Jabatan Penjara Malaysia
| Jabatan Penjara Malaysia | |
![]() Lambang Penjara |
|
| Ringkasan agensi | |
|---|---|
| Ibu pejabat | Bukit Wira, Kajang, Malaysia |
| Pekerja | Sulit |
| Tapak web | |
| Jabatan Penjara Malaysia | |
| Jabatan Penjara Malaysia |
|
|---|---|
| Aktif | |
| Negara | Malaysia |
| Kesetiaan | Kementerian Dalam Negeri |
| Jenis | Jabatan Penjara |
| Markas/Ibu pejabat | Bukit Wira, Kajang |
| Ulang tahun | 1 November |
| Komander | |
| Komisioner Jeneral Penjara | KJP Datuk Wira Zulkifli b. Omar |
| Komisioner Penjara (Operasi) | KP Wan Mohamad Nazarie |
| Komisioner Penjara (Pengurusan) | KP Dato' Hassan Sakimon |
Jabatan Penjara Malaysia ialah sebuah jabatan di bawah Kementerian Keselamatan Dalam Negeri Malaysia. Penjara merupakan tempat di mana pesalah disabitkan hukuman oleh pihak mahkamah. Penjara juga merupakan sebuah institusi penahanan dan pemulihan yang memiliki jentera dan kekuatan sumber manusia yang berkualiti serta proaktif dalam melaksanakan visi, misi dan objektif yang telah disarankan.
Isi kandungan |
Institusi penjara [sunting]
- Penjara
- Pusat Jagaan Kanak-kanak Staf Penjara Malaysia
- Tempat Tahanan Perlindungan
- Pusat Pemulihan Akhlak
- Sekolah Henry Gurney
- Depot Tahanan PATI
- Pusat Latihan Jabatan Penjara Malaysia
Ketua Pengarah Penjara [sunting]
- Capt. E.S. Lilley 01.04.1946 - 11.09.1949
- Capt. O.V. Garratt 11.09.1949 - 01.10.1956
- Ft. Lt. W.B. Oliver 01.10.1956 - 02.10.1957
- Tan Sri Murad b. Ahmad 03.10.1957 - 24.07.1977
- Dato' Ibrahim b. Hj. Mohamed 25.07.1977 - 30.04.1988
- Datuk Hj. Nik Ariffin b. Hj. Nik Omar 01.05.1988 - 07.11.1989
- Datuk Mohd. Yassin b. Hj. Jaafar 01.03.1990 - 07.02.1994
- Datuk Mohd Zaman Khan 09.02.1994 - 31.12.1997
- Datuk Omar b. Mohamed Dan 01.01.1998 - 16.10.2001
- Datuk Mustafa b. Osman 17.10.2001-01.06.2009
- Datuk Wira Zulkifli b. Omar 01.06.2009 - kini
Sejarah [sunting]
Sewaktu pemerintahan British dan sehingga kedatangan Jepun, tempat-tempat hukuman dijalankan adalah di bawah tanggungjawab pemerintahan negeri dengan peraturan-peraturan masing-masing. Bagi Negeri-negeri Selat, seorang Penguasa yang ditempatkan di Singapura bertindak sebagai penyelia dengan membuat pemeriksaan ke negeri-negeri di bawah jajahannya.
Negeri-negeri Selat merupakan negeri-negeri yang awal sekali membangunkan penjara-penjaranya manakala Negeri-Negeri Melayu hanya membangunkan penjara-penjara setelah British menubuhkan pentadbiran yang bertanggungjawab. Penjara Taiping atau lebih dikenaldikenali sebagai "Taiping Gaol", yang merupakan penjara terbesar di Tanah Melayu pada ketika itu telah dibangunkan pada tahun 1879. Pentadbiran penjara ditubuhkan dengan tujuan utama untuk menimbulkan kesengsaraan dalam hidup banduan dengan harapan kesengsaraan ini dapat menghindarkan orang-orang melakukan jenayah. Dalam tahun 1881, wadar Sikh dibawa masuk untuk membantu wadar Melayu dan pengajar pertukangan dari Hong Kong digunakan dalam usaha memperkenalkan perusahaan dalam penjara. Antara perusahaan awal adalah seperti pecah batu dan pertukangan kayu. Pada tahun 1882, satu percubaan pengkategorian banduan dilakukan dan pada tahun 1889 wadar berbangsa Eropah telah dilantik di sesetengah penjara.
