Jürgen Klopp

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jürgen Klopp
Klopp bersama Liverpool di kejohanan Piala Super UEFA 2019
Maklumat peribadi
Nama penuh Jürgen Norbert Klopp[1]
Tarikh lahir (1967-06-16) 16 Jun 1967 (umur 56)[2]
Tempat lahir Stuttgart, Jerman Barat
Ketinggian 1.94 m (6 ka 4 in)[3]
Posisi permainan
Maklumat kelab
Kelab terkini
Liverpool (Pengurus)
Kerjaya remaja
1972–1983 SV Glatten
1983–1987 TuS Ergenzingen
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
1987 1. FC Pforzheim 4 (0)
1987–1988 Eintracht Frankfurt II
1988–1989 Viktoria Sindlingen
1989–1990 Rot-Weiss Frankfurt 0 (0)
1990–2001 Mainz 05 325 (52)
Pasukan diurus
2001–2008 Mainz 05
2008–2015 Borussia Dortmund
2015– Liverpool
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik

Jürgen Norbert Klopp (lahir 16 Jun 1967) merupakan seorang bekas pemain bola sepak Jerman dan kini berkhidmat sebagai pengurus kelab Liga Perdana Inggeris, Liverpool. Jürgen Klopp dianggap sebagai salah satu pengurus terbaik di dunia. Selalunya falsafah bola sepak yang dilakukan oleh beliau adalah taktik penekanan balas atau lebih dikenali sebagai taktik Gegenpressing.

Klopp menghabiskan sebahagian besar kerjayanya bermain di kelab Mainz 05 dan juga seorang pemain yang rajin dan berfizikal. Beliau pada awalnya ditugaskan sebagai penyerang, sebelum berpindah ke bahagian posisi pertahanan. Setelah bersara pada tahun 2001, Klopp menjadi pengurus kelab Mainz 05 dan memperoleh promosi kenaikan ke Bundesliga pada tahun 2004. Setelah mengalami penurunan ke liga bawah pada musim 2006-07, Klopp mengundurkan diri pada tahun 2008 sebagai pengurus kelab Mainz 05 yang paling lama berkhidmat. Beliau kemudian menjadi pengurus Borussia Dortmund dan membimbing pasukan tersebut ke gelaran Bundesliga pada tahun 2010-11, sebelum memenangi gelaran domestik buat pertama kalinya dengan memecahkan rekod kelab tersebut. Klopp juga membimbing Borussia Dortmund ke tangga kedua kejohanan Liga Juara-Juara UEFA 2012–13 sebelum meninggalkan kelab tersebut pada tahun 2015 sebagai pengurus paling lama.

Pada tahun 2015, Jürgen Klopp dilantik sebagai pengurus Liverpool dan telah menyumbang pelbagai kejuaraan kepada kelab tersebut. Beliau membimbing Liverpool ke pusingan akhir Liga Juara-Juara UEFA sebanyak dua kali pada 2018 dan 2019. Beliau turut membimbing Liverpool untuk memenangi trofi Liga Juara-Juara UEFA buat kali keenaam pada tahun 2019. Pasukan Jürgen Klopp juga menduduki tempat kedua di Liga Perdana Inggeris 2018-19 dengan mencatat 97 mata; jumlah ketiga tertinggi dalam sejarah bahagian teratas Liga Inggeris, dan pasukan yang banyak mengumpul mata tanpa memenangi gelaran. Pada musim berikutnya, beliau telah memenangi Piala Super UEFA dan membantu Liverpool buat pertama kalinya memenangi Piala Dunia Kelab FIFA. Klopp juga telah membimbing Liverpool mengekalkan 44 perlawanan tanpa kalah dalam liga Perdana Inggeris dengan mencatatkan kedua terpanjang rekod tanpa kalah dalam sejarah bola sepak Inggeris.

