli Idir. Drama ini mengisahkan tentang kehidupan lima remaja yang berusia awal 20-an yang tinggal di Kuala Lumpur, ia bersiaran di TV9 pada 19 April 2011.[17]

Beliau membintangi telefilem bertajuk Wakaf Dosa lakonan bersama Rosyam Nor yang memulakan tayangan pada Hari Raya Aidilfitri keempat 8 Jun 2019. Izzue memegang watak sebagai Danial Muhaimin, seorang pelakon baru yang mencemburui pelakon veteran bernama Bakri Zain.[18]

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Beliau telah mendirikan rumahtangga bersama dengan pengurusnya, Awin Nurin pada 2 Jun 2013.[19] Kumpulan nasyid Nowseeheart turut mempersembahkan lagu "Ku Harap Cinta" dalam majlis tersebut.[20]

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Catatan
2011 Khurafat: Perjanjian Syaitan Pengunjung kelab malam Filem pertama, pelakon tambahan
Songlap Razak
2012 29 Februari
Hantu Kapcai Man Greng
2013 Hantu Tok Mudim Borhan
Ular Saiful
Chikaro Mukhriz
2014 Kami Histeria Pitt
Mat Tudung Azhar / Azharina
Ribbit Labah Labah (suara)
2015 Sunti @ Facebook Asyiq Ismail
Suami Aku Ustaz Johan
2016 Aliff Dalam 7 Dimensi Aliff
2019 XX Ray III Rayyan
Bella & Jamie Reza
2021 Hantu Ke Lima Kent
2022 Juang Zaki
Seratus Penampilan khas
Remp-It 2 Dek Wan
2023 Mat Tudung Begins Azhar / Azharina Penampilan khas
2024 Waruga: Kutukan Ilmu Hitam Jawahir

Drama[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2009 Blogger Boy Saudara Rafiq 8TV Episod: "Permulaan Baru"
2010 Pintu Taubat Astro Oasis 3 episod
Habil & Qabil Qabil (remaja) TV3
Suri Bakawali Mustaqim TV9
2011 Papa Nak Kahwin Astro Warna
Gemilang Halim TV3
Cita & Cinta Tengku Azlan
Aishiteru Ammar TV9
2012 Aku Tak Percaya Cinta Irshad TV1
Mimpi Cinderella Haikal TV3
Jangan Ambil Padang Kami Roy Astro Ria
Duri Hazim Astro Prima
2013 Maskara Joe TV1
Bunga Merah Punya! Merah TV9
Sebenarnya, Saya Isteri Dia! Firash Arshad TV3
Sahabat Toi Astro Ria
2014 Aku Isterinya Mikail TV3
Azam Ramadan Su Didie
2015 Suami Sebelah Rumah Dr Amar
2016 Antara Dua Dunia Azman TV AlHijrah
Patahnya Sebelah Sayap Amzar TV3
2017 Ops Cinta Din Sardin Din
Kisah Yang Hilang Fattah Aqil
2018 Tok Adi Haikal Astro Oasis
Solat: Dekatkan Kami Denganmu Ali TV3
Jangan Benci Cintaku Syazwi
2019 Kereta Sewa
30 Pesanan Suara Zalif
Curi-Curi Cinta Suratman Suparjo Astro Ria
Suami Yang Kubenci Tengku Muiz
Pop Yeah Yeah Ali TV3
2020 Nasi Kerabu Untuk Che Abe Faizul
2020–2021 Tercipta Satu Ikatan Zhafran Astro Ria
2021 Sabarlah Duhai Hati Syed Nazim TV3
Lockdown Rafi Astro Ria
Cinta Yang Pulang Noah Imran TV2
2022 Tau Tau Dah Raya Mus TV AlHijrah
Lot 69 Nik Hariz Awesome TV
Risik Pada Hati Nadzim TV3
Balai Raya Kampung Senyum Atan TV AlHijrah
Rindu Kasih Amir TV3
2023 My Name is Lola Mior
Cikgu Terpaling A! Cikgu Wira
Tau Tau Dah Raya Akademi Qurra' Dafi TV AlHijrah
Katakan Pada Dia Johan TV2
2024 Rindu Kasih 2 Amir TV3
Helo, Saya Anak Uncle! Dr Suhael

