Jabatan Pendidikan Negeri Kedah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Jabatan Pelajaran Negeri Kedah telah ditubuhkan pada tahun 1906. Penguasa Pelajaran Kedah yang pertama ialah Tunku Yahaya bin Tunku Zainal Abidin.

Pada tahun 1906-1916, JPN Kedah terletak di sebuah rumah kedai dua tingkat di jalan Sultan Muhamad Jiwa yang kini diduduki oleh Thean Teik Printing Press. Kemudiannya, pada tahun 1917, JPN Kedah berpindah ke Tingkat Atas Bahagian Tengah, Goverment English School, Jalan Langgar iaitu Kolej Sultan Abdul Hamid sekarang.

Pada tahun 1926. JPN Kedah sekali lagi berpindah ke Tingkat Atas Bangunan Pejabat Pos, Jalan Raja. Kemudiannya, pada tahun 1935, JPN Kedah berpindah pula ke Bangunan Pejabat Kerajaan yang terletak antara Panggung Cathay dan Pekan Rabu. Namun demikian, bangunan tersebut kini telah dirobohkan dan dibina rumah kedai. Pada tahun 1941, JPN Kedah berpindah pula ke Bangunan Dato' Wan Mohd Saman.

Seterusnya JPNK berpindah pula ke Bangunan Persekutuan, Jalan Sultan Badlishah pada tahun 1965. Dalam Rancangan Malaysia Ke-6, kerajaan telah meluluskan peruntukan untuk pembinaan bangunan JPNK. Majlis perletakan batu asas bangunan JPN Kedah telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Tan Sri Musa Hitam, Menteri Pelajaran Malaysia pada ketika itu di atas tapak Sekolah Kebangsaan Tunku Abdul Halim, Kompleks Pendidikan Jalan Stadium.

Di tapak inilah bangunan JPN Kedah yang terdiri daripada dua blok bangunan empat tingkat dirancang untuk dibina. Namun demikian, faktor ekonomi dan perkembangan semasa telah menyebabkan projek pembinaan bangunan JPN Kedah telah tertangguh. Akhirnya, kerja-kerja pembinaan telah berjaya dimulakan pada bulan September 1996. Pada Bulan Jun 1998, bangunan empat tingkat yang bernilai RM7.4 juta di atas tapak seluas 5,300 meter persegi ini telah siap dibina. Bangunan ini telah mula digunakan secara rasminya pada 1 September 1998.

Pada tahun 2009, ekoran perubahan struktur pentadbiran JPN Kedah yang melibatkan pertambahan bilangan pegawai dan staf sokongan, dua buah sektor telah berpindah ke Bangunan Wisma Persekutuan. Sektor berkenaan adalah Sektor Pengurusan Akademik dan Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan.

Alamat[sunting | sunting sumber]

Kompleks Pendidikan,
Jalan Stadium,
05604 Alor Setar
 Malaysia
Telefon : +04-7404000

Rujukan[sunting | sunting sumber]