Dengan penubuhan Negeri-negeri Melayu Bersekutu, Penjara Taiping dijadikan pusat penahanan banduan hukuman lama bagi negeri Perak, Pahang, Negeri Sembilan dan Selangor. Pada tahun 1923, Sistem Hakim Pelawat telah diperkenalkan. Perusahaan penjara telah diperkembangkan dan meliputi kerja-kerja percetakan, menenun kain, jahitan, perusahaan rotan dan besi. Pada tahun 1924, pekerjaan pecah batu dihapuskan dan diganti dengan kerja pukul sabut kelapa. Semasa pemerintahan Jepun (1941-1945), penjara telah digunakan sebagai penjara awam dan juga tawanan perang oleh Tentera Jepun. Dalam tempoh peperangan inilah, semua rekod mengenai penjara dan banduan dimusnahkan.
Selepas Perang Dunia Kedua, Ibu Pejabat Penjara ditubuhkan dan mentadbir semua penjara-penjara di Tanah Melayu. Era selepas perang menyaksikan keadaan kembali tenang dan kaedah pentadbiran moden diperkenalkan. Keadaan darurat pada tahun 1948 menyebabkan bilangan tahanan meningkat dan berlaku kesesakan dalam penjara. Ini menyebabkan pembangunan penjara terbantut dan hanya ketika akhir tahun 1949, keadaan kembali tenang dan tumpuan kepada pembangunan sistem penjara dapat dijalankan sepenuhnya.
Pada tahun 1952, Undang-Undang Penjara telah digubal dan diikuti penggubalan Peraturan Penjara Persekutuan pada 1953 yang berdasarkan konsep layanan moden diperkenalkan bagi menggantikan undang-undang penjara lama. Dalam tahun itu juga, Rang Undang-Undang Keadilan Jenayah (Criminal Justice Bill) telah diluluskan dan undang-undang ini telah memansuhkan penyeksaan dengan cemeti (cat of nine tails) dan penggunaan istilah "penjara" bagi perkataan-perkataan "penal servitude".
Tahun 1957, merupakan tahun kemerdekaan bagi Persekutuan Tanah Melayu dan Pesuruh Jaya Penjara yang pertama telah dilantik untuk mengendalikan pentadbiran semua penjara di Persekutuan Tanah Melayu. Dengan pembentukan Malaysia pada tahun 1963, Jabatan Penjara Malaysia merangkumi pengurusan penjara bagi Semenanjung Malaysia dan Sabah serta Sarawak.
Pada 2 November 1995 telah dikuatkuasakan Akta Penjara 1995 bagi menggantikan Akta Penjara lama. Pada 1 September 2000 pula telah dikuatkuasakan Peraturan-Peraturan Penjara 2000 bagi menggantikan peraturan-peraturan terdahulu. Akta dan peraturan yang terdahulu telah lama digunakan dan wajar dibuat perubahan dan pembaharuan berdasarkan kepada keperluan dan perubahan semasa bagi memperkemaskan jentera pengurusan dan pentadbiran institusi penjara.
Organisasi [sunting]
Organisasi Jabatan Penjara Malaysia dibahagikan kepada dua sektor iaitu bahagian Keselamatan&Koreksional dan Pengurusan. Kedua-dua bahagian ini diketuai oleh Komisioner Penjara. Setiap sektor mempunyai bahagian-bahagian di mana ia berfungsi melancarkan perjalanan keseluruhan jabatan penjara yang diketuai oleh Komisioner Jeneral Penjara di Malaysia.
| KJP Datuk Wira Zulkifli Omar Ketua Pengarah Penjara (KJP) |
|||||||||||||||||||||||||||
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|||||||||||||
|
|
|
Komisioner Penjara Dato' Hj Hassan b Sakimon Timbalan Ketua Pengarah Keselamatan dan Koreksional |
|
|
|
|
Komisioner Penjara Wan Abd Rahman b Abdullah Timbalan Ketua Pengarah Pengurusan |
|
|
||||||||||||||||||
|
|
|
|
|
||||||||||||||||||||||||
Keselamatan dan Koreksional [sunting]
Sektor Keselamatan dan Koreksional diketuai oleh Timbalan Ketua Pengarah Penjara, KP [Dato Hj Hassan b Sakimon ]. Di bawah operasi terdapat 5 bahagian iaitu bahagian Keselamatan dan Inteligen , Pengurusan banduan , Parol, Vokasional & Industri dan Dasar Kepenjaraan.