Telefilem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2011 Si Tudung Tweet Suhaimi TV9
Sebelum Lima Perkara Ikmal TV3
Azam Ala Kazam Fuad
Cintaku 120 km/j Aril
2012 Senyuman Di Kuala Lumpur Ismadi Astro Prima
Cik Paris Diva Kampung Sufian
Jidin Puasa Lagi TV3
Lepas Raya Harap Balas Syawal
Getaran Jiwa Nas TV1
2013 Oh My Ganu! Aiman Astro TVIQ
2014 Aira Airil Airil TV2
Ya Habibi Habibi
Kisah Hidup Jai Jai TV3
Kerana Seorang Ammar Ammar TV AlHijrah
Sebenarnya, Saya Isteri Dia! Raya Firash Arshad TV3
Sedalam Mana Cinta Ashraf
Tingkat Atas Tingkat Bawah Hakimi TV9
Oh My English: Villa Isabellaaa! Aiman Astro TVIQ
Hantu Langsir Rizal TV3
2015 Bila Kau Datang Izman Astro Ria
Din Sardin Din TV9
Lintang Pukang Izat Astro Prima
Imam Kacak Pakwe Kami Danial TV1
Cinta Bulan Disember Ariff TV3
Mr. Maid, Suami Ibu Hadi
2016 Ragut Imran TV1
Dia Semanis Honey Raya Fairuz Astro Ria
Rantai Faizal TV2
Oh My Ganu! 2 Aiman Astro TVIQ
2017 Hujan Panas Di Inderasabah Cikgu Lokman TV2
Peah Singa Aifan TV9
Cinta Latah Mokhtar TV2
Dengan Lafaz Bismillah Lokman
Mek Minyak Ismail
Ke Pintu Kaabah Farid TV1
Jongkong Wan Yusof Astro Citra
Kesempatan Kedua Taufik TV3
Pengemis Itu Saudaraku Danish
2018 Mr Smiley Rafiq TV2
Abang Kandung Saiful TV3
Din Sardin Beraya Din Sardin
Selirat Azrul
Matilahnak Izzue Astro Citra
Hidayah Itu Milik Ilahi Farish TV1
Dilema Tengku Nafrin ntv7
Cinta Latah Mok TV2
Detektif Danish Bapa Danish Astro Ceria
2019 Karma Cinta Mustaqim TV1
Resort Berhantu Keyell TV3
Kampung Batu 120 Zakri Astro Citra
Sahur Terakhir Haikal TV Okey
Hati Belum Berkubur Zoey TV1
Wakaf Dosa Daniel Muhaimin TV3
Kau Langit Aku Laut Anas
Tetamu Iman Zakuan TV1
Chef Gangster Fakhrul
Misteri Akil Balik Akil TV3
Dosa Semalam Azlan
Saka Zain Jusoh Mahaguru Bentara Muda
2020 Hantu Penunjuk Jalan Jay
Panjak 7 Jaki
Peninggalan Arwah Aiman
Salam Buat Ibu Izman TV Okey
Panggilan Haji Helmi TV2
Luluh Syakir TV3
Aku OCD Afiq Astro Citra
2021 Janda Si Ayob Shamsul Awesome TV
Ikhlas Umar TV1
Rabak Saufi TV3
Cinta Round 1 Farid Astro Citra
Kari Ayam Mama Rash TV9
Mache Fusion Mahmood Awesome TV
2022 Pak Su Pak Su TV1
Dalang Jaki
Annyeong Haseyo Cikgu Cikgu Adam TV Okey
2023 Misi Adeera Izzue Islam TV1
Maaf Terakhir Zaki TV3
2024 Lukisan Hati Umar Cikgu Hisham
Saat Hilang Tong Gas Mu Azal

