Jalan Lingkaran Tengah 2 Kuala Lumpur

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Jkr-ft28.png

Laluan Persekutuan 28
Jalan Lingkaran Tengah 2 Kuala Lumpur (MRR2)
Maklumat laluan
Panjang: 35.0 km (21.7 bt)
Wujud: 1992 – sekarang
Sejarah: Siap pada tahun 2002
Persimpangan utama
Dari: Bandar Sri Damansara
  Jkr-ft54.png Jalan Sungai Buloh
Mes-e11.png Lebuhraya Damansara-Puchong
Jkr-ft54.png Laluan Persekutuan 54
B21
Jkr-ft--.png Lebuhraya Kepong-Selayang
Jkr-ft1.png Lebuhraya Kuala Lumpur-Rawang
B22
Jkr-ft--.png Jalan Batu Caves
B125
Jkr-ft--.png Jalan Pinggiran Batu Caves
Mes-e33.png Lebuhraya Duta Ulu Klang
Mes-e8.png Jkr-ft2.png Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak
Mes-e12.png Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur
B36
Jkr-ft--.png Jalan Kerja Ayer Lama
B31
Jkr-ft--.png Jalan Ampang
Jkr-ft1.png Jalan Cheras
Mes-e37.png Lebuhraya Hubungan Timur-Barat KL
Mes-e9.png Lebuhraya Sungai Besi
Mes-e5.png Lebuhraya Shah Alam
Ke: Sri Petaling
Lokasi
Destinasi
utama:
Kepong
Batu Caves
Gombak
Klang Gates
Taman Melawati
Ulu Klang
Ampang
Pandan Indah
Cheras
Bandar Tun Razak
Bandar Tasik Selatan
Sungai Besi
Sistem jalan raya

Jalan raya di Malaysia
Lebuh raya • Persekutuan • Negeri

Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 Kuala Lumpur (MRR2), Laluan Persekutuan Jkr-ft28.png adalah sebuah lebuhraya lingkaran yang dibina oleh Jabatan Kerja Raya bagi menghubungkan kawasan-kawasan kejiranan di sekitar sempadan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur-Selangor. Keseluruhan sistem lebuh raya lingkaran ini merangkumi Laluan Persekutuan Jkr-ft28.png, Lebuhraya Damansara-Puchong Mes-e11.png (dari Sri Damansara ke Persimpangan Sunway) dan Lebuhraya Shah Alam Mes-e5.png (dari Persimpangan Sunway ke Sri Petaling). Walau bagaimanapun, istilah Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 Kuala Lumpur merujuk kepada Laluan Persekutuan Jkr-ft28.png memandangkan ia membentuk lebih kurang dua pertiga daripada keseluruhan sistem.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Kerja-kerja pembinaan lebuhraya lingkaran ini terbahagi kepada 3 fasa, iaitu Sri Damansara-Kepong-Gombak, Gombak-Ulu Klang-Ampang dan Ampang-Cheras-Sri Petaling.

Kerja-kerja Fasa 1 dimulakan pada tahun 1996 oleh Jabatan Kerja Raya dengan Bumi Hiway Sdn. Bhd. sebagai kontraktor utama. Fasa 2 pula bermula pada 1998 dengan Sukmin Sdn Bhd. sebagai kontroktor utama.

Laluan perintis[sunting | sunting sumber]

Pembinaan MRR2 turut melibatkan pengambil alihan serta kerja naik taraf beberapa laluan perintis berikut:-

  • Jkr-ft54.png Jalan Sungai Buloh
  • B21
    Jkr-ft--.png Lebuhraya Selayang-Kepong
  • B22
    Jkr-ft--.png Jalan Batu Caves
  • 30px Lebuhraya Karak
  • Jalan Ulu Klang

Kontroversi[sunting | sunting sumber]

Isu rekahan pada jejambat MRR2 di Kepong[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 2004, penduduk di Kepong menyuarakan keresahan mereka berikutan terdapat rekahan pada 31 daripada 33 tiang Jejambat Kepong. Jumlah rekahan tersebut dilaporkan dikesan sehingga melebihi 7000 rekahan pada beberapa buah tiang. Kerisauan timbul memandangkan jejambat tersebut digunakan oleh lebih 4,300 kenderaan pada satu-satu masa. 4 daripada 6 lorong jejambat tersebut ditutup sementara tiang-tiang tersebut diperbaiki.

Kesesakan di jalan susur Jejambat Kepong apabila jejambat tersebut ditutup kepada lalu lintas.

Pada 4 Februari 2006, Jejambat Kepong ditutup terus kepada lalu lintas apabila kerosakan serius didapati pada jejambat itu sendiri, mengakibatkan kesesakan jalan raya yang sangat teruk sepanjang laluan jalan susur Jejambat Kepong (lihat gambar). Jejambat itu akhirnya dibuka semula kepada lalu lintas pada 8 Disember 2006.

Pada pagi 3 Ogos 2008, Jejambat Kepong ditutup buat kali ketiga kepada semua lalu lintas selepas rekahan dijumpai di Tiang 28. 4 lorong tengah bagaimanapun dibuka semula pada petang hari yang sama[1].

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. "Jejambat MRR2 Dekat Kepong Dibuka Semula", Bernama.com, 3 Ogos 2008. Dicapai pada 5 Ogos 2008. 

Lihat juga[sunting | sunting sumber]