Jalan Tuanku Abdul Rahman

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Jalan TAR menghadap Dataran Merdeka
Jalan TAR

Jalan Tuanku Abdul Rahman atau dulunya Batu Road merupakan jalan terkenal dan penting di Kuala Lumpur, Malaysia. Jalan ini dinamakan sempena Yang di-Pertuan Agong pertama Malaysia. Ia terletak di kawasan perniagaan Kuala Lumpur dan berdekatan dengan Dataran Merdeka dan India Kecil (Jalan Masjid India).

Tarikan[sunting | sunting sumber]

Di bahu jalan ini terdapat bangunan-bangunan sebelum perang dengan ciri unik yang masih dipelihara. Kebanyakan kedai perniagaan seperti GS Gill, P. Lal dan PH Henry juga masih memilih untuk kekal di sini. Antara kompleks membeli belah moden yang ada di sini adalah Sogo dan Maju Junction.

Setiap hari Sabtu di antara pukul 5 petang ke 10 malam, Lorong Tuanku Abdul Rahman ditutup untuk kenderaan bagi memberi ruang kepada pasar malam yang menawarkan pelbagai kain, tekstil, baju, barangan tempatan dan makanan pada harga yang menarik.