JB (penyanyi)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
JB
Nama lahir Im Jae Bum (임재범)
Juga dikenali sebagai JB
Berasal dari Seoul  Korea Selatan
Genre K-Pop
Pekerjaan Penyanyi, penari, pelakon
Instrumen Vocal, Dance
Label JYP Entertainment
Kegiatan berkait Jr.
JYP Nation
Im Jae-beom
Hangul 임재범
Hanja 任在範
Perumian Semakan Im Jae-beom
McCune–Reischauer Im Chae-bŏm
Nama panggung
Hangul 제이비
Perumian Semakan JB
McCune–Reischauer JB

Im Jae-bum (Korea: 임재범) atau juga dikenali sebagai JB (제이비) merupakan seorang penyanyi yang berasal dari Korea Selatan dan beliau berada di bawah label rakaman JYP Entertainment.

Biografi[sunting | sunting sumber]

JB dilahirkan di Seoul, Korea Selatan pada 6 Januari 1994. Beliau telah diintai oleh pihak JYP ketika Uji Bakat Pengambilan Terbuka Pelatih JYP kelima dimana beliau terikat di tempat pertama bersama Jr. Kemudiannya beliau menjalani latihannya selama 2 tahun 6 bulan sebelum penampilan sulungnya sebagai penyanyi.

Beliau kini sedang bersekolah di Sekolah Tinggi Sewon.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sebelum debut[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 2011, JB telah berlakon dalam drama bersiri Dream High 2 sebagai JB atau Jang Woo-jae. Drama itu juga dibarisi pelakon seperti Kang Sora, Jin Woon, Park Ji-yeon, Hyorin dan Park Seo-joon.[1] Ia akan ditayangkan pada 30 Januari 2012 di saluran Sistem Penyiaran Korea (KBS).[2]

Pada 3 Februari 2012, telah didedahkan bahawa JB dan Jr. akan muncul sebagai sebuah kumpulan duo iaitu J&J yang berkemungkinan pada separuh kedua tahun 2012. Penampilan terkini mereka dalam Dream High 2 telah meletakkan mereka pada fokus media dan ini membolehkan mereka membuat penampilan sulung secara rasmi dalam aktiviti nyanyian mereka.[3] Pada 12 Mac 2012, beliau telah melancarkan lagu OST untuk drama Dream High 2 iaitu "Together" (Bersama) dengan Ji-yeon[4] dan "New Dreaming" (Impian Baru) bersama dengan Park Seo-joon.[5]

Filmografi[sunting | sunting sumber]

Siri televisyen[sunting | sunting sumber]

Tahun Rancangan Peranan
2012 Dream High 2 JB / Jang Woo Jae

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]