Jabatan Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Sejarah penubuhan[sunting | sunting sumber]

Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan mengambil alih tanggungjawab sepenuhnya pentadbiran tanah di Wilayah Persekutuan pada tahun 1975 apabila Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur ditubuhkan pada tahun 1974. Ia berkuat kuasa di bawah Akta 203 Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) No. 2 Tahun 1973. Berikutan dengan penubuhan ini, segala pentadbiran tanah yang dahulunya terletak di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri Selangor telah diambil alih oleh Kerajaan Persekutuan.

Satu kaedah tanah yang dikenali dengan nama Kaedah Tanah Wilayah Persekutuan 1975 kemudiannya telah digubal. Penggubalan ini telah diwartakan melalui Warta Kerajaan P. U. (A) 98 bertarikh 17 April 1975.

Semasa penubuhannya, pejabat ini diletakkan di bawah bidang kuasa Kementerian Wilayah Persekutuan sehinggalah pada bulan Mei 1987. Sejak pada itu sehinggalah sekarang, PPTGWPKL berada di bawah Jabatan Perdana Menteri. Wilayah Persekutuan meliputi keluasan sebanyak 40,593.14 hektar dan dibahagikan kepada 8 mukim iaitu Mukim Batu, Mukim Setapak, Mukim Hulu Klang, dan Mukim Kuala Lumpur yang terletak di sebelah utara Wilayah Persekutuan.

Di sebelah selatan pula, terletak Mukim Ampang, Mukim Cheras dan Mukim Petaling. Terdapat juga dua buah bandar iaitu Bandar Kuala Lumpur dan Bandar Petaling Jaya dan beberapa buah pekan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Persempadanan kawasan bandar, pekan dan mukim masih tidak diubah walaupun pentadbiran tanah diasingkan.

Sementara itu, Pejabat Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan Labuan juga diletakkan di bawah pentadbiran PPTGWPKL. Kuasa ini diperoleh pejabat ini apabila Wilayah Persekutuan Labuan dibentuk pada 01 April 1984 di bawah Akta Perlembagaan (Pindaan) No. 2 Tahun 1984. Keluasan Wilayah Persekutuan Labuan ialah 35,813.12 hektar dan mempunyai beberapa pulau antaranya seperti Pulau Labuan, Pulau Daat, Pulau Burong, Pulau Keraman, Pulau Rusukan Besar dan Pulau Rusukan Kecil.

Laman WEB rasmi[sunting | sunting sumber]


Jabatan dan Agensi kerajaan Malaysia <=

  • DIpetik daripada laman rasmi.