Klopp terkenal menggunakan taktikal Gegenpressing; Teknik di mana setelah pasukan kehilangan penguasaan bola, maka pasukan tersebut segera berusaha untuk merebut kembali kepemilikan daripada pihak lawan. Pasukannya digambarkan bermain bola sepak heavy metal oleh pakar dan rakan pengurus, merujuk kepada hasil serangan pasukannya yang hebat dan tinggi. Klopp menyebut pengaruh utamanya sebagai jurulatih Itali, Arrigo Sacchi, dan bekas jurulatih Mainz, Wolfgang Frank. Kepentingan emosi adalah sesuatu yang telah digariskan oleh Klopp sepanjang karier pengurusannya, dan neliau terkenal kerana perayaan barisan sentuhannya yang bersemangat.

Kehidupan awal dan kerjaya bermain[sunting | sunting sumber]

Klopp dilahirkan di Stuttgart, ibukota Baden-Württemberg dan ayahnya, Norbert Klopp merupakan seorang jurujual jalanan, serta bekas penjaga gol. Klopp dibesarkan di kampung Black Forest, Glatten dekat Freudenstadt bersama dengan dua kakak perempuannya.

Kerjaya pengurus[sunting | sunting sumber]

Klopp di Mainz 05

1. FSV Mainz 05[sunting | sunting sumber]

Selepas bersara beliau diminta untuk menjadi pengurus 1. FSV Mainz 05. Beliau menjadi pengurus selama tujuh tahun. Pada masa itu, beliau membawa bekas kelabnya ke Bundesliga dan layak ke Piala UEFA 2005–06. Pada penghujung musim 2006-07, Mainz 05 tersingkir tetapi Klopp memilih untuk terus bersama kelab. Walau bagaimanapun, beliau tidak berjaya membawa kelabnya untuk kembali ke Bundesliga semula dan meninggalkan Mainz pada penamat musim 2007-08.

Klopp bersama Borussia Dortmund pada tahun 2010

Borussia Dortmund[sunting | sunting sumber]

Pada Mei 2008, Klopp menjadi pengurus baru Borussia Dortmund dan menandatangani kontrka dua tahun berikutan kelabnya yang menduduki tempat ke-13 di bawah pengurusan Thomas Doll. Pada musim pertamanya, Klopp membawa Dortmund menjuarai DFB-Supercup menewaskan juara Jerman, Bayern Munich. Klopp mengambil alih Dortmund dengan baik setelah kelab tersebut menduduki tempat keenam liga sebelum menjadi juara Bundesliga pada musim 2010-11 dan musim berikutnya.

Ketika musim 2011-12, 81 mata yang dikumpul oleh Borussia Dortmund telah masuk ke sejarah Bundesliga apabila kelab itu sempat mengutip 47 mata pada separuh kedua musim. Menang 25 kali di kejuaraan liga telah menyamai rekod Bayern Munich pada musim 1972-73 dan 28 perlawanan tanpa kalah merupakan rekod yang terbaik di Bundesliga. Pada 12 Mei 2012, Klopp membuat sejarah baru di Borussia Dortmund apabila menjuarai dua gelaran trofi selepas menewaskan Bayern Munich 5–2 di saingan DFB-Pokal.

Borussia Dortmund pada musim 2012-13 tidak banyak berubah pada kempen sebelumnya tetapi kali ini, Klopp mengatakan pada pasukannya supaya lebih fokus kepada saingan Liga Juara-Juara untuk mengubah keputusan yang tidak memuaskna pada musim lalu. Dortmund melalui tugas getir bertemu Manchester City, Real Madrid dan Ajax yang digelar 'Kumpulan Maut'. Walau bagaimanapun, Dortmund tidak pernah kalah pada perlawanan kumpulan dan layak ke separuh akhir kejohanan tersebut bertemu Real Madrid sekali lagi. Dortmund mengejutkan banyak pihak apabila menang 6-1 pada agregat dan layak ke perlawanan akhir. Dortmund tewas pada perlawanan akhir, 2-1 kepada Bayern Munich apabila Arjen Robben menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-89.

