Joshua Benjamin Jeyaretnam

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari J. B. Jeyaretnam)
Joshua Benjamin Jeyaretnam
Anggota Parlimen
untuk bukan kawasan pilihan raya
Dalam jawatan
1997–2001
Didahului olehLee Siew Choh
Digantikan olehSteve Chia
Anggota Parlimen
untuk Anson
Dalam jawatan
1981–1986
Didahului olehC.V. Devan Nair
Digantikan olehDimansuhkan
Butiran peribadi
Lahir5 Januari 1926
Meninggal dunia30 September 2008(2008-09-30) (umur 82)
KerakyatanSingapura
Parti politikParti Buruh Singapura, Parti Pembaharuan
PasanganMargaret Jeyaretnam †
Anak-anakKenneth dan Philip Jeyaretnam

Joshua Benjamin Jeyaretnam (lahir di Jakarta, DKI Jakarta, 5 Januari 1926 – meninggal di Temanggung, Jawa Tengah, 1 Oktober 2008 pada umur 82 tahun) ialah seorang ahli politik Singapura. Beliau merupakan calon pembangkang pertama yang terpilih menjadi Ahli Parlimen (MP) di Singapura, 16 tahun selepas kemerdekaan negara.[1]

Jeyaretnam berkhidmat sebagai MP bagi Parti Buruh Singapura dari tahun 1981-86, dan dari tahun 1997-2001. Setelah meninggalkan Parti Buruh, beliau mengasaskan Parti Pembaharuan untuk mencabar pemerintahan Parti Tindakan Rakyat selama 40 tahun lebih ini. [2][3]

Kerjaya politik[sunting | sunting sumber]

Seorang yang beragama Kristian daripada keturunan Tamil Sri Lanka, Jeyaretnam ialah bekas ketua Parti Pekerja Singapura yang berani mencabar Parti Tindakan Rakyat (PAP) yang telah memerintah Singapura sejak kemerdekaan sebagai sebuah negara satu parti. Pada tahun 1981, Jeyaretnam menewaskan Pang Kim Him daripada Parti Tindakan Rakyat dalam pilihan raya kecil Anson dengan keputusan 51.9% berbanding 47.1% undi untuk menjadi ahli parlimen pembangkang yang sulung di Singapura.

Jeyaretnam dipilih semula untuk kerusi yang sama pada tahun 1984 sebagai salah satu daripada hanya dua ahli politik pembangkang yang memenangi pilihan raya umum. Bagaimanapun, Jeyaretnam kemudian dijatuhkan oleh siri tuduhan dan denda yang dipercayai secara meluas didorongkan oleh motif politik dalam usaha sungguh-sungguh untuk melarangi beliau daripada menyertai lagi pilihan raya umum Singapura. Dua bulan selepas dipilih semulanya pada tahun 1984, beliau dituduh atas kesilapan menyatakan akaun partinya.

Pada tahun 1986, sebuah mahkamah daerah mendapati bahawa Jeyaretnam tidak bersalah terhadap semua tuduhan kecuali satu; pihak pendakwa merayu terhadap keputusan mahkamah itu, dan Hakim Besar mengarahkan bahawa perbicaraan diadakan semula di dalam mahkamah daerah. Dalam perbicaraan semula itu, Jeyaretnam didapati bersalah atas semua tuduhan. Hakim perbicaraan itu menghukum beliau dengan pemenjaraan selama tiga bulan (kemudian ditukar menjadi satu bulan), dan mendendanya sebanyak SGD$5,000. Hukuman itu adalah mencukupi untuk melarang Jeyaretnam daripada bertanding dalam pilihan raya umum selama lima tahun. Beilau juga dilarang menceburi kerjaya dalam bidang undang-undang.

