Jajahan Pasir Mas

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Koordinat: 6°2′U 102°8′T / 6.033°U 102.133°T / 6.033; 102.133

Pasir Mas
Pasir Mas yang terletak di Kelantan
Pasir Mas
Koordinat: 6°2′35.4″U 102°8′37.5″T / 6.043167°U 102.14375°T / 6.043167; 102.14375
Negara Bendera Malaysia Malaysia
Negeri Bendera Kelantan Kelantan
Luas
 - Jumlah 221 batu persegi (572.38 km²)
Penduduk (2009)
 - Jumlah 206,400
Zon waktu MST (UTC+8)
Poskod
Kod kawasan 09
Bendera Daerah Pasir Mas.

Pasir Mas adalah sebuah jajahan daripada 10 buah jajahan yang terdapat dalam negeri Kelantan. Jajahan-jajahan lain adalah Kota Bharu, Tumpat, Pasir Puteh, Bachok, Kuala Krai, Machang, Tanah Merah, Jeli dan Gua Musang. Ia bersempadanan dengan Kota Bharu di sebelah timurnya dan Tumpat di sebelah utaranya. Ia juga bersempadan dengan negara Thailand di sebelah barat dan di sebelah selatan bersempadan dengan Tanah Merah. Seluas 3.9 peratus daripada keluasan negeri Kelantan adalah keluasan Pasir Mas atau 57,800 hektar.

Sebelum Jajahan Pasir Mas diwujudkan ia merupakan sebahagian daripada Jajahan Kota Bharu. Walau bagaimanapun, setelah dipersetujui bersama, Jajahan Pasir Mas telah diasingkan pada tahun 1918 dan diletakkan dibawah pentadbiran sendiri di bawah Pejabat Tanah dan Jajahan Pasir Mas. Pada waktu itu Ketua Jajahan Pasir Mas yang pertama telah di sandang oleh Encik Jaafar yang memegang jawatan selama satu tahun.

Isi kandungan

[sunting] Penduduk

Jumlah penduduk di jajahan Pasir Mas ialah 206,400 orang (2009). Penduduk Melayu sebanyak 90%, Cina 5%, India 1% dan lain-lain 4%.

[sunting] Projek DiRaja

Fail:Kelapa wangi.jpg
Kelapa Wangi.

Projek DiRaja Tanaman Kelapa Wangi adalah hasil dari ilham dan cadangan DYMM Raja Perempuan Kelantan selaku Penasihat kepada Projek DiRaja Kelantan. Projek ini merupakan projek pertama yang dilancarkan di Negeri Kelantan pada awal 2001

Sebidang tanah seluas 12.8 ha (31.55 ekar) telah diusahakan di Kampung Gual Mesa, Mukim Apam, Jajahan Pasir Mas yang terdiri dari tanah kerajaan dan keadaan tanah tersebut pada masa itu adalah terbiar dan ditenggelami air.

Kerja-kerja pembangunan projek ini telah dijalankan bersama oleh jabatan dan agensi kerajaan terutama dari jabatan dan agensi di bawah Kementerian Pertanian serta juga pihak swasta kerana tiada peruntukan wang khusus disediakan bagi melaksanakan projek ini. Kerja-kerja penyediaan plan tatatur telah disediakan oleh Jabatan Perancang Bandar dan desa dengan nasihat teknikal diberikan oleh Jabatan Pertanian. Komponen projek terdiri dari tapak tanaman kelapa wangi, tapak tanaman sayur-sayuran, kolam ikan, reban ternakan ayam, rumah peserta, tapak gerai jualan, pejabat dan jalan ladang.

Seramai 8 peserta telah diambil daripada mereka yang terdiri dari golongan rakyat termiskin yang menepati kriteria yang telah ditetapkan oleh Kemeterian Pembangunan Luar Bandar untuk melayakkan mereka mendapat bantuan rumah PPRT(Program Pembangunan Rakyat Termiskin). Peserta dan keluarga akan ditempatkan di dalam kawasan projek dengan diberi kemudahan rumah dan kawasan ladang untuk menjalankan aktiviti pertanian yang telah diatur oleh pihak pengurusan.

