Jam mantel

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Jam mantel adalah sejenis jam boleh ubah yang agak kecil, asalnya diletakkan pada para, atau mantel, di atas pendiang. Bentuk ini yang pertama kali dicipta di Perancis pada 1750-an, boleh dibezakan dari jam awal yang bersaiz serupa disebabkan ia tidak mempunyai pemegang.

Jam jenis ini kerap kali penuh dengan hiasan. Ia selalunya dibuat dari gabungan ormolu, porselin dan kayu.

Jam mantel pernah dijadikan sebagai satu watak bernama 'Cogsworth' filem Disney Beauty and the Beast.

Syarikat Rhythm Small World Clocks dan Seiko Clocks menghasilkan jam mantel yang mempunyai muzik dan/atau mempunyai bandul. Jam seperti ini biasanya dibnuat dari kayu dan logam. Jenis muzik memerlukan bateri sebagai sumber kuasa dan boleh memainkan sehingga 15 melodi berbeza setiap jam. Jam ini juga mempunyai penderia cahaya yang mematikan muzik ketika waktu gelap dan kawalan bunyi. Banyak jam mantel Seiko mempunyai bunyi Westminster atau Whittington.