Jabatan Pertahanan Awam Malaysia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Jabatan Pertahanan Awam Malaysia
Kerajaan Malaysia
Kerajaan Malaysia
Ringkasan agensi
Ditubuhkan 1952
Ibu pejabat Putrajaya
Menteri bertanggungjawab Dato' Seri Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Dalam Negeri
Eksekutif agensi Dato' Sulaiman Bin Haji Keling, Ketua Pengarah Jabatan Pertahanan Awam

Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) ialah agensi pertahanan awam di Malaysia yang terletak di bawah kawalan Kementerian Dalam Negeri Malaysia. Dahulu dikenali sebagai JPA3 atau Rescue 991. Ketua pengarah JPAM kini adalah Dato' Sulaiman Bin Haji Keling.

Pengenalan[sunting | sunting sumber]

Di atas kesedaran itu maka dalam tahun 1951 Ordinan Pertahanan Awam telah diluluskan dan dalam tahun 1952 sebuah Jabatan telah ditubuhkan bagi melaksanakan maksud ordinan tersebut. Jabatan tersebut telah diberi nama Jabatan Pertahanan Awam Malaysia. Apabila negara mencapai kemerdekaan dalam tahun 1957, tanggungjawab Pertahanan Awam terletak di bawah bidangkuasa Kerajaan Persekutuan sebagaimana yang termaktub di dalam Jadual ke sembilan (9) Perlembagaan Malaysia. Berikutan daripada itu maka dalam tahun 1958 Pertahanan Awam menjadi sebagai salah satu unsur tetap Sistem Pertahanan Negara. Dalam tahun 1979, Ordinan Pertahanan Awam (1951) telah dipinda dengan menambah tanggungjawab memberi Khidmat Bantuan Bencana semasa aman sehinggalah ke hari ini.

Fungsi JPAM adalah:

  • Melatih seramai mungkin rakyat yang mempunyai pengetahuan dalam aspek keselamatan dan pertahanan awam.
  • Mengelola, menubuh, menyenggara, melengkapi, melatih dan mendisiplin angkatan dan perkhidmatan pertahanan awam.
  • Melakukan kerja bantuan bencana atau memberi perlindungan bagi menjamin keselamatan nyawa, orang atau harta benda penduduk awam sekiranya berlaku atau akan berlaku bencana serta memudahkan pemulihan mangsa selepas bencana tersebut.

Moto JPAM ialah "Sedia Pantas Berintegriti".

Mengikut Akta Pertahanan Awam 1951 (Akta 221) pertahanan awam mengikut keadaan yang terbahagi kepada dua keadaan iaitu samada keadaan aman atau keadaan peperangan.

  • Semasa peperangan

Bermaksud apa-apa jua langkah yang tidak melibatkan penggunaan senjata bagi menghadapi serangan permusuhan samada langkah itu diambil sebelum,semasa atau selepas masa serangan musuh.

  • Semasa aman

Bermaksud apa-apa jua langkah yang diambil bagi melindungi nyawa dan harta benda samada langkah itu diambil sebelum, semasa atau selepas sesuatu bencana.

Berdasarkan Akta 221 tersebut dapat difahami bahawa Pertahanan Awam itu berfungsi dalam masa aman, masa peperangan dan mangsa bencana dengan mengambil apa-apa jua langkah bagi menyelamat, melindungi dan mengurangkan kehilangan nyawa serta kerosakan ke atas harta benda penduduk awam.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sejarah JPAM terdiri daripada iaitu zaman sebelum dan selepas kemerdekaan:-

Pra Merdeka[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 1939, Aktiviti Pertahanan Awam di Malaysia telah dimulakan oleh pihak British sebagai '"Passive Defence"' yang dibentuk di bawah Emergency Regulation Enactment Chapter 41 untuk mengadakan langkah–langkah bagi menghadapi Perang Dunia Kedua. Kemudian pada tahun 1951, The Ordinan Pertahanan Awam 1951 (Civil Defence Ordinance 1951) digubal secara rasmi sebagai satu undang–undang dalam sistem keselamatan Tanah Melayu. Setahun kemudian, Jabatan Pertahanan Awam ditubuhkan pada 24 Mac secara rasmi bagi melaksanakan peruntukan Ordinan.

Struktur Pangkat[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]