Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Bangunan JAWI

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) ialah suatu jabatan kerajaan yang berperanan sebagai pelaksana dasar, program dan projek yang diluluskan oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan MAIWP di samping membantu dalam pembangunan negara melalui perancangan lima tahun kerajaan.

Jabatan ini mempunyai dua cawangan iaitu Cawangan Labuan yang diwujudkan pada 16 April 1984 dan Cawangan Putrajaya yang diwujudkan pada 1 Ogos 2001.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) ditubuhkan pada peringkat awalnya dengan nama Urusetia Majlis dengan tujuan untuk melancarkan perjalanan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP). Ia diwujudkan pada 1 Februari 1974.[1]

Urusetia Majlis pada ketika itu hanya terdiri dari beberapa orang pegawai sahaja, mereka terdiri daripada:[1]

  • Mufti Wilayah Persekutuan
  • Kadi Besar Wilayah Persekutuan
  • Ketua Penolong Setiausaha
  • 2 Orang Kadi
  • Pegawai Tadbir Masjid
  • 2 Orang Pegawai Zakat & Baitulmal
  • Pegawai Pendakwa & Penguatkuasa

Apabila Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) ditubuhkan pada tahun 1978, JAWI telah diletakkan di bawah Kementerian ini. Walau bagaimanapun, pada tahun 1987 Kementerian ini telah dimansuhkan. Maka, JAWI telah diletakkan pula di bawah pentadbiran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sehingga kini. Pada peringkat awal operasi, JAWI hanya terdiri daripada beberapa unit kecil sahaja iaitu:[1]

  • Unit Pentadbiran
  • Unit Pengurusan Masjid
  • Unit Penguatkuasa & Pendakwaaan
  • Unit Pentadbiran Nikah, Cerai dan Ruju`
  • Unit Zakat & Baitulmal
  • Unit Fatwa

Kini, peranan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah diperluaskan kepada beberapa bidang antaranya:[1]

  • Merancang pembangunan dan aset Majlis
  • Penyelidikan
  • Memberi pendidikan serta keperluan guru yang mencukupi untuk mendidik anak-anak masyarakat Islam khususnya di Wilayah Persekutuan
  • Menjalankan aktiviti dakwah dan kebajikan
  • Pengurusan saudara baru yang lebih konsisten
  • Pengurusan zakat, wakaf dan Baitulmal
  • Penguatkuasaan & Pendakwaan serta memberi kaunseling kepada pasangan bermasalah
  • Pentadbiran Undang-undang Keluarga yang lebih sistematik
  • Menerbit dan mengedarkan majalah berkaitan dengan aktiviti-aktiviti JAWI dan kitab-kitab agama
  • Penyelidikan fatwa

Visi dan misi[sunting | sunting sumber]

Visi

Menjadi Sebuah Organisasi Peneraju Dalam Memartabatkan Hal Ehwal Islam

Misi
  • Memantapkan Aqidah, Syariah dan Akhlak Secara Kolektif dan Konprehensif
  • Mengurus Hal Ehwal Kekeluargaan Islam
  • Melaksanakan Dakwah Secara Menyeluruh Dan Professional
  • Memantapkan Pendidikan Ummah Berteraskan Al-Quran dan Sunnah
  • Mengimarahkan Masjid dan Surau

Kontroversi[sunting | sunting sumber]

Dalam satu serbuan JAWI di Zouk Club 2005 pada pukul satu pagi, seramai lebih 100 orang yang mengaku Muslim ditahan. Penahanan mereka yang kebanyakannya daripada anak-anak golongan berada telah menimbulkan pelbagai reaksi dan komen sehingga kepada peringkat kabinet.

Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan[sunting | sunting sumber]

Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) yang ditubuhkan melalui Akta 505 berperanan sebagai penggubal dasar dan badan induk dalam mengawasi pembangunan dan perkembangan agama Islam di Wilayah Persekutuan, asing daripada JAWI. MAIWP secara keseluruhan mengawasi pembangunan masjid/surau, sekolah-sekolah agama, kutipan dan pengagihan zakat, pembangunan tanah wakaf dan pesaka yang terletak hak kepada MAIWP, pengurusan nikah/cerai dan rujuk dan masalah kekeluargaan, penguatkuasaan undang-undang dan pembangunan sosial masyarakat Islam.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. 1.0 1.1 1.2 1.3 Sejarah Penubuhan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan

Pautan luar[sunting | sunting sumber]