Jamaah Islah Malaysia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Jamaah Islah Malaysia
جماعه اصلاح مليسيا
JIM.gif
Maklumat am
Jenis NGO
Ibu pejabat Lot 300.3,
Lorong Selangor,
Pusat Bandar Melawati,
53100 Kuala Lumpur,
 Malaysia
Penubuhan
Pengasas Hj. Saari Sungib
Identiti
Orang penting Hj. Zaid bin Kamaruddin (Presiden)
Fokus Islam
Moto "Bersama Islam Membina Masyarakat"
Laman sesawang jim.org.my

sunting
Lihat pendokumenan templat ini

Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia, atau juga dikenali dengan singkatan JIM, adalah sebuah NGO berasaskan Islam di Malaysia. Organisasi ini didaftar secara rasmi pada 27 Julai 1990 dan kini mempunyai cawangan di setiap negeri di seluruh Malaysia dan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

JIM adalah organisasi yang bercirikan aliran kontemporari (sezaman dan realistik) dan inovatif (kreatif dalam usaha pembaharuan). Istilah "Islah" banyak disebut di dalam al-Qur'an; Surah Hud (11):88, Surah Hujurat (49):9 dan 10. Kalimah "Islah" pada nama JIM membawa maksud pembaikan, pencegahan daripada kerosakan dan pemulihan, perubahan kepada persekitaran yang baik, serta pembaharuan dan pembangunan serta tuntutan untuk mewujudkan perdamaian dan keamanan.

"Aku tidak berkehendak melainkan melakukan Islah (pembaikan) sedaya-upayaku dan tidak ada taufiq bagiku melainkan daripada Allah. Kepada-Nyalah aku bertawakkal dan kepada-Nyalah aku akan kembali" (Hud:88)

Identiti[sunting | sunting sumber]

Visi JIM[sunting | sunting sumber]

Kewujudan JIM adalah untuk merealisasikan visi berikut adalah untuk "membangun sebuah negara Malaysia yang melaksanakan sepenuhnya syariat Islam menjelang 2020."

Misi JIM[sunting | sunting sumber]

Menjadi Gerakan Islam ulung yang:

  • membangun sumber manusia untuk melahirkan insan soleh wa muslih;
  • membudaya pendekatan perkongsian dan permuafakatan; dan
  • mengislah dan menggembleng masyarakat ke arah penegakan kebenaran dan keadilan sejagat.

Kesemua ini dirumuskan dalam satu pernyataan moto JIM yang berbunyi "Bersama Islam Membina Masyarakat".

Pendirian dan Pendekatan[sunting | sunting sumber]

JIM ditubuhkan kerana ia yakin boleh menyumbang untuk Islam dan pembangunan masyarakat. Selain meluaskan rangkaian usaha dakwah ia juga menyediakan satu lagi wadah dan pendekatan dakwah bagi penglibatan ummah dan masyarakat.

JIM menganggap semua organisasi, kumpulan atau individu yang bergiat untuk Islam sebagai sebuah keluarga. Setiap pertubuhan dakwah mempunyai keistimewaan dan sumbangan yang tersendiri kepada dakwah dan masyarakat. Menceburi bidang penglibatan yang sama tidak harus ditanggapi sebagai persaingan atau pertandingan yang negatif, tetapi perluasan (coverage) serta mempelbagai pilihan bagi meningkatkan penyertaan.

Semangat kerjasama dan persefahaman untuk membuahkan kerja Islam yang berkualiti perlu dipupuk dan perselisihan dielakkan. Berusaha ke arah kesatuan menjadi tanggungjawab semua. Menjaga muslimin dari bahaya lidah dan tangan kita, melunakkan mereka di hati, perkenalan, saling memahami dan kerjasama menunjuk arah menuju kesatuan.

JIM sentiasa menghulurkan salam persahabatan serta mencari jalan kerjasama dalam usaha yang disepakati bersama. Menjadi hasrat JIM melihat semua usaha untuk Islam berjaya tidak mengira siapa yang mengusahakannya.

Dalam rangka mengembalikan pengabdian kepada Allah, JIM berjuang untuk pelaksanaan Islam sepenuhnya. Usaha JIM berasaskan prinsip Islam, mengambilkira realiti (waqi') masyarakat dan kemampuan JIM sendiri.

JIM percaya strategi dakwah yang baik bagi Malaysia adalah satu strategi yang menyeluruh dan bersepadu. Kemampuan ummah perlu digembeling. Kedudukan yang berpengaruh dalam masyarakat perlu diusahakan supaya dipegang oleh mereka yang mengongsi komitmen untuk menghayati Islam.

JIM memilih pendekatan yang bercirikan:

  • Memberi keutamaan kepada kepentingan Islam, ummah dan masyarakat
  • Positif dan membangun; dengan penilaian dan sikap yang objektif
  • Penggembelingan sumber dan kemampuan ummah dan masyarakat

Kepimpinan JIM[sunting | sunting sumber]

Presiden pertama JIM ialah Tuan Hj Saari Sungib. Apabila beliau melepaskan jawatannya dalam tahun 2000 untuk berkecimpung sepenuhnya di dalam politik, kepemimpinan JIM telah diambil alih oleh Prof Dr Hj Mohd Hatta Shaharom, seorang Doktor Pakar Psikiatri. Dr Hatta menerajui JIM selama dua penggal dan setelah itu, bermula dari tahun 2003, jawatan Presiden dipegang oleh Tuan Hj Zaid bin Kamaruddin sehingga kini.

Pembubaran[sunting | sunting sumber]

Pembubaran adalah untuk menyepadukan semua sumber organisasi di bawah Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM).[1]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]