Jamali Shadat

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Jamali Shadat

DIMP (Phg)
Kelahiran
Jamali bin Shadat

(1941-09-18)18 September 1941
Meninggal dunia3 Februari 2021(2021-02-03) (umur 79)
Sebab kematianSerangan angin ahmar
DikebumikanTanah Perkuburan Islam Sungai Pinang, Pulau Indah, Pelabuhan Klang, Klang, Selangor
Nama lainAtan
PekerjaanPelawak, pelakon
Tahun aktif1970–2020
PasanganDatin Lela Yacob (meninggal dunia 2018)
Anak-anak8

Yang Hormat Dato' Jamali Shadat atau nama penuhnya Jamali bin Shadat, (18 September 1941 – 3 Februari 2021) merupakan pelawak Malaysia yang terkenal dilihat dalam peranannya sebagai Atan dan Atok dalam pelbagai panggung.[1] Beliau terkenal kerana kebolehannya meniru pelbagai dialek seperti Mandarin, Jawa dan Tamil dalam persembahan-persembahan pentas yang dijayakannya sejak tahun 1970-an sehingga kini.

Pak Jamali dilahirkan di Bukit Kapar, Klang, Selangor dan beliau seorang Melayu berketurunan Jawa.[2]

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Ketenarannya bermula ketika dia merupakan naib juara pertama pertandingan TV Bakat. Selepas kemasyhurannya yang baru ditemui, dia diundang untuk merakam leluconnya pada gramofon dan kemudian pada kaset dan CD.[3] Komedi beliau terkenal kerana dapat menarik minat orang yang berlainan kaum.[4] Kehidupannya telah memainkan peranan utama dalam komedi kerana watak Atan dan Atok diilhamkan oleh kampungnya dan asuhannya di mana dia bertemu dengan orang yang berlainan bangsa.[3][4]

Pelakon, Pelawak, Pengacara Kemahiran : Berlakon, Komedi, Mengacara

Beliau sering beraksi dengan keletah 'Atan', budak lelaki yang sering membuli datuknya, masih mencuit hati penonton walaupun selepas lebih 46 tahun pelawak terkenal Datuk Jamali Shadat menggayakan serta melontarkan suara kanak-kanak itu.

Sepanjang 46 tahun penglibatannya dalam komedi lawak, Jamali banyak membudayakan lawak keharmonian hubungan antara kaum malah menyatukan mereka dalam jenakanya.

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Catatan
1983 Aku Yang Berhormat Filem pertama
1986 Hantu Siang Tuan Kadi
2003 Mr. Cinderella 2 Pak Samad
2009 Senario The Movie Episode 2: Beach Boys En. Mansor
2010 Semerah Cinta Stilleto Pak Wan
2012 Sun Sun Thatha Mr. Sun Sun Filem Tamil dan terakhir

Televisyen[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
2007 Raja Lawak Astro Mentor Musim Pertama Astro
2012 Sugeh Pak Hamid Telefilem
2016 Upin & Ipin Atan (suara) TV9 Tampil dalam 3 episod

Penampilan televisyennya yang lain termasuklah Atan Oh Atan Oi (2000) dan Jamali Shadat Show (2001).

Penghargaan[sunting | sunting sumber]

Anugerah Tahun Kategori Keputusan
Anugerah Lawak Warna 2014 2014 Anugerah Khas Juri - Artis Veteran Menang

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Grace Chan (June 21, 2016). "Jamali Shadat loves serving community at local mosque and surau". Dicapai pada July 15, 2019.
  2. ^ Ingatan Jamali merosot, banyak berdiam diri
  3. ^ a b Shaharuddi, Muhammad; Khairuddin, Dinah (13 December 2012). "Datuk Jamali Shadat is a legend who tickles your funny bone". New Straits Times. Dicapai pada 18 July 2019.
  4. ^ a b Devi, K. S. Usha (21 January 2007). "Crackin' up with Jamali". Dicapai pada 18 July 2019.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]