| Bahagian | Pengarah | Jawatan |
|---|---|---|
| Keselamatan dan Inteligen | KPj Wan Mohamad Nazarie b. Wan Mahmood | Komisioner Penjara |
| Pengurusan Banduan | KPj Jamaluddin b Saad | Komisioner Penjara |
| Parol | TKPj Abdul Aziz Mohamad | Timbalan Komisioner Penjara |
| Vokasional & Industri | TKPj Mohd Shakeri Dollah | Timbalan Komisioner Penjara |
| Dasar Kepenjaraan | KPj Mohd Zafril Al Nasif b Mohd Adahan | Komisioner Penjara |
Keselamatan [sunting]
- Fungsi Bahagian Keselamatan
- Menyelaras dan memastikan pentadbiran keselamatan penjara
- Menyelaras segala aktiviti/aspek pengurusan pesalah-pesalah (prisoner management)
- Menjamin "dynamic security"
- Menjalankan risikan dan siasatan
- Menyelia Unit Khas Keselamatan Penjara
- Unit Kawalan dan Pencegahan
- Terup Tindakan Cepat (TTC)
- Menapis segala informasi berperingkat untuk kegunaan dalaman dan luaran
- Bahagian Keselamatan terdiri dari
- Unit Perundangan
- Unit Penahanan dan Pelaksanaan Hukuman
- Unit Keselamatan Fizikal
- Unit Risikan dan Siasatan
- Unit Maklumat dan Gerakan
Pengurusan [sunting]
Sektor Pengurusan diketuai oleh Timbalan Ketua Pengarah Penjara, KPj Wan Abdul Rahman b Abdullah]. Di bawah pengurusan terdapat 5 bahagian iaitu bahagian Sumber Manusia dan Pentadbiran, Pembangunan & Perolehan, Teknologi Maklumat, Pembangunan Profesionalisme dan Kewangan.
| Bahagian | Pengarah | Jawatan |
|---|---|---|
| Sumber Manusia dan Pentadbiran | Nik Ahmad Zaki b. Nik Ismail | Pegawai Tadbir & Diplomatik |
| Pembangunan & Perolehan | Kamariah bt Mohd Noah | Pegawai Tadbir & Diplomatik |
| Teknologi Maklumat | Mat Hassan bin Mat Esa | Pegawai Teknologi Maklumat |
| Pembangunan Profesionalisme | PKK Nordin bin Hj. Muhamad | Penolong Kanan Komisioner Penjara |
| Kewangan | Ahmat b Mat Zin | Pegawai Tadbir & Diplomatik |
Tanda pangkat [sunting]
Jabatan Penjara Malaysia mempunyai 10 peringkat pangkat mengikut 2 kategori, iaitu kumpulan Pegawai Kanan Polis bermula dari pangkat Inspektor sehingga Inspektor General Polis, dan Kumpulan Pegawai Rendah Polis Dan Konstabel.
Berikut adalah senarai istilah pangkat-pangkat yang terdapat dalam Penjara :-
| Bahasa Inggeris | Bahasa Melayu | |
| PEGAWAI KANAN | ||
| Pegawai Kanan Penjara (KJP - KPj) | ||
| Commissioner General of Prisons | Komisioner Jeneral Penjara(KJP) | |
| Commissioner of Prisons | Komisioner Penjara(KPj) | |
| Pegawai Penjara (PP - PKK) | ||
| Deputy Commissioner of Prisons | Timbalan Komisioner Penjara (TKPj) | |
| Senior Assistant Commissioner | Penolong Kanan Komisioner (PKK) | |
| Asistant Commissioner of Prisons | Penolong Komisioner Penjara (PKP) | |
| Superintendent of Prisons | Penguasa Penjara (PP) | |
| Penguasa Penjara Rendah (ASP - DSP) | ||
| Deputy Superintendant of Prisons | Timbalan Penguasa Penjara (TPP) | |
| Assistant Superintendant of Prisons | Penolong Penguasa Penjara (PPP) | |
| Pegawai Rendah Penjara | ||
| Sub Inspector of Prison | Sub Inspektor Penjara (Insp) | |
| Sargeant Major of Prisons | Sarjan Mejar Penjara (SM) | |
| Prison Sergeant | Sarjan Penjara | |
| Prison Corporal | Koperal Penjara | |
| Warder | Wadar | |
| Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan: Jabatan Penjara Malaysia |
|
|||||||||||||||||
