J.CO Donuts

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

J.CO Donuts ialah peruncit bakeri Indonesia yang khususnya menjual donut dan kopi. Syarikat ini dimiliki dan diuruskan oleh Johnny Andrean, seorang pendandan rambut terkenal.

J.CO Donuts & Coffee mula berdagang pada tahun 2005. Keluarannya yang terlaris ialah 'Al Capone'. Donat berbentuk gelang ini dinamakan sempena seorang samseng Amerika yang paling digeruni ini diperbuat daripada doh yang lembut dan ringan, dan disalut coklat putih Belgium dan badam California, menjadikannya satu campuran yang diperkenalkan oleh J.CO ke Indonesia. Selain donat, J.CO juga menghidangkan kopi arabica yang dikisar dari kacang-kacang yang ditanam di Brazil, Colombia, Costa Rica, Guatemala dan Indonesia lalu diproses di Itali.

Firma ini pernah dikritik kerana meniru gaya Krispy Kreme, sebuah penjual donat Amerika Syarikat. namun begitu, di Asia Tenggara, J.CO mendahului Krispy Kreme dan pesaing-pesaing lain dari segi pengunjung harian, anugerah dan jualan. J.CO telah merangsang industri donat Asia, dengan membuka cawangan di luar Indonesia iaitu di Malaysia dan Singapura, serta perancangan untuk menembusi pasaran negara lain.

Pautan luar [sunting]