JUSCO

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Gedung JUSCO di Shenzhen, China.

JUSCO (bahasa Jepun: ジャスコ) merupakan singkatan bagi Japan United Stores Company, serangkaian "Gedung Barangan Am" (atau pasar hiper) dan yang terbesar di kalangan jenisnya di Jepun. Pelbagai syarikat JUSCO adalah anak syarikat ÆON Co., Ltd..

Nama JUSCO diambil pada tahun 1970 oleh sebuah syarikat yang asalnya didirikan sebagai pedagang sutera kimono pada tahun 1758. Setelah dinamakan semula sebagai ÆON pada tahun 1989, rangakaian ini mengendali gedung-gedung di seluruh Jepun di bawah nama JUSCO dan negara-negara lain, termasuk di Malaysia, Hong Kong, tanah besar China, Taiwan dan Thailand[1].

Pelaburan luar negara[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 1985, gedung JUSCO yang sulung di luar negara dibuka di Plaza Dayabumi, Kuala Lumpur, Malaysia[2][3], sebagai usahasama dengan Cold Storage (Malaysia) dan tiga syarikat tempatan yang lain. Inilah kali pertama adanya syarikat Jepun yang menyertai usahasama yang penting dalam industri peruncitan Malaysia. JUSCO mengambil alih segala kawalan operasi rangkaiannya pada tahun 1988.

Pusat Membeli-Belah AEON Bukit Tinggi di Bandar Bukit Tinggi Klang, stor Jusco yang terbesar di rantau Asia Tenggara.

Kini 18 buah gedung dan pasar raya JUSCO di seluruh Malaysia sedang beroperasi dengan 4 buah lagi bakal dibuka dan 3 lagi dirancang menjelang 2010. Gedung JUSCO yang terbesar di Malaysia dan juga di rantau Asia Tenggara terletak di Pusat Membeli-Belah AEON Bukit Tinggi di Bandar Bukit Tinggi, Klang. JUSCO di Malaysia dikenali sebagai antara rangkaian peruncit barangan am pertama yang memperkenalkan beg bioplastik yang diperbuat daripada ubi kentang manis.

JUSCO, nama dagang bagi AEON Stores (Hong Kong) Co. Ltd., ditubuhkan di Hong Kong pada bulan November 1987 dengan cawangan pertamanya di Kornhill Plaza, Quarry Bay, kemudian disenaraikan dalam Bursa Saham Hong Kong pada bulan Februari 1994. Gedung JUSCO terbesar (juga pusat beli-belah satu bangunan terbesar di Jepun) dibuka pada tahun 2005 di Mito.

Pada 1 Mac 2011, semua cawangan Jusco di Jepun dinamakan semula sebagai ÆON ekoran penggabungan semua unit peruncitan miliknya yang merangkumi pasaraya Saty dan Posful.[4].Pada bulan Mac 2012,semua cawangan Jusco di Malaysia dinamakan semula sabagai ÆON ekoran penggabungan semua unit peruncitan miliknya di jepun.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]