Jabatan Tentera Udara Amerika Syarikat

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jabatan Tentera Udara Amerika Syarikat
United States Department Of The Air Force
Cap Mohor

Ibu pejabat Jabatan Tentera Udara Amerika Syarikat di
The Pentagon
Intisari agensi
Dibentuk18 September 1947
Agensi terdahulu
JenisAngkatan Tentera
Ibu pejabatThe Pentagon
Kaunti Arlington, Virginia
Eksekutif Angkatan Tentera
Agensi induk
Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat
Agensi-agensi anak
Laman sesawang
https://www.af.mil

Jabatan Tentera Udara Amerika Syarikat ( Bahasa Inggeris : United States Department Of The Air Force ; singkatan : DAF ) ialah salah satu daripada tiga Jabatan Tentera dalam Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat. Jabatan Tentera Udara telah ditubuhkan pada 18 September 1947 dengan "Akta Keselamatan Negara 1947" dan ia termasuk semua unit dan organisasi dalam Tentera Udara Amerika Syarikat.

Pada 20 Disember 2019, Presiden Amerika Syarikat ke-45 Donald Trump telah mengumumkan penubuhan tentera angkasa untuk Amerika Syarikat dengan menandatangani S.1790, National Defense Authorization Act (NDAA) untuk mengarahkan penubuhan Tentera Angkasa Amerika Syarikat sebagai cabang tentera keenam dalam Angkatan Tentera Amerika Syarikat di bawah Jabatan Tentera Udara Amerika Syarikat ini.[1]

Jabatan Tentera Udara diketuai oleh Setiausaha Tentera Udara Amerika Syarikat (SAF/OS), seorang awam, yang mempunyai kuasa untuk menjalankan semua hal ehwalnya, tertakluk kepada kuasa, arahan dan kawalan Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat. Timbalan utama Setiausaha Tentera Udara ialah Setiausaha Rendah Tentera Udara Amerika Syarikat (SAF/AS).

Pembantu kakitangan kanan mereka di dalam Pejabat Setiausaha Tentera Udara Amerika Syarikat ialah empat orang Penolong Setiausaha Tentera Udara, mereka adalah Pemerolehan ; Pengurusan Kewangan & Pengawalan, Pemasangan ; Persekitaran & Logistik ; Tenaga Manusia & Hal Ehwal Simpanan ; Peguam Kanan Tentera Udara. Pegawai tentera berpangkat tertinggi di jabatan ini adalah Ketua Turus Tentera Udara Amerika Syarikat yang merupakan penasihat kanan beruniform kepada Setiausaha, mewakili Tentera Udara di Ketua Turus Bersama, mengetuai Staf Udara Amerika Syarikat dan dibantu dalam kapasiti yang terakhir oleh Timbalan Ketua Turus Tentera Udara.

Dengan arahan Setiausaha Pertahanan, Setiausaha Tentera Udara menugaskan unit-unit Tentera Udara - selain daripada unit-unit yang melaksanakan tugas yang disenaraikan dalam Kanun Amerika Syarikat 10 § 9011 kecuali diarahkan sebaliknya - kepada Markas Medan Bersepadu. Hanya Setiausaha Pertahanan (dan Presiden) mempunyai kuasa untuk meluluskan pemindahan pasukan tentera antara Markas Medan.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]