Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Jabatan Kemajuan Islam)
Lompat ke: pandu arah, cari
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Kerajaan Malaysia
Kerajaan Malaysia
Ringkasan agensi
Ditubuhkan 1 Januari 1997
Agensi terdahulu Bahagian Hal Ehwal Islam (BAHEIS)
Ibu pejabat Putrajaya, Malaysia
Menteri bertanggungjawab Dato' Seri Jamil Khir Baharom, Menteri di Jabatan Perdana Menteri
Eksekutif agensi Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz, Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Agensi pusat Jabatan Perdana Menteri Malaysia
Tapak web
http://www.islam.gov.my/

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia atau ringkasnya (JAKIM) merupakan agensi kerajaan Malaysia yang mentadbir hal ehwal agama Islam di Malaysia. JAKIM dipimpin oleh Ketua Pengarahnya, Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz.

Isi kandungan

Sejarah [sunting]

Pada tahun 1968, persidangan Majlis Raja-Raja Malaysia telah memutuskan bahawa perlunya suatu badan bagi menggembleng usaha pembangunan dan kemajuan umat Islam di Malaysia, selaras dengan taraf negara Malaysia sebagai sebuah negara Islam yang semakin kukuh serta mendapat perhatian dunia antarabangsa.

Menyedari hakikat itu, satu urusetia kepada Majlis Kebangsaan Hal-Ehwal Ugama Islam Malaysia telah ditubuhkan, bagi memelihara kesucian akidah dan ajaran Islam. Urusetia ini kemudiannya telah dikembangkan sebagai Bahagian Ugama, Jabatan Perdana Menteri yang kemudiannya dinaikkan taraf sekali lagi menjadi Bahagian Hal Ehwal Islam (BAHEIS).

Pada 1 Januari 1997, selaras dengan pembangunan dan kemajuan Islam yang bertambah mantap di negara ini, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) ditubuhkan oleh kerajaan Malaysia sebagai mengambil alih kuasa dan peranan (BAHEIS).

Fungsi [sunting]

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Jabatan Perdana Menteri akan berperanan sebagai agensi pusat dalam perancangan pengurusan Hal Ehwal Islam dan pembangunan ummah dengan fungsi-fungsi seperti berikut:

  • Bertanggungjawab seperti perancang yang menentukan pembangunan dan kemajuan Hal Ehwal Islam di negara ini;
  • Merangka dasar bagi pembangunan Hal Ehwal Islam di negara ini dan menjaga kesucian akidah dan ajaran Islam
  • Membantu menggubal dan menyeragam undang-undang dan peraturan yang diperlukan serta menilai dan menyelaras pelaksanaan undang-undang dan pentadbiran yang sedia ada dari masa ke semasa dalam usaha untuk menyelesaikan masalah-masalah umat Islam;
  • Melaksanakan program-program pembangunan ummah dan penghayatan Islam dalam pengurusan negara;
  • Menyelaras mekanisma penguatkuasaan undang-undang serta peraturan-peraturan pentadbiran Hal Ehwal Islam di seluruh negara;
  • Membuat penilaian program-program Hal Ehwal Islam yang dilaksanakan di negara ini;
  • Bertindak sebagai pengumpul, penyebar dan pusat rujukan maklumat mengenai hal ehwal Islam; dan
  • Melaksanakan usaha-usaha pembangunan ummah melalui kerjasama di peringkat serantau dan antarabangsa.

Carta Organisasi [sunting]

Rajah di bawah menunjukkan carta organisasi JAKIM.

200 pcx

Organisasi-organisasi berikut diletakkan di bawah JAKIM:-

Di JAKIM, terdapat dua sektor utama iaitu sektor pengurusan dan sektor operasi. Di dalam sektor pengurusan, ianya dibahagikan kepada lima bahagian:-

Manakala di dalam sektor operasi dibahagikan kepada tujuh bahagian:-

Pautan luar [sunting]