Jajahan Tanah Merah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Tanah Merah
Bendera Tanah Merah
Lokasi Daerah Tanah Merah di Kelantan
Lokasi Daerah Tanah Merah di Kelantan
Map
Jajahan Tanah Merah is located in Bumi
Jajahan Tanah Merah
Jajahan Tanah Merah (Bumi)
Koordinat: 5°48′N 102°04′E / 5.800°N 102.067°E / 5.800; 102.067Koordinat: 5°48′N 102°04′E / 5.800°N 102.067°E / 5.800; 102.067
Negara Malaysia
Negeri Kelantan
Kerajaan
 • Yang diPertua Majlis Daerah Tanah MerahTuan Haji Mohd Anis bin Hussein
Keluasan
 • Jumlah884.14 km2 (341.37 batu persegi)
Penduduk
 (2020)[1]
 • Jumlah150,766
 • Kepadatan170/km2 (440/batu persegi)
Zon waktuUTC+8 (MST)
Poskod
17500
Kod kawasan09
Laman sesawangMajlis Daerah Tanah Merah

Tanah Merah merupakan satu daripada 10 jajahan pentadbiran negeri Kelantan. Jajahan Tanah Merah terletak di bahagian tengah negeri Kelantan dan berkeluasan 884 kilometer persegi. Pusat pentadbiran jajahan Tanah Merah terletak di Bandar Tanah Merah.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Pada 2 Februari 1955, Tanah Merah telah diisytiharkan sebagai sebuah jajahan penuh. Pada tahun 1982, daerah Batu Melintang dan Daerah Jeli digugurkan daripada pentadbiran Jajahan Tanah Merah apabila Jajahan Jeli dibentuk dan dinaik taraf sebagai jajahan penuh pada tahun 1986.[2]

Geografi[sunting | sunting sumber]

Jajahan Tanah Merah terletak di bahagian tengah negeri Kelantan, bersempadan dengan jajahan Pasir Mas di utara, Machang di timur, Kuala Krai di tenggara dan Jeli di barat daya. Jajahan Tanah Merah juga bersempadan dengan negara Thailand di bahagian barat laut. Rupa bumi Tanah Merah dipengaruhi oleh Sungai Kelantan yang lebar, mengairi kawasan pertanian seperti ladang getah, kelapa sawit dan tembakau. Bukit Kemahang (876 m) dan Bukit Kusial (723 m) terletak di sebelah barat.

Pecahan pentadbiran[sunting | sunting sumber]

Jajahan Tanah Merah ditadbir satu pihak berkuasa tempatan iaitu Majlis Daerah Tanah Merah. Jajahan Tanah Merah dibahagikan kepada tiga daerah dan 14 mukim;

Peta jajahan Tanah Merah

Demografi[sunting | sunting sumber]

Sejarah kependudukan
TahunPend.±%
199194,611—    
2000101,509+7.3%
2010115,949+14.2%
2020150,766+30.0%
Sumber: [1]

Berdasarkan bancian Malaysia 2020, jumlah penduduk di Jajahan Tanah Merah ialah seramai 150,766 orang dengan kepadatan penduduk 170 orang perkilometer persegi yang dikategorikan sebagai taburan penduduk padat. Majoriti penduduk di jajahan Tanah Merah berbangsa Melayu, seramai 140,469 orang.[3][4]

Bilangan penduduk mengikut bangsa pada tahun 2020.[3]
Status Bangsa Jumlah
Warganegara Melayu 140,469
Bumiputera lain 308
Cina 4,697
India 375
Lain-lain 671
Bukan warganegara - 4,246
Jumlah 150,766

Agama[sunting | sunting sumber]

Di jajahan Tanah Merah, agama Islam merupakan agama paling ramai penganut dengan peratusan 95 peratus diikuti agama Buddha sebanyak tiga peratus. Agama Kristian, Hindu dan lain-lain serta tidak beragama mencatatkan kurang satu peratus.[4]

Kemudahan[sunting | sunting sumber]

Terdapat pelbagai kemudahan yang dibina di seluruh jajahan Tanah Merah. Terdapat sebanyak 50 buah sekolah di jajahan ini;[5]

Jenis sekolah Bilangan
Sekolah Kebangsaan 33
Sekolah Jenis Kebangsaan 1
Sekolah Menengah Kebangsaan 11
Sekolah Menengah Agama 4
Kolej Vokasional 1

Jajahan Tanah Merah juga mempunyai 12 buah balai polis, sebuah hospital daerah, lima klinik kesihatan dan sembilan klinik desa di sekitar jajahan.

Pengangkutan[sunting | sunting sumber]

Perhubungan di jajahan Tanah Merah dibantu dengan rangkaian jalan raya yang merangkumi Jalan Persekutuan dan Jalan Negeri. Perkhidmatan kereta api juga disediakan di beberapa stesen kereta api di sekitar jajahan, terutamanya di Stesen keretapi Tanah Merah yang menghubungkan Jajahan Tanah Merah dengan destinasi utama di sekitar Pantai Timur.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b "Key Findings of Population and Housing Census of Malaysia 2020" (pdf) (dalam bahasa Bahasa Melayu dan Inggeris). Jabatan Perangkaan Malaysia. ISBN 978-967-2000-85-3.
  2. ^ NW, Super User (2021-02-23). "Jajahan Tanah Merah". ptjtm.kelantan.gov.my. Dicapai pada 2024-03-08.
  3. ^ a b "MyCendash-Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020". dosm.gov.my. Jabatan Perangkaan Malaysia. Dicapai pada 2023-12-16.
  4. ^ a b "Indikator Utama Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020 Pihak Berkuasa Tempatan" (pdf) (dalam bahasa Bahasa Melayu dan Inggeris). Jabatan Perangkaan Malaysia. ISBN 978-967-253-697-0. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 2023-07-24. Dicapai pada 2023-07-24.
  5. ^ "Sekolah di PPD Tanah Merah-Data Sekolah di Malaysia". myschool.daa-taa.com. Dicapai pada 2023-12-16.

Pautan Luar[sunting | sunting sumber]