JPLDIS

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Jet Propulsion Laboratory Display Information System, bermaksud "Sistem Maklumat Paparan Makmal Perejangan Jet" (JPLDIS) ialah sebuah atur cara pengurusan fail yang ditulis dalam FORTRAN. JPLDIS adalah ilham bagi dBASE dan walaupun dipertikaikan, merupakan atur cara DBMS yang paling berpengaruh semasa zaman mikrokomputer awal.[1][2]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Lewat 1960-an, Fred Thompson di Jet Propulsion Laboratory (JPL) Institut Teknologi California (CalTech) menggunakan sebuah produk Tymeshare bernama RETRIEVE untuk menguruskan pangkalan data untuk kalkulator elektronik. Fred kemudiannya, pada tahun 1971, bekerja sama dengan Jack Hatfield, seorang pengatur cara di JPL, untuk menulis sebuah versi lebih canggih bagi RETRIEVE yang menjadi projek JPLDIS. JPLDIS berkembang menjadi sebuah atur cara pengurusan fail yang ditulis dalam FORTRAN, berjalan pada sebubah kerangka utama UNIVAC 1108. Jack Hatfield telah menerbitkan dua kertas kerja bertajuk "Jet Propulsion Laboratory Data Information System (JPLDIS)". Kertas kerja yang pertama dipersembahkan kepada Univac Users Group di Dallas, TX (Feb. 1973) dan yang kedua di persidangan National Science Foundation berkenaan "Simpanan Data dan Kaedah Dapat Semula" di Universiti Missouri di Columbia, Missouri (Julai 1973). Jack Hatfield meninggalkan JPL dalam tahun 1974 dan projek JPLDIS telah diambil alih oleh Jeb Long, seorang lagi pengatur cara di JPL, yang telah menambah banyak ciri canggih disamping sebuah bahasa pengaturcaraan.

Pada tahun 1978, semasa di JPL, Wayne Ratliff telah menulis sebuah atur cara pangkalan data dalam bahasa himpunan untuk mikrokomputer berasaskan CP/M untuk membantunya menang dalam pertaruhan bola sepak Amerika di pejabatnya. Dia menulisnya berdasakan JPLDIS Jeb Long dan memanggilnya Vulcan, sempena nama Mr. Spock Star Trek.

Lewat 1980-an, George Tate dari Ashton-Tate membuat perjanjian pemasaran dengan Wayne Ratliff. Nama Vulcan telah ditukar kepada dBase, harganya pula telah dinaikkan daripada $50 kepada $695, dan perisian tersebut dengan cepat mendapai kejayaan besar.

JPLDIS ialah sebab kenapa Ashton-Tate kalah dalam tuntutan mahkamahnya keatas FoxPro dan SCO FoxPro berkenaan hak cipta yang digunakan oleh FoxPro yang didakwa kepunyaan Ashton-Tate dan produk dBase. Pada 11 Disember 1990, Hakim Hatter mengeluarkan perintah membatalkan hak cipta Ashton-Tate keatas produk-produk dBASE syarikat tersebut.[3] Keputusan tersebut adalah berdasarkan doktrin undang-undang yang dipanggil "unclean hands" (secara kasar, tangan kotor). Hakim Hatter menerangkan bahawa Ashton-Tate mengetahui yang pembangunan atur cara dBase adalah berdasarkan JPLDIS, namun fakta berkenaan disembunyikan daripada Pejabat Hak Cipta.[3]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Hawkins, John L. (1991). "dSTORY; how I really developed dBASE. (author of dBASE tells of the database management system's history)". Data Based Advisor. Advisor Publications, Inc. 9 (3): 93. ISSN 1090-6436. Diarkibkan daripada yang asal pada 16 January 2013. Dicapai pada 21 December 2010. Unknown parameter |month= ignored (bantuan)
  2. ^ Moser, Karen D.; Ould, Andrew (1990). "Court ruling turns table on A-T in dBASE battle. (Ashton-Tate's law suit against Fox Software Inc.)". PC Week. New York, New York: Ziff Davis Enterprise. 7 (50): 1. ISSN 0740-1604. Dicapai pada 21 December 2010. Unknown parameter |month= ignored (bantuan)
  3. ^ a b The History of FoxPro - Ashton-Tate vs Fox Software "The History of Fox Pro" Check |url= value (bantuan). Fox Pro. Dicapai pada December 21, 2010. Cite has empty unknown parameter: |1= (bantuan)