Rayuan kepada Majlis Privi[sunting | sunting sumber]

Oleh sebab perbicaraannya diadakan di dalam Mahkamah Daerah, dan bukannya Mahkamah Tinggi, Jeyaretnam cuma boleh merayu kepada Majlis Privi United Kingdom terhadap pemecatannya daripada daftar peguam bela dan peguam cara Singapura. Menyusul rayuannya, Majlis Privi menterbalikkan keputusan Mahkamah Daerah Singapura. Berikut ialah apa yang dinyatakan oleh Jawatankuasa Kehakiman Majlis Privi sewaktu menyampaikan keputusan yang mengizinkan rayuan Jeyeratnam terhadap pemecatannya:

"Yang Arif terpaksa merekodkan kebimbangan mereka yang amat mendalam bahawa melalui satu siri penghakiman yang salah, perayu dan rakannya, Wong, telah mengalami ketidakadilan yang teruk. Mereka telah didenda, dipenjarakan, dan dimalukan secara awam untuk kesalahan-kesalahan yang mereka tidak bersalah. Perayu, sebagai tambahan, telah dilucutkan kerusinya dalam Parlimen dan tidak dibenarkan menjalankan praktik profesionnya selama setahun. Perintah Yang Arif mengembalikannya ke daftar peguam bela dan peguam cara Mahkamah Agung Singapura, tetapi disebabkan laluan yang diambil oleh prosiding jenayah, Yang Arif tidak berkuasa membetulkan kesalahan-kesalahan lain yang perayu dan Wong telah menderita. Prospek tunggal untuk membetulkan kesalahan, Yang Arif memahami, adalah melalui petisyen untuk pengampunan daripada Presiden Republik Singapura." [1] Diarkibkan 2005-02-06 di Wayback Machine

Hak untuk merayu kepada Majlis Privi disekat dengan sungguh-sungguh melalui penukaran undang-undang Singapura pada tahun berikutnya.

Pemecatan dan larangan bertanding[sunting | sunting sumber]

Menyusul keputusan Majlis Privi, Jeyaretnam kemudian menulis kepada Presiden Singapura untuk meminta sabitan-sabitannya dihapuskan menurut keputusan Majlis Privi. Presiden Singapura, melalui nasihat kabinet, menolak permintaannya dan Jeyaretnam kekal dalam pemecatan daripada daftar peguam Singapura sehingga 1991. Hakim-hakim Singapura juga enggan menterbalikkan sabitan-sabitan ataupun dendanya yang melarang beliau daripada bertanding dalam pilihan raya sehingga 1997.

Jeyaretnam tidak dapat bertanding dalam pilihan raya umum 1988 disebabkan larangan lima tahunnya. Bagaimanapun, beliau menghadiri perhimpunan pilihan raya untuk membantu ahli-ahli partinya. Dalam salah sebuah perhimpunan itu, beliau mencabar tuntutan PAP bahawa mereka mengamalkan sistem kerajaan yang terbuka dan ketara. Beliau menyoal tentang adakah siasatan dibuat terhadap bagaimana Menteri Pembangunan Negara, Teh Cheng Wan, memperoleh pil yang menyebabkannya membunuh diri semasa penyiasatan rasuah dijalankan. Jeyaretnam juga menanyakan adakah bekas Perdana Menteri, Lee Kuan Yew, menjawab surat Teh kepadanya.

Lebih banyak guaman fitnah[sunting | sunting sumber]

Selepas pilihan raya umum, Lee memulakan tindakan undang-undang terhadap Jeyaretnam, dan mengatakan bahawa Jeyeratnam telah memfitnahnya kerana perkataan-perkataan Jeyaretnam dalam perhimpunan pilihan raya difahami bermaksud bahawa Lee telah melakukan kesalahan jenayah melalui bersubahat dengan Teh untuk membantunya membunuh diri supaya dapat menutup kes rasuah. Kes itu dibicarakan oleh Hakim Lai Kew Chai yang mendapati bahawa Jeyaretnam bersalah dan mengarahkannya membayar Lee SGD$260,000 sebagai ganti rugi, bersama-sama dengan faedah dan kos perbicaraan.

