Jaafar bin Haji Muhammad

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Menteri Besar Johor Pertama - Dato' Jaafar bin Muhammad

Datuk Jaafar bin Haji Muhammad (1838- 3 Julai 1919) merupakan Menteri Besar Johor yang pertama . Sultan Abu Bakar Daeng Ibrahim telah melantiknya menjadi Menteri Besar pada tahun 1882. Perlu diingat, negeri Johor tidak pernah ditakluk oleh British.

Keluarga[sunting | sunting sumber]

Beliau dilahirkan dalam tahun 1838 di Teluk Belanga, Singapura, dan mendapat pendidikan Melayu dan Inggeris. Beliau adalah berketurunan Bendahara Paduka Raja Johor dan Bendahara Kerajaan Melaka.Lima anaknya menjadi Menteri Besar Johor.

Beliau mempunyai lima isteri . Isteri 1 :Esah bte Ibrahim; 3 Wan Emon bte Abu Talib; 5 Datin Selamah Ambak ;Rogayah Hanim

Anaknya Dato' Abdullah Jaafar juga menjadi Menteri Besar Johor ke-3.(September 1923 - 1928). Dato Abdullah adalah anak Wan Emon. Dato Abdullah 'berbeza pendapat' dengan Sultan lalu mengundurkan diri dan tinggal di Singapura. Selepas itu Dato' Mustapha Jaafar menjadi Menteri Besar Johor dari 16 September 1928 - 23 November 1931.Mustapha adalah anak Jaafar dengan isteri pertamanya Esah bte Ibrahim.

Sepupunya Dato Abdul Hamid Yusof , anak kepada abang Jaafar Muhammad menjadi Menteri Besar Johor ke-5.Menteri Besar ke-6 ialah Ungku Abdul Aziz bin Ungku Abdul Majid anak Dato’ Jaafar dengan isteri asal Turki, Rogayah Hanim. Rogayah Hanim adalah janda Ungku Majid, adik Sultan Abu Bakar.

Anaknya, Dato Onn Jaafar menjadi Menteri Besar Johor ke-7 (1 Jun 1947 - 18 Mei 1950). Onn Jaafar juga menjadi pengasas UMNO dan hampir menjadi Perdana Menteri Malaysia jika tidak kerana isu kerakyatan jus soli.

Anak perempuannya Dara bt Jaafar menjadi isteri ketiga Sultan Ibrahim. Cucunya Azah Aziz merupakan anak kepada Azizah Jaafar dan isteri Profesor diraja Ungku Aziz.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Beliau mulai berkhidmat dengan kerajaan negeri Johor ketika berumur 16 tahun, sebagai Pelatih Kerani di Pejabat Menteri kepada Temenggung Ibrahim. Dalam tahun 1856 beliau telah dilantik sebagai Kerani Besar di Pejabat Menteri, dan kemudiannya beliau terus memangku jawatan Dato' Menteri sehingga tahun 1882, dan kemudian terus dilantik sebagai Menteri Besar Johor oleh (Maharaja) Sultan Abu Bakar.

Perlantikan Datuk Jaafar bin haji Muhammad sebagai Menteri Besar ini adalah merupakan peristiwa bersejarah bagi negeri Johor, kerana inilah julung-julung kalinya seorang Menteri Besar dilantik dalam pentadbiran kerajaan Johor Moden.

Beliau adalah pengiring Maharaja Abu Bakar dalam lawatan pertamanya ke Eropah pada tahun 1866. Ketika memegang tugas sebagai Menteri Besar, beliau pernah memangku tugas Sultan Johor untuk menjalankan pentadbiran negeri, ketika baginda keluar negeri. Pada tahun 1904 beliau telah dilantik oleh Sultan sebagai Pemangku Raja.

Tugasnya yang terpenting ialah memimpin negeri serta menjalankan pentadbiran negeri. Beliau adalah seorang yang berani dan bersemangat waja dalam menjalankan tugasnya.

Mementingkan pelajaran[sunting | sunting sumber]

Dato Jaafar mementingkan pelajaran terutama pendidikan Barat , agama Islam dan kebudayaan Melayu. Beliau menetap di istana Bukit Senyum yang terletak berhadapan dengan Selat Johor / Selat Tebrau. Anak-anaknya dimestikan membaca Hikayat dan Syair, sastera dan puisi Inggeris disamping mengaji al Quran , makanan dan pakaian Melayu. Sejak 1991, rumah itu mempunyai tutor iaitu seorang perempuan Inggeris dari Singapura bernama Nanny. Guru tersebut dijemput dengan kuda dari Woodland dan menyeberang Selat Johor dengan feri dan menaiki beca ke Bukit Senyum.Seorang mualim/guru buta bernama Sheikh Salimi mengajar agama Islam.Kemudian Cikgu Sharifah Enson dari Johor Bharu mengajar tulisan Jawi dan membaca al Quran.

