Izzue Islam

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Izzue Islam
Kelahiran Muhammad Izzul Islam bin Mazlan
2 Jun 1990 (24 tahun)
Tahun aktif 2009 - kini
Pasangan Awin Nurin
Anugerah Pelakon Harapan Terbaik FFM 25
Hero Baru Terhebat Anugerah Blokbuster 2
Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu AIM 2012 (Seperti Dulu) (Forteen)
Artis Baru Lelaki Popular ABPBH 2012 (Pencalonan)
Laman web
http://izzueislam.weebly.com

Muhammad Izzul Islam bin Mazlan, lebih dikenali sebagai Izzue Islam, ialah seorang penyanyi, pemuzik dan pelakon dari Malaysia. Berbangsa Melayu dan beragama Islam. Beliau berasal dari Kota Bharu, Kelantan. Memulakan karier seninya dengan berlakon dan seterusnya nyanyian dengan menyertai sebuah kumpulan di bawah naungan KRU Studios iaitu kumpulan Forteen[1]. Beliau mula dikenali selepas memenangi anugerah "Pelakon Harapan Terbaik[2] Festival Filem Malaysia ke-25" dan "Hero Baru Terhebat Anugerah Blokbuster 2". Namanya kian meningkat apabila diberikan tanggungjawab menggalas watak utama di dalam drama Sebenarnya, Saya Isteri Dia![3]

Muhammad Izzul Islam Mazlan telah mendirikan rumahtangga bersama dengan gadis pilihan hatinya, Nurinafilah Waharudin atau lebih dikenali sebagai Awin Nurin pada 2 Jun 2013.[4] Kumpulan Nowseeheart turut mempersembahkan lagu 'Ku Harap Cinta' dalam majlis tersebut. Salah seorang ahli kumpulan tersebut, Azahari merupakan abang ipar kepada Awin.[5]

Pengalaman[sunting | sunting sumber]

Televisyen[sunting | sunting sumber]

Tahun
Judul
Saluran
Peranan
2011 Gemilang TV3 Halim
2011 Papa Nak Kahwin Astro Warna
2011 Cita dan Cinta TV9 Azlan
2011 Si Tudung Tweet
2011 Sebelum Lima Perkara TV3 Ikmal
2012 Aishiteru TV9 Ammar
2012 Aku Tak Percaya Cinta RTM 1 Irshad
2012 Cik Paris Diva Kampung Astro Prima Sufian
2012 Mimpi Cinderella TV3 Haikal
2012 Jangan Ambil Padang Kami Astro Ria Roy
2012 Duri Astro Prima Hazim
2013 Maskara RTM1 Joe
2013 Bunga Merah Punya! TV9 Merah (watak utama)
2013 Sebenarnya, Saya Isteri Dia! TV3 Firash Arshad (watak utama)
2014 Aku Isterinya TV3 Mikail (watak utama)

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun
Judul
Peranan
2011 Filem Songlap Rizal
2012 29 Februari (filem)

Filem Hantu Kapcai

Razak

Man Greng

2013 Filem Hantu Tok Mudim

Filem Ular

Borhan

Saiful

2014 Filem Kami Histeria

Filem Mat Tudung

Pitt

Azhar / Azharina

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]