Web drama[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Rangkaian
2018 KOPI: Secangkir Kopi Bersama Dia Johan Tonton
2021 Ganjil Ihsan Viu
2022 Sayap Bagimu Izzue YouTube
2023 Penggali Kubur dan Miss Sleepwalker Asyraf Tonton
2024 Detik Amran

Televisyen[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
2013 Haa.. Kan Dah Kena Tetamu undangan Astro Ceria
2014 Fear Factor Selebriti Malaysia Peserta Astro Ria
2015 Ketuk-Ketuk Ramadan Artis jemputan TV1
Harta Dalam Stor Tetamu undangan Astro Ria
2016 Ye ke?! Artis undangan TV3
Da'i (Musim 4) Artis jemputan
2017 CCTV Tetamu undangan Astro Ria
Perang Bibir Peserta TV9
2018 ExpeRIAnce: Ready Set Action di London Dirinya sendiri Astro Ria
Drop The Beat Peserta ntv7
I Can See Your Voice Malaysia (musim 1) Artis jemputan
Gegar Vaganza (musim 5) Peserta Astro Ria
Super Spontan Xtravaganza Astro Warna
Anugerah Skrin 2018 Pencalon TV3
2020 Studio Drama Sangat Penghibur
2022 Melodi Pengacara jemputan
I Can See Your Voice Malaysia (musim 5) Pengacara mengacara bersama Ain Edruce
2023 Muzik Muzik 38
I Can See Your Voice Malaysia (musim 6) mengacara bersama Shiha Zikir
TikTok Awards Malaysia 2023 mengacara bersama Sherry Alhadad & Amelia Henderson
Suara Siapa Tu?
Famili Duo (Musim 3) mengacara bersama Janna Nick
2024 Muzik Muzik 39 Pengacara TV3

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Catatan
2016 "Bimbang" OST Tak Beli Tak Cinta
"Sahabat" OST Megat Extend
2018 "Muzik Tiduranku"
2019 "Salamun Alaika" Bersama kumpulan Saujana & NowSeeHeart
"Kau" OST XX-Ray 3
"This is Malaysia"
Alang-Alang Bersama Vince Chong
2020 "Biar"
2022 "Rancak Raya" Bersama Khai Bahar, Razmansyah, Yazmin Aziz & Fatia
2023 "Makin Sinar" Bersama Shiha Zikir
"Joget Mama Papa" Bersama Sonia Richarda feat Cat Farish
2024 "Noktah Epilog Cinta" Bersama Forteen
"Suka Sama Suka" OST drama Helo, Saya Anak Uncle!

Anugerah dan pencalonan[sunting | sunting sumber]

Tahun Anugerah Kategori Pencalonan Keputusan
2013 Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke–26 Artis Baru Lelaki Popular Tercalon
Anugerah MeleTOP Era 2014 Couple MeleTOP (bersama Awin Nurin) Tercalon
Festival Filem Malaysia ke-25 Pelakon Harapan Lelaki 29 Februari Menang
Anugerah Skrin ke-17 Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik (Filem) Tercalon
Anugerah Blokbuster ke-2 Anugerah Hero Baru Terhebat Menang
2014 Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur Pertama Pelakon Drama Lelaki Pilihan Sebenarnya, Saya Isteri Dia! Tercalon
Hero & Heroin Drama Pilihan (bersama Tiz Zaqyah) Tercalon
Barisan Pelakon Pilihan Menang
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke–27 Gandingan Serasi di Layar (bersama Tiz Zaqyah) Tercalon
2016 Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur ke-3 Aktor Pilihan Suami Sebelah Rumah Tercalon
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke–29 Pelakon Filem Lelaki Popular Tercalon
2017 Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur ke-4 Antagonis Pilihan Patahnya Sebelah Sayap Menang
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke–30 Pelakon Filem Lelaki Popular Tercalon
2018 Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur ke-5 Aktor Pilihan Ops Cinta Din Sardin Tercalon
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke–31 Pelakon TV Lelaki Popular Tercalon
2022 Anugerah Seri Angkasa 2022 Pelakon Pembantu Lelaki Drama TV Terbaik Luluh Tercalon
27th Asian Television Awards Best Supporting Male Performance - Digital Ganjil Tercalon
Festival Filem Malaysia ke-32 Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Juang Tercalon