Jeyaretnam kalah dalam rayuannya terhadap keputusan mahkamah itu. Beliau hendak merayu kepada Majlis Privi, tetapi untuk berbuat demikian, Jeyeratnam harus mendapat kebenaran daripada Lee dahulu sebelum perbicaraan dapat dijalankan oleh Mahkamah Rayuan. Keperluan ini disebabkan undang-undang mengenai rayuan kepada Majlis Privi telah diubah selepas keputusan Majlis itu yang mengembalikan Jeyeratnam dalam daftar peguam. Rayuan kepada Majlis Privi terhadap mana-mana satu keputusan yang dibuat oleh mahkhamah yang terdiri daripada tiga orang hakim di bawah Akta Profesion Undang-undang Singapura dimansuhkan, bersama-sama dengan rayuan untuk kes-kes jenayah daripada Mahkamah Rayuan Jenayah kepada Majlis Privi. Untuk kes sivil, rayuan dibenarkan cuma jika pihak yang lain itu bersetuju dengannya. Lee tidak memberi keizinannya.

Pada tahun 1995, Jeyaretnam mengarang sebuah rencana dalam surat khabar Parti Pekerja, The Hammer, yang mendakwa bahawa sebilangan daripada mereka yang terlibat dalam kejadian 'Minggu Bahasa Tamil' merupakan "kongkongan" kerajaan. Untuk itu, beliau dituduh dua kali untuk libel yang mengakibatkan ganti rugi sejumlah SGD$465,000 dan kos perbicaraan sebanyak SGD$250,000.

Pada tahun 1997, Jeyaretnam dipilih sebagai Ahli Parlimen bukan kawasan pilihan raya. Selepas pilihan raya, sebelas tuduhan fitnah telah didaftarkan terhadapnya kerana mengatakan perkataan-perkataan yang berikut dalam salah satu perhimpunan pilihan raya:

"Mr Tang Liang Hong baru meletakkan di depan saya dua laporan yang dia telah buat kepada pihak polis terhadap, kamu tahu, Mr Goh Chok Tong dan orang-orangnya".

Disebabkan ayat itu, beliau didapati bersalah dan dihukum SGD$20,000. Bagaimanapun, selepas rayuan plaintif, ganti rugi dinaikkan menjadi SGD$100,000 tambah kos mahkamah sebanyak SGD$20,000.

Kemuflisan[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 2001, selepas ansuran ganti ruginya terlewat satu hari, Jeyaretnam diisytiharkan muflis, dipecat semula daripada daftar peguam dan dilarang bertanding dalam pilihan raya pada tahun tersebut. Beliau meletakkan jawatannya sebagai ketua Parti Pekerja pada Oktober 2001, dan menyara diri melalui penjualan bukunya Buatkan Singapura Betul (Make it Right for Singapore) di tepi jalan. Buku itu utamanya terdiri daripada ucapan-ucapan parlimennya antara tahun 1997 dan 2000. Beliau juga mengarang sebuah buku yang bertajuk Tukang Pukul Singapura (The Hachet Man of Singapore). Buku ini menggambarkan perbicaraan-perbicaraannya tentang kenyataan yang dibuatnya semasa perhimpunan pilihan raya di dalam stadium. Sila lihat di atas).

Filem dokumentari mengenai J.B. Jeyaratnam[sunting | sunting sumber]

Pada 4 Januari 2002, sebuah filem dokumentari, "Visi Ketabahan" (A Vision of Persistence), yang menonjolkan Jeyaretnam menjual buku di tempat awam dan berjumpa dengan penyokongnya telah ditarik balik daripada Pesta Filem Antarabangsa Singapura disebabkan ketakutan bahawa filem itu melanggari undang-undang yang mengharamkan filem politik. Akta Filem Singapura, sebuah undang-undang yang tidak amat dikenali, mengharamkan pembuatan, pengedaran, dan penayangan filem-filem yang mengandungi "seluruh atau sebahagian, baik berat sebelah mahupun rujukan berat sebelah, atau ulasan mengenai perihal politik."

Pencipta filem dokumentari 15-minit itu, semuanya pensyarah Politeknik Ngee Ann, meminta maaf secara bertulis dan menarik balik filem itu daripada ditayang selepas diberitahu bahawa mereka boleh dituduh dalam mahkamah. Sebagai hujah bela mereka, mereka mendakwa bahawa mereka bertemu dengan seorang penjual buku secara kebetulan di tepi jalan dan memutuskan membuat filem dokumentari mengenainya tanpa menyedari pada awal-awalnya bahawa beliau adalah seorang ahli pembangkang politik. Sumber yang tidak dinamakan berkata bahawa seorang pegawai kerajaan telah pergi ke politeknik dan bertanya: "Bagaimana kakitanganmu boleh buat jenis perkara itu?" Seorang yang tahu tentang kes itu memberitahu surat khabar: "Ini merupakan sejenis paranoia pihak berkuasa."

