Jam 24 jam

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Jam 24 jam Jam 12 jam
00:00 12:00 a.m.*
tengah malam
(pangkal hari)
01:00 1:00 a.m.
02:00 2:00 a.m.
03:00 3:00 a.m.
04:00 4:00 a.m.
05:00 5:00 a.m.
06:00 6:00 a.m.
07:00 7:00 a.m.
08:00 8:00 a.m.
09:00 9:00 a.m.
10:00 10:00 a.m.
11:00 11:00 a.m.
12:00 12:00 p.m.*
tengah hari
13:00 1:00 p.m.
14:00 2:00 p.m.
15:00 3:00 p.m.
16:00 4:00 p.m.
17:00 5:00 p.m.
18:00 6:00 p.m.
19:00 7:00 p.m.
20:00 8:00 p.m.
21:00 9:00 p.m.
22:00 10:00 p.m.
23:00 11:00 p.m.
24:00 (tengah malam)*
(hujung hari)
* Rujuk "Perbezaan penyataan
tengah hari dan tengah malam
"

Jam 24 jam merupakan amalan penjagaan waktu yang mana sehari menjangkau dari tengah malam ke tengah malam dan terbahagi kepada 24 jam yang ditandai oleh jam-jam yang berlalu sejak tengah malam, dari 0 hingga 23. Sistem ini adalah yang paling laris digunakan di dunia pada masa kini,[1] dan juga piawaian antarabangsa (ISO 8601) untuk notasi waktu.[2] Dalam amalan perubatan, jam 24 jam umumnya digunakan dalam pendokumenan jitu untuk mengelakkan sebarang kekaburan berkenaan peristiwa-peristiwa dalam sejarah perubatan seseorang pesakit.[3] Ia juga dikenali ramai sebagai military time (waktu tentera) or astronomical time (waktu astronomi) di Amerika Syarikat, Kanada,[4] dan beberapa negara lain[1] yang masih dikuasai oleh jam 12 jam.

Keterangan[sunting | sunting sumber]

Jangan tangan 24 jam Rusia untuk ekspedisi kutub dari 1969, buatan Raketa. Fenomena malam atau siang kutub memerlukan penggunaan sistem 24 jam sebagai ganti 12 jam.

Waktu ditulis secara notasi 24 jam dalam bentuk jj:mm (cth. 01:23) atau jj:mm:ss (cth. 01:23:45), yang mana jj (00 hingga 23) adalah bilangan jam genap yang berlalu sejak tengah malam, mm (00 hingga 59) adalah bilangan minit genap yang berlalu sejak jam genap yang terdahulu, dan ss (00 hingga 59) adalah bilangan saat sejak minit genap yang terdahulu. Apabila adanya saat lompat, nilai ss boleh menjangkau 60. Angka sifar depan dibubuh untuk bilangan jam di bawah 10. Walaupun tidak diwajibkan, tetapi sifar ini amat laris digunakan dalam aplikasi komputer yang mana spesifikasi memerlukannya (cth. ISO 8601).

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Muka Jam Empat Mubaligh (1443) oleh Paolo Uccello di Gereja Besar Firenze
Jam menara 24 jam di Venice yang memaparkan jam 1 hingg 12 dua kali

Sistem 24 jam sudah digunakan berkurun-kurun lamanya, khususnya oleh ahli sains, ahli astronomi, pengemudi, dan ahli horologi. Terdapat banyak contoh jam lama yang dibina dengan sistem 24 jam, termasuklah Orloj yang terkenal di Prague, dan jam pintu Shepherd di Greenwich.[petikan diperlukan]

Di Persidangan Meridian Antarabangsa di 1884, Lewis M. Rutherfurd mengusulkan:[5]

That this universal day is to be a mean solar day; is to begin for all the world at the moment of mean midnight of the initial meridian, coinciding with the beginning of the civil day and date of that meridian; and is to be counted from zero up to twenty-four hours.

Bahawa hari semesta ini akan dijadikan hari suria min yang bermula pada ketika tengah malam min di meridian asal untuk seluruh dunia, berbetulan dengan bermulanya hari dan tarikh awam untuk meridian tersebut, dan dikira dari kosong hingga dua puluh empat jam.

Resolusi ini diterima guna oleh persidangan tersebut.[5]

Menurut laporan akhbar Times London pada 1886, jam 24 jam sudah pun digunakan untuk perkhidmatan keretapi Canadian Pacific Railway di Port Arthur.[6]

Negara terawal yang memperkenalkan sistem 24 jam ke seluruh negara adalah Itali pada tahun 1893,[7] disusuli pula oleh negara-negara lain: Perancis menerima gunanya pada tahun 1912 (tentera Perancis pada 1909), diikuti oleh Denmark (1916), dan Yunani (1917). Menjelang 1920, Sepanyol, Portugis, Belgium, dan Swiss telah beralih, diikuti oleh Turki (1925), dan Jerman (1927). Menjelang awal 1920-an, kebanyakan negara di Amerika Latin turut menerima pakai sistem 24 jam. Sesetengah perkhidmatan keretapi di India juga beralih sebelum meletusnya perang.[7]

Pada Perang Dunia Pertama, Tentera Laut Diraja British menerima guna jam 24 jam pada 1915, diikuti tidak lama kemudian oleh tentera Berikat,[7] dan akhirnya Tentera Darat British pada 1918.[8] Angkatan tentera Kanada mula-mula menggunakan sistem 24 jam pada lewat 1917.[9] Pada 1920, Tentera Laut AS adalah pertubuhan sulung di Amerika Syarikat yang menerima guna sistem 24 jam; Tentera Darat AS pula hanya merasmikan penggunaannya pada 1 Julai 1942 dalam Perang Dunia Kedua.[10]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. 1.0 1.1 Rujuk Common Locale Data Repository untuk data terperinci tentang notasi tarikh dan waktu yang diutamakan mengikut negara, serta tetapan lokal sistem pengendalian utama serta rencana Notasi tarikh dan waktu mengikut negara.
  2. International Standard ISO 8601: Data elements and interchange formats – Information interchange – Representation of dates and times. International Organization for Standardization, 3rd ed., 2004.
  3. Gloria D. Pickar (2011), Dosage Calculations, Cengage Learning, 537 pp. (p.60)[1]
  4. U.S. Government Printing Office, Style Manual. Diarkibkan April 21, 2008 di Wayback Machine
  5. 5.0 5.1 "International Conference Held at Washington for the Purpose of Fixing a Prime Meridian and a Universal Day. October, 1884. Protocols of the proceedings.". Project Gutenberg. 1884. Diperolehi pada 30 November 2012. 
  6. The Times, 1886 October 2, p. 8.
  7. 7.0 7.1 7.2 Memorandum CP 1721, "Report of the Committee upon the 24 hour method of expressing time", Edward Shortt, 1920 August 4
  8. The Times: 1918 September 19, p. 3.
  9. Dancocks, Daniel G. Gallant Canadians: The Story of the 10th Canadian Infantry Battalion 1914–1919
  10. The Pittsburgh Press, 1942 July 19.