Nota kaki[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Beliau berkongsi tarikh lahir dengan Intan Ladyana yang 8 tahun lebih tua daripadanya.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Norhayati Nordin (24 Februari 2021). "Berhemah ketika berbelanja". Harian Metro. Dicapai pada 25 Februari 2021.
  2. ^ Raziatul Hanim A. Rajak (23 Mac 2013). "Gandingan pertama Izzue, Tiz dalam Sebenarnya Saya Isteri Dia". Sinar Harian. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-11-07. Dicapai pada 25 Februari 2014.
  3. ^ Feride Hikmet Atak (2 Januari 2013). "Forteen Nafi Berpecah, Hasilkan Album Hujung Januari 2013". mStar Online. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-05-14. Dicapai pada 25 Februari 2013.
  4. ^ "Forteen bukti kewibawaan". Kosmo!. 9 Februari 2014. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-05-14. Dicapai pada 25 Februari 2014.
  5. ^ "Forteen Anjur Konsert KITA 20FORTEEN Untuk Hargai Sokongan Peminat". Rotikaya. 18 Februari 2014. Dicapai pada 25 Februari 2014.
  6. ^ Wan Nasrah Abdul Rahim (27 Mac 2014). "Konsert 'Kita 20Forteen'". Sinar Harian. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-05-14. Dicapai pada 25 Februari 2014.
  7. ^ Akmaliah Razak (25 Mac 2014). "Konsert Forteen ditunda". Sinar Harian. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-05-14. Dicapai pada 25 Februari 2015.
  8. ^ Kemalia Othman (27 Disember 2016). "Muncul Single Solo, Izzue Islam Nafi Keluar Forteen". mStar Online. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-05-14. Dicapai pada 25 Februari 2017.
  9. ^ Angelin Yeoh (12 Julai 2017). "Izzue Islam of boy band Forteen goes solo" (dalam bahasa Inggeris). Star2. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-05-14. Dicapai pada 25 Februari 2018.
  10. ^ "Isu pertukaran lagu punca perbalahan Izzue Islam, Forteen". Berita Harian. 21 November 2018. Dicapai pada 31 Disember 2018.
  11. ^ "Muzik Tiduranku, dedikasi Izzue Islam buat isteri". 7klik. 17 Februari 2018. Dicapai pada 23 Jun 2018.
  12. ^ "Izzue muncul dengan single terbaru ketiga, Muzik Tiduranku". Astro Awani. 17 Februari 2018. Dicapai pada 23 Jun 2018.
  13. ^ Farihad Shalla Mahmud (2 Februari 2018). "Abadi perkenalan dengan isteri dalam lagu". Berita Harian. Dicapai pada 23 Jun 2018.
  14. ^ Budiey (2 Februari 2018). "Izzue Islam lancar muzik video terbaharu Muzik Tiduranku". Sensasi Selebriti. Dicapai pada 23 Jun 2018.
  15. ^ Farhana Ab Rahman (24 Januari 2019). "Izzue risau sakit mata". Berita Harian. Dicapai pada 23 Jun 2019.
  16. ^ Syafil Syazwan Jefri (22 Jun 2020). "Luahan rasa hati". Harian Metro. Dicapai pada 23 Jun 2020.
  17. ^ Budiey (19 April 2011). Drama Cita & Cinta Sensasi Selebriti. Dicapai pada 17 Mei 2011.
  18. ^ Salma Syahbuddin (9 Jun 2019). "#DramaRaya2019: Wakaf Dosa sarat dengan pengajaran". XTRA. Dicapai pada 8 Mei 2020.
  19. ^ "Izzue Islam, Awin Nurin selamat diijabkabulkan". Sinar Harian. 2 Jun 2013. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-04-14. Dicapai pada 23 Jun 2018.
  20. ^ "Izzue Islam Buat Sambutan Hari Jadi". Gua.com.my. 2 Jun 2013. Dicapai pada 23 Jun 2018.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]