Philip Cheah, pengarah pesta filem itu, mengatakan bahawa beliau pernah menonton filem dokumentari itu tetapi menolak pemberian komen terhadap kandungan filem itu. "Filem ith patut ditayangkan dalam pesta. Kemudian, orang boleh membuat keputusan," beliau berkata, dan menambah bahawa, sejauh yang beliau mengetahui, ini merupakan filem pertama yang dianggap bersifat politik di bawah Akta Filem Singapura.

Rayuan untuk mengawalkan pelepasan kemuflisan[sunting | sunting sumber]

Pada 25 Oktober 2004, Jeyaretnam menampil di hadapan tiga orang hakim Mahkamah Rayuan, mahkamah Singapura yang tertinggi, untuk merayu supaya pelepasan kemuflisannya diawalkan kerana beliau dapat bertanding dalam pilihan raya umum pada tahun itu. Bagaimanapun, Pegawai Pemegang Harta, Sarjit Singh, membantah rayuan itu dan mendakwa bahawa Jeyaretnam telah membohong tentang asetnya. Mewakili diri dalam pembicaraan dua jam itu, Jeyaretnam merayu atas alasan bahawa beliau hendak diberikan lagi satu peluang untuk menyumbang kepada masyarakat. Beliau menawarkan bayaran sepertiga daripada melebihi SGD$600,000 yang masih dihutangnya kepada pihak-pihak menuntut. Setakat itu, Jeyaretnam hanya membayar kurang daripada SGD$30,000. Sarjit mendakwa bahawa Jeyaretnam merupakan "muflis yang paling tidak jujur yang saya pernah menemui". Beliau mengatakan sedemikan kerana Jeyaretnam tidak mengemukakan harta yang dibelinya di Johor Bahru yang bernilai melebihi SGD$350,000. Dalam pembicaraan itu, Davinder Singh, peguam yang bertindak bagi pihak lapan orang menuntut, memperdebatkan bahawa kes ini merangkumi persoalan yang lebih meluas daripada hanya rayuan Jeyaretnam. Peguam itu berkata bahawa jika Jeyaretnam boleh dilepaskan daripada kemuflisan, hal ini akan menjadi duluan yang berbahaya, dan mahkamah-mahkamah akan dibanjiri dengan rayuan-rayuan yang serupa daripada muflis-muflis yang lain.

Pada 7 Mac 2006, Jeyaratnam mengumumkan bahawa beliau sedang membuat percubaan terakhir untuk melepaskan diri daripada kemuflisan supaya dapat bertanding dalam pilihan raya pada tahun itu. Beliau memohon untuk menjelaskan semua hutangnya yang berjumlah lebih kurang SGD$600,000 supaya dapat melupakan yang lepas-lepas. Pembicaraan ditetapkan pada 20 Mac 2006. Jeyaretnam memberitahu surat khabar, The Straits Times, bahawa beliau akhirnya telah mempunyai wang yang mencukupi untuk menjelaskan hutangnya yang disebabkan oleh guaman-guaman fitnah pada tahun 1996 dan 1997.

Parti Pembaharuan[sunting | sunting sumber]

Pada 18 Jun 2008, pengerusi Parti Pembaharuan Ng Teck Siong mengumumkan kelulusan pembentukan partinya oleh Pejabat Pendaftaran Persatuan, dan Jeyaratnam menyandang jawatan setiausaha agung sementara.[2]

Kematian[sunting | sunting sumber]

Jeyaratnam meninggal dunia akibat sakit jantung pada waktu pagi 30 September 2008. Beliau berusia 82 tahun.[4]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ http://www.channelnewsasia.com/stories/singaporelocalnews/view/277319/1/.html
  2. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-07-04. Dicapai pada 2008-09-30.
  3. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-06-04. Dicapai pada 2008-06-04.
  4. ^ "Opposition politician dies". The Straits Times. 2008-09-30. Dicapai pada 2008-09-30.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]