Anak-anaknya diajar alat muzik seperti violin, gambus dan tabla serta maruas iaitu sejenis gendang kecil. Mereka membentuk kumpulan Ghazal dan membuat persembahan di sekitat Johor Bahru.Seorang tukang masak dari Turki memperkenalkan masakan Timur Tengah seperti 'harisa' .Tukang masak India, Thambi Shah memperkenalkan nasih beriyani kepada rakyat Johor.[1][2]

Sumbangan[sunting | sunting sumber]

Semasa beliau menjadi Menteri Besar dari tahun 1882 hingga 1919, semua pegawai British yang berkhidmat di Johor diwajibkan memakai pakaian rasmi kerajaan Johor. Bendera Union Jack, iaitu bendera kerajaan British, haruslah dikibarkan lebih rendah daripada bendera negeri Johor. Di samping itu, semua surat-menyurat mestilah ditulis dalam Bahasa Melayu.

Pada 1904, Jaafar diarahkan oleh Sultan Johor menjadi Pemangku raja dan meraikan Putera Arthur (of Connaught) ke Tanah Melayu. Pada 1889, Duke Sutherland mengadap Sultan Johor dan perbualan itu dirakamkan oleh Florence Caddy.

Johor tidak dijajah British[sunting | sunting sumber]

Pegawai British di Negeri Selat berpejabat di Singapura menganggap Datuk Jaafar sebagai seorang yang tegas 'Straight forward man'. Datuk Jaafar bersama Datuk Sri Amar Diraja menentang cita-cita British menakluk negeri Johor sehingga terjadi sedikit keretakan hubungan dengan Sultan.Sebenarnya Sultan Johor mahu menerima seorang penasihat atau 'General adviser' pada 1910 kerana kalau Setiausaha Negeri jatuh sakit, tiada siapa lagi akan menasihati baginda.[3]

Gabenor Negeri-Negeri Selat beberapa kali cuba membawa Johor di bawah kawalan British sebagaimana Singapura . Mereka tidak menemui sebarang bukti pemerintahan buruk, tidak terdapat konflik atau persengketaan untuk mewajarkan campur tangan.Pada 1885, Gabenor Negeri-Negeri Selat, Cecil Smith telah memantau penjara, kerja-kerja awam, dan jabatan-jabatan kaji selidik di Johor.Beliau melaporkan kepada Pejabat Tanah Jajahan bahawa terdapat "organisasi baik", "memuaskan kemajuan ", dan kerja-kerja" mengagumkan dilakukan "oleh pegawai-pegawai dan kerani Melayu. Dalam erti kata lain, tidak ada bukti salah atur untuk mewajarkan perlantikan Residen British.

Faktor utama ialah pentadbir Johor tidak buta huruf. Mereka mendapat pendidikan Melayu atau pendidikan Barat dalam bahasa Inggeris dan bahasa Melayu.


Anugerah[sunting | sunting sumber]

Datuk Jaafar Mohamad juga berjaya menyelesaikan pergaduhan di Pahang dan Klang dan atas jasanya itu beliau juga dikurniakan Darjah Ketiga Bintang St. Michael dan St. George oleh Queen Victoria England.

Bagi mengenang jasa dan bakti beliau kepada kemajuan negeri Johor, baginda Sultan telah menganugerahkan Darjah Seri Paduka Mahkota Johor (SPMJ) kepada beliau. .

Meninggal Dunia[sunting | sunting sumber]

Beliau meninggal dunia pada tahun 3 Julai 1919 di rumahnya di Bukit Senyum dan telah dikebumikan dengan penuh istiadat di Makam Mahmoodiah, Johor Bahru, Johor.

Sebuah sekolah iaitu "Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Jaafar" telah ditubuhkan di sebelah Istana Bukit Senyum iaitu kediaman Dato Jaafar sempena jasa dan sumbangan beliau kepada Johor.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  • Biografi Dato' Onn - Hidup Melayu, by Anwar Abdullah


Penyandang Terdahulu Menteri Besar Johor
1882Julai 1890
Penyandang Kemudian
Yang Pertama Datuk Mohamed Mahbob