Jalan Pintasan Muar

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Jalan Pintasan Muar Jalan Pintasan Muar ialah sebuah rangkaian lebuh raya pertama di bandar Muar, Johor, Malaysia. Lebuh raya sepanjang 13 kilometer itu bermula dari pekan Parit Bunga hingga ke Parit Sakai, Jalan Abdul Rahman. Rangkaian lebuh raya ini dihubungkan melalui sebuah Jambatan Kedua Muar yang menyeberangi Sungai Muar.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Pembinaan jalan pintasan dan Jambatan Kedua Muar adalah bertujuan untuk mengalihkan kesesakan yang sering berlaku di Jambatan Sultan Ismail Muar di Laluan Persekutuan Jkr-ft5.png yang merupakan satu-satunya laluan untuk ke bandar Muar dan lain-lain destinasi seperti ke Batu Pahat dan Johor Bahru dari bandar Tangkak. Ia merupakan laluan alternatif untuk pengguna dan kenderaan berat khasnya.

Cadangan pembinaannya telah dimulakan pada tahun 1998. Ia mula dibina pada tahun 2002 oleh Jabatan Kerja Raya dan Ranhill Bersekutu Sdn Bhd sebagai kontraktor utamanya. Pembinaannya siap pada tahun 2005.

Laluan[sunting | sunting sumber]

Jalan Pintasan Muar merupakan laluan sepanjang 13 km bermula dari persimpangan-Y Parit Bunga ke Melaka dan Tangkak/Segamat merentasi Sungai Muar dan terus ke timur dan melalui jalan-jalan utama di Muar termasuk Jalan Salleh dan Jalan Bakri dan kemudiannya menuju ke selatan dan berakhir di Parit Sakai, Jalan Abdul Rahman, Muar dengan Jambatan Kedua Muar merupakan jambatan yang merentasi Sungai Muar.

Selain itu, jalan pintasan 4 lorong ini juga mempunyai beberapa simpang empat yang menghubungkan jalan pintasan dengan beberapa laluan utama ke Batu Pahat dan Yong Peng. Antara simpang tersebut ialah :

  • Jalan Abdul Rahman (Parit Sakai)
  • Jalan Temenggung Ahmad (Parit Keroma Ke Bandar Muar)
  • Jalan Dato Haji Kosai
  • Jalan Bakri
  • Jalan Sungai Abong
  • Jalan Naib Pee
  • Bukit Treh, Jalan Muar-Pagoh
  • Jalan Bukit Treh
  • Jalan Bakariah
  • Parit Bunga - Melaka - Segamat (Tangkak)

Setiap simpang disediakan dengan lampu isyarat.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]