Jake Weary

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Jake Weary

Jake Weary (lahir 14 Februari 1990) adalah seorang pelakon Amerika Syarikat. Dia anak kepada pelakon Kim Zimmer serta pengarah A.C. Weary, dan tinggal bersama keluarganya di New Jersey.

Lakonan[sunting | sunting sumber]

Selepas peranan tetamu dalam rancangan ibunya, Guiding Light, pada tahun 2002, Weary berlakon sebagai Luke Snyder dalam sandiwara lipur lara televisyen As the World Turns pada tahun 2005.

Weary juga telah dilihat dalam dua rancangan francais Law & Order, iaitu Law & Order: Criminal Intent dan Law & Order: Special Victims Unit.

Pemergian Weary dari As the World Turns menimbulkan setakat kontroversi kerana masa itu berbetulan dengan pertukaran peranan bagi watak Luke yang akan didedahkan sebagai seorang homoseksual. Mula-mulanya, laporan-laporan berita menunjukkan bahawa Weary atau Zimmer mungkin tidak akan selesa dengan cerita itu. Zimmer kemudian memberitahu pemberita bahawa pemergian Weary disebabkan dia hanya berumur 15 tahun, dan berbanding dengan bekerja waktu panjang yang dijadualkan oleh As the World Turns untuknya, dia hendak kembali ke kerja episod yang membenarkannya kembali ke sekolah.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]