Jack Abramoff

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jack A. Abramoff
Jack Abramoff memberikan keterangan kepada Senate Indian Affairs Committee
StatusDalam penjara
PekerjaanAhli perniagaan dan pelobi
PasanganPam Alexander
SabitanPenipuan, pengkomplotan, pengelakan cukai
Hukuman jenayahPemenjaraan 5 tahun dan 10 bulan

Jack Abramoff (lahir 28 Februari 1959) adalah mantan pelobi dan usahawan Amerika Syarikat. Dia sekarang dipenjara di Kem Penjara Satelit di Cumberland, Maryland. Beliau dijadualkan akan dibebaskan pada 4 Disember 2010.[2]

Abramoff mengaku bersalah pada 3 Januari 2006, atas tiga jenayah di Washington DC oleh mahkamah persekutuan kerana menipu puak Red Indian Amerika dan merasuah pegawai awam. Ia melibatkan Michigan's Saginaw Chippewas, California Agua Caliente, Choctaws Mississippi, dan Louisiana Coushattas.

Abramoff dituduh menipu Red Indian melibatkan jutaan dolar untuk membina pusat judi kasino di tanah Red Indian tersebut di Miami. Urusan itu membabitkan SunCruz casinos. Pada 4 September 2008, mahkamah di Washington mendapati beliau bersalah kerana membeli hadiah-hadiah mahal, makan dan sukan perjalanan serta ganjaran bantuan politik . Beliau dihukum empat tahun penjara .

Rasuah itu menghakis keyakinan masyarakat kepada para pegawai di Rumah Putih .Antaranya ialah J. Steven Griles dan David Safavian, Bob Ney, dan sembilan pelobi lain dalam Kongres.

Abramoff bertindak sebagai pelobi Preston Gates & Ellis dan syarikat Greenberg traurig. Pengarah National Center for Public Policy Research, sebuah kumpulsan pemikir . Dia merupakan Pengerusi Jawatankuasa Kebangsaan Parti Republik College (1981-1985). Dia jugapengasas Yayasan Freedom Antarabangsa.

Rujukan[sunting | sunting sumber]