Jalani Sidek
| Jalani Sidek | ||
|---|---|---|
| Maklumat peribadi | ||
| Nama singkatan(s) | Alan | |
| Nama penuh | Mohamed Jalani Mohamad Sidek | |
| Tarikh lahir | 10 November 1963 (49 tahun) | |
| Tempat lahir | Banting, Selangor | |
| Beregu lelaki | ||
| Negara | ||
| Rekod pingat Olimpik | |||
| Badminton - lelaki | |||
|---|---|---|---|
| Gangsa | Barcelona 1992 | Beregu | |
Mohamed Jalani Mohamad Sidek (nama singkatan: Alan) (lahir 10 November 1963 di Banting, Selangor) merupakan bekas pemain badminton lelaki dari Malaysia.
Beliau merangkul pingat gangsa bersama dengan abangnya Razif dalam perlawanan beregu pada Sukan Olimpik 1992. Anak-anak Sidek menjadi pemenang pingat Olimpik yang pertama ke atas negara mereka sejak penyertaan pada temasya 1956 di Melbourne. Semasa perjalanan karier dengan abangnya Razif, mereka memenangi beberapa gelaran kejohanan tempatan dan antarabangsa. Detik paling bersejarah semasa beliau menjadi pemain termuda yang memenangigelaran Kejohanan Seluruh England pada 1982.
Selepas bersara sebagai pemain badminton, beliau mengasaskan sebuah kelab badminton bagi mencari bakat pemain baru, yang dipanggil Kelab Nusa Mahsuri, yang mana beliau menjadi penasihat sejak 1996. Beliau bertanggungjawab dalam perkembangan adik beradik Hashim, Roslin dan Hafiz untuk menjadi pemain badminton kebangsaan Malaysia.
Pencapaian[sunting]
Pencapaian (dengan Razif)[sunting]
- Juara Seluruh England 1982
- Juara Terbuka Kanada 1983, 1984, 1991
- Naib juara Terbuka Thailand 1984
- Juara Terbuka Malaysia 1985, 1987
- Juara Grand Prix Dunia 1986, 1988, 1989, 1991
- Juara Terbuka Jepun 1986
- Juara Terbuka Taiwan 1986, 1989, 1991
- Naib juara Seluruh England 1986, 1988
- Naib juara Terbuka Malaysia 1991
- Juara Terbuka Indonesia 1988, 1990
- Juara Terbuka China 1989
- Juara Terbuka Hong Kong 1989
- Naib juara Piala Thomas 1988, 1990 (berpasukan lelaki)
- Juara Sukan Asia 1989, 1991 (berpasukan lelaki)
- Juara Sukan Komanwel 1990
- Juara Terbuka Jerman 1990
- Juara Piala Dunia 1989, 1990, 1991
- Juara Terbuka A.S 1991
- Juara Kejohanan Badminton Asia 1990, 1991, 1992
- Juara Piala Thomas 1992 (berpasukan lelaki)
- Sukan Olimpik 1992 (pingat gangsa)