Jaafar Taib

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jaafar Taib
Kelahiran (1952-07-28) 28 Julai 1952 (umur 71)
PekerjaanKartunis, pengilustrasi
Tahun aktif1974−kini

Jaafar Taib (dilahirkan pada 28 Julai 1952) merupakan seorang kartunis dan pengasas majalah Gila-Gila, Fantasi, Bambino and Humour pada 1973 di Malaysia.[1][2] Beliau memulakan kerjaya di dalam bidang seni lukis sebagai seorang pengilustrasi, dan pada hari ini beliau telah pun mencapai reputasi yang teguh di dalam dunia penerbitan. Beliau tidak hanya berjaya sebagai seorang kartunis dan ilustrator bahkan telah berjaya mencipta nama sebagai seorang ahli perniagaan yang disegani. Beliau telah berjaya menubuhkan dan menerajui syarikat Creative Enterprise Sdn Bhd (CESB), sebuah syarikat penerbitan yang mengumpulkan antara artis-artis dan karyawan seni berbakat dan mahir di tanah air.

Bakat semula jadi Jaafar Taib terserlah melalui berbagai aspek seni lukis, termasuk melalui figura manusia dan haiwan, dan juga hasil-hasil kerja seni yang mengabungkan elemen-elemen kebudayaan. Walaubagaimanapun, sejak tahun 1983, semasa beliau masih sibuk dengan Gila-Gila, beliau lebih menumpukan perhatian kepada himpunan lukisan koleksi “Birds Of Malaysia” (Spesies Burung Malaysia) dan hidupan liar yang setakat ini sudah mengandungi lebih daripada 120 spesis burung dan banyak hidupan liar yang lain.[2]

Hasil karya seni beliau mendapat perhatian dari pelbagai peringkat dan lapisan masyarakat dan mendapat penghargaan di merata tempat, dari pameran yang diadakan di tengah-tengah hutan sehingga ke galeri di dalam istana. Sebahagian besar dari hasil kerja Jaafar Taib setakat ini telah dibeli dan dikumpulkan oleh pihak–pihak swasta dan korporat tempatan dan luar negeri. Diantara pengumpul yang terkenal termasuk Yang Mulia Raja Muda Selangor, Bekas Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Bin Mohammad dan Tun Ghafar Baba, Pengerusi syarikat Shapadu Holdings Berhad, Muzium Kementerian Pertahanan Malaysia (MINDEF), Southern Bank Berhad, Bank Negara Malaysia, Parlimen Malaysia dan banyak lagi.

Hasil-hasil kerja Jaafar Taib juga pernah dipilih menjadi hiasan muka depan kalendar yang diterbitkan oleh berbagai syarikat korporat, antaranya Edaran Otomobil Nasional Berhad (EON), ESSO, TOSHIBA, dan Tenaga Nasional Berhad (TNB). Disamping itu, karya-karya beliau juga pernah diterbitkan oleh berbagai syarikat penerbitan tempatan dan juga luar negara.

Pameran[sunting | sunting sumber]

  • 1983 Pameran Terbuka, Galeri Seni Negara, Kuala Lumpur
  • 1985 Self-Taught Artist`s Exhibition, Capital Insurance, Second One Show, Merlin Hotel, Kuala Lumpur. Exhibition of Creative Arts, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
  • 1986 Pameran Terbuka, Galeri Seni Negara, Kuala Lumpur
  • 1987 Peace Exhibition, On Tai Building, Kuala Lumpur
  • 1988 PERHILITAN, Museum Negara, Kuala Lumpur
  • 1989 Art Exhibition, Bank Negara Malaysia, Shah Alam
  • 1991 Galeri Shah Alam, Selangor
  • 1992 Galeri Shah Alam, Selangor
  • 1993 July Fest Exhibition, Taman Negara Resort, Pahang (Solo)
  • 1993 Malaysian Petroleum Club, Menara Daya Bumi, Kuala Lumpur (solo)
  • 1996 On Wing Of inspiration Solo Exhibition, Istana Hotel, Kuala Lumpur
  • 1998 Treasures of the rainforest Artist Colony, Hibiscus Garden of Lake Garden Kuala Lumpur (solo)
  • 1999 Bank Negara Kuala Lumpur
  • 2003 Solo Exhibition (INTERNATIONAL BIRDS RACE) Fraser Hill 14 hingga 15 Jun 2003
  • 2005 Creative Roadshow artexhibition & bookfair 2005,
  • 2005 WARM UP year-end Group Show, Metro Fine Art Gallery, Legend Hotel, Kuala Lumpur 20 september-20,
  • 2005 Pameran Seni Rupa Inspirasi Perak 20 ogos-17 september 2005
  • 2006 Pameran Seni Angin Timur Pahang Indah, Galeri Shah Alam 13-16 April
  • 2006 Pameran Royal Belum 1-30Julai 2006
  • 2006 Pameran Simposium Hutan Hujan Tropika Antarabangsa

Hasil penulisan[sunting | sunting sumber]

  1. Gelap menanti cerah  : Creative Enterprise, 2008.
  2. Berlumba dengan siput : Creative Enterprise, 1997.
  3. Penunggu huma  : Creative Enterprise, 1996.
  4. Kisah di perigi buta  : Creative Enterprise, 1996.
  5. Mengajar anak harimau  : Creative Enterprise, 1996.
  6. Cerita hutan / diolah semula daripada kisah Budak Serigala oleh Adi Alhadi ; ilustrasi oleh Jaafar Taib.  : Edusystem, 1992.
  7. Budak serigala / diceritakan semula oleh: Adi Alhadi ; ilustrasi oleh Jaafar Taib.  : Edusystem, 1989.
  8. Asas seni lukis 1 : untuk pelajar dan pelukis amatur / Ong Chong King, Jaafar Taib.  : Edusystem, 1985.
  9. Hang Tuah lima sahabat / Elias Idris & Amelia Kassim ; ilustrasi Jaafar Taib. : Kreatif Akademik, 1984.

Galeri[sunting | sunting sumber]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ 10 Kartunis Ini Pernah Gegarkan Persada Komik Negara Sekitar Tahun 1990an
  2. ^ a b Jaafar Taib pengasas Gila Gila (Youtube). THE MALAYSIAN INSIGHT. 27 Mac 2019. Dicapai pada 19 Jun 2020.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]