Kerja-kerja menyediakan tapak telah dimulakan pada 28 Oktober 2000 dan kelapa wangi telah dicadangkan sebagai tanaman utama disamping tanaman sampingan dan aktiviti pertanian yang lain. Majlis Pelancaran oleh YAM Tengku Temenggong Kelantan telah diadakan pada 29 Oktober 2000.

[sunting] Institut Pengajian

  • Sekolah Rendah di daerah Pasir Mas
  1. SK BAKONG
  2. SK BANGGOL CHICHA
  3. SK BANGGOL PETAI
  4. SK BAROH PIAL
  5. SK BAYU LALANG
  6. SK BECHAH DURIAN
  7. SK BENDANG PAUH
  8. SK BUKIT PERAH
  9. SK BUNUT SUSU
  10. SK CHABANG TIGA CHETOK
  11. SK CHETOK
  12. SK CHICHA TINGGI
  13. SK GELANG MAS
  14. SK GUAL PERIOK
  15. SK GUAL SITOK
  16. SK GUAL TO DEH
  17. SK KAMPONG BARU
  18. SK KANGKONG
  19. SK KEDAI TANJONG
  20. SK KEDONDONG
  21. SK KELAR
  22. SK BECHAH KELUBI
  23. SK KEPAS
  24. SK KOK PAUH
  25. SK KUBANG CHENOK
  26. SK KUBANG KUAU
  27. SK LATI
  28. SK LEMAL
  29. SK LUBOK SETOL
  30. SK MEKASAR
  31. SK MERANTI
  32. SK PANGKAL KALA
  33. SK DATO ABDUL HAMID (1)
  34. SK PENGGU
  35. SK RANTAU PANJANG
  36. SK TANJONG BUNGA
  37. SK TANJONG CHENAK
  38. SK OTHMAN TALIB (1)
  39. SK SRI KIAMBANG
  40. SK TOK SANGKUT
  41. SK TO UBAN
  42. SK RAHMAT
  43. SK DATO ABDUL HAMID (2)
  44. SK OTHMAN TALIB (2)
  45. SK SULTAN IBRAHIM (3)
  46. SK SULTAN IBRAHIM (4)
  47. SK PENDIDIKAN KHAS KELANTAN
  48. SK GUAL TINGGI
  49. SK BUKIT JARUM
  50. SK SRI RANTAU PANJANG (1)
  51. SK SRI RANTAU PANJANG (2)
  52. SK SULTAN IBRAHIM (1)
  53. SK SULTAN IBRAHIM (2)
  54. SJK (C) KHAY BOON
  55. SJK(C) YOK ENG
  56. SJK(C) POY HWA
  • Sekolah Menengah di daerah Pasir Mas
  1. SMK CHETOK
  2. SMK BUNUT SUSU
  3. SMK KANGKONG
  4. SMK TENGKU PANGLIMA RAJA
  5. SMK MERANTI
  6. SMK (P) PASIR MAS
  7. SMK TENDONG
  8. SMK TO UBAN
  9. SMK TIANG CHANDI
  10. SMK SULTAN IBRAHIM (2)
  11. SMK GUAL PERIOK
  12. SMK KEDONDONG
  13. SMK KUBANG BEMBAN
  14. SMK BAROH PIAL
  15. SMK RANTAU PANJANG
  16. SMK SULTAN IBRAHIM (1)
  17. SMK (A) LATI
  • institusi pengajian tinggi dan kemahiran di daerah Pasir Mas
  1. Kolej Polytech Kemahiran Mara Pasir Mas

[sunting] Tokoh kelahiran jajahan Pasir Mas

[sunting] Rujukan

Alatan peribadi
Ruang nama

Kelainan
Tindakan
Pandu arah
Perhubungan
Cetak/eksport
Alatan
Bahasa lain