Jamaluddin Mohd Radzi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Yang Berhormat
 Jamaluddin Mohd Radzi
Jamaluddin Mohd Radzi

YB Jamaluddin Mohd Radzi


Ahli DUN
untuk N59 Behrang, Perak
Penjawat kini
Mula berkhidmat 
2008
Didahului oleh R. Apalanaidu

Tarikh lahir 1950-an
Parti politik Bebas
Pekerjaan Ahli politik
Agama Islam

YB Jamaluddin Mohd Radzi merupakan ahli politik bebas Malaysia berketurunan Melayu yang merupakan salah seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Negeri Perak. Dahulu beliau merupakan ahli Parti Keadilan Rakyat. Beliau keluar dari PKR menjadi ADUN bebas pada awal 2009 bersama-sama dengan Mohd Osman Mohd Jailu (PKR) dan Hee Yit Fong (DAP), menyebabkan berlakunya krisis politik Perak 2009.

Pada asalnya, beliau adalah seorang posmen sebelum menceburi bidang perniagaan. Beliau aktif dalam PKR negeri Perak dan telah bertanding dua kali untuk kerusi DUN Behrang. Beliau berjaya memenangi DUN berkenaan pada pilihan raya umum 2008 menewaskan calon BN dari MIC. Malah ketika perjumpaan antara PAS, PKR dan DAP untuk menubuhkan kerajaan di Perak, nama beliau antara yang disebut-sebut untuk dipilih menjadi Menteri Besar Perak. Akhirnya Ir. Haji Nizar dipilih.

Dalam krisis politik Perak pada Februari 2009, beliau bersama ADUN Changkat Jering, Osman Mohd Jailu dan ADUN Jelapang, Hee Yit Fong telah bertindak mengisytiharkan diri mereka sebagai ADUN Bebas dan menyokong Barisan Nasional untuk menubuhkan kerajaan baru di Perak.

Isu dan kontroversi[sunting | sunting sumber]

Rasuah[sunting | sunting sumber]

Pada 6 Februari 2013, Mahkamah Rayuan yang diwakili oleh dipengerusikan Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Md Raus Sharif sebulat suara mengekalkan pembebasan mereka daripada pertuduhan rasuah.[1]



Rujukan[sunting | sunting sumber]