Pada permulaan musim 2013-14, Klopp menyambung kontrak sehingga Jun 2018. Klopp dikenakan saman sebanyak €10,000 pada 17 Mac 2014 selepas mengeluarkan kata-kata kesat dalam perlawanan liga menentang Borussia Mönchengladbach. Kata-kata kesat itu menyebabkan "serangan lisan" terhadap pengadil. Deniz Aytekin, pengadil perlawanan tersebut, menyatakan bahawa Klopp "mempunyai perangai yang tidak sopan lebih daripada sekali". Pengerusi lembaga Borussia Dortmund, Hans-Joachim Watzke menyatakan "Saya menyokong Jurgen Klopp 100 peratus dalam perkara ini" kerana beliau tidak ada sebab untuk disaman dan menafikan bahawa Klopp telah mencelar pengadil rasmi keempat.

Pada April 2015, Klopp mengumumkan bahawa beliau akan meninggalkan Borussia Dortmund pada hujung musim 2014-15 untuk mengambil sabatikal. Perlawanan terakhir beliau untuk pasukan adalah pada perlawanan akhir DFB-Pokal 2015 dimana Borussia Dortmund tewas 3-1 menentang VfL Wolfsburg. Beliau menghabiskan rekod dengan 179 kemenangan, 69 seri dan 70 kekalahan.

Liverpool[sunting | sunting sumber]

Pada 8 Oktober 2015, Klopp bersetuju untuk tiga tahun menjadi pengurus Liverpool, menggantikan Brendan Rodgers yang dipecat pada bulan yang sama.

Kareer media[sunting | sunting sumber]

Dari tahun 2005, Klopp dikenali sebagai komentator yang pakar dalam siaran televisyen Jerman, ZDF, memberikan pandangan beliau terhadap perlawanan bola sepak Jerman. Pada 28 Oktober 2006, beliau menerima "Deustscher Fernsehpreis" (Anugerah Televisyen Jerman) dalam kategori pertunjukkan sukan terbaik. Beliau menamatkan termamnya selepas UEFA Euro 2008 dimana beliau diganti oleh Oliver Kahn. Semasa Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan, beliau bekerja di RTL bersama-sama Günther Jauch\

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Klopp telah berkahwin dengan dua orang anak lelaki, salah seorang bermain untuk Borussia Dortmund II sebelum bersara akibat kecederaan.

Pada 1995, Klopp mendapat diploma dalam sains sukan di Goethe Univeristi di Frankfurt, menulis tentang tesis dalam berjalan.

Klopp merupakan Kristian Protestan dimana sering merujuk dalam kepercayaan di tempat awam; dalam beberapa temu bual, beliau sering merujuk tentang kepentingan Isa dalam kehidupannya.

Statistik pengurus[sunting | sunting sumber]

Sehingga 28 April 2015
Pasukan Dari Hingga Rekod
BP M S K Menang %
Jerman Mainz 05 27 Februari 2001 30 Jun 2008 &&&&&&&&&&&&0270.&&&&&0270 &&&&&&&&&&&&0109.&&&&&0109 &&&&&&&&&&&&&078.&&&&&078 &&&&&&&&&&&&&083.&&&&&083 &&&&&&&&&&&&&040.37000040.37
Jerman Borussia Dortmund 1 Julai 2008 Kini &&&&&&&&&&&&0312.&&&&&0312 &&&&&&&&&&&&0177.&&&&&0177 &&&&&&&&&&&&&068.&&&&&068 &&&&&&&&&&&&&067.&&&&&067 &&&&&&&&&&&&&056.73000056.73
Jumlah &&&&&&&&&&&&0581.&&&&&0581 &&&&&&&&&&&&0286.&&&&&0286 &&&&&&&&&&&&0146.&&&&&0146 &&&&&&&&&&&&0149.&&&&&0149 &&&&&&&&&&&&&049.23000049.23

Penghargaan[sunting | sunting sumber]

Pengurus[sunting | sunting sumber]

Borussia Dortmund

Individu[sunting | sunting sumber]

Catatan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Malam, Charlie (24 Disember 2015). "From Mainz to Merseyside: What does the next chapter hold in the Jürgen Klopp story?". Vavel. Dicapai pada 2020-06-16.
  2. ^ "Jürgen Klopp League Managers Association profile". League Managers Association. Dicapai pada 12 August 2018.
  3. ^ "Jürgen Klopp". Borussia Dortmund. Diarkibkan daripada yang asal pada 5 April 2015. Dicapai pada 3 April 2023.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]