Jabatan Kemajuan Orang Asli

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Jabatan Kemajuan Orang Asli
Kerajaan Malaysia
Kerajaan Malaysia
Ringkasan agensi
Ditubuhkan 1939
Ibu pejabat Putrajaya
Eksekutif agensi Dato' Hj. Mohd Sani Bin Mistam, Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli
Agensi pusat Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Malaysia

Jabatan Kemajuan Orang Asli atau JAKOA merupakan sebuah jabatan dalam kerajaan Malaysia yang bertanggung jawab bagi mengurus hal ehwal orang asli di Malaysia. Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) ialah nama baru bagi menggantikan nama lama Jabatan Hal Ehwal Orang Asli yang berkuatkuasa penggunaannya pada 15 Januari 2011.

Matlamat Jabatan Kemajuan Orang Asli adalah bagi melaksanakan pendekatan pembangunan secara menyeluruh yang melibatkan pembangunan sosioekonomi, pendidikan, kesihatan dan pembangunan modal insan secara terancang dan berterusan. Ia bertujuan bagi mencapai objektif peningkatan pendapatan, memperluaskan kemudahan prasarana dan amenitisosial, tahap kesejahteraan hidup yang lebih baik, dengan itu dapat melahirkan generasi baru yang berpendidikan dan dinamik serta pemuliharaan warisan dan budaya masyarakat Orang Asli.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sejarah awal penubuhan pentadbiran masyarakat Orang Asli bermula di Negeri Perak apabila kerajaan Negeri menguatkuasakan enakmen ‘Perak Aboriginal Tribes Enactment' No.3, Disember 1939 dengan melantikseorang ‘Field Etnographer' yang bertindak sebagai ‘Protector of Aborigines'. Pada tahun 1954, selepas beberapa langkah penambahbaikan dilakukan, Jabatan Orang Asli(JOA) ditubuhkan di bawah ‘Aborigional People Ordinance', No.3 1954. Ketika pembentukkan Negara Malaysia pada 16 September 1963 nama Jabatan Orang Asli telah ditukar kepada Jabatan Hal Ehwal Orang Asli(JHEOA).

Selepas 47 tahun pemakaian nama Jabatan Hal Ehwal Orang Asli, ketika pembentangan Bajet 2011 di Parlimen pada 15 Oktober 2010, YAB Dato' Sri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia telah mengumumkan penukaran namanya kepada Jabatan Kemajuan Orang Asli.

Peranan JAKOA[sunting | sunting sumber]

Tujuan utama penubuhan awal JAKOA adalah untuk melindungi Orang Asli dan cara hidup mereka daripada kepesatan perkembangan tamadun dan eksplotasi masyarakat luar disamping menyediakan kemudahan dan bantuan pendidikan, kesihatan dan pembangunan sosioekonomi.

Perubahan nama kepada JAKOA telah memperluaskan lagi peranannya ke arah pembentukan masyarakat Orang Asli yang lebih progresif dan dinamik selari dengan Visi JAKOA iaitu, Organisasi penggerak yang unggul dalam memajukan masyarakat Orang Asli setanding masyarakat perdana.


Pautan luar[sunting | sunting sumber]