Jambatan Air Magdeburg
| Jambatan Air Magdeburg جمبتن اير مڬدبورڠ |
|
Pemandangan jambatan dari atas. |
|
| Membawa | Kapal, pejalan kaki |
|---|---|
| Menyeberangi | Sungai Elbe |
| Lokasi | Magdeburg, |
| Panjang | 918 m (690 m di daratan dan 228 m di atas air) |
| Lebar | 34 m |
| Kelegaan menegak | 90.00 m x 6.25 m |
| Mula dibina | 1997 |
| Siap dibina | 2003 |
Jambatan Air Magdeburg (جمبتن اير مڬدبورڠ) (Jerman: Wasserstraßenkreuz Magdeburg) merupakan sebuah jambatan air di Jerman yang dibuka pada bulan Oktober 2003. Jambatan ini menghubungkan Terusan Elbe-Havel dengan Terusan Mittelland yang merentasi Sungai Elbe. Jambatan ini terkenal kerana ia merupakan jambatan air terpanjang di dunia dengan jumlah sepanjang 918 meter (3012 kaki).[1]
Terusan Elbe-Havel dan Terusan Mittelland sebelum ini telah bertemu berhampiran dengan Magdeburg tetapi di sisi yang bertentangan dengan Sungai Elbe yang berada pada ketinggian yang jauh lebih rendah daripada dua terusan ini. Kapal yang bergerak di antara dua terusan ini perlu melalui lencongan sepanjang 12 kilometer (7.5 batu), meneruni dari Terusan Mittelland melalui lif bot Rothensee ke Elbe dan kemudian belayar di hilir sungai sebelum ke Terusan Elbe-Havel melalui pintu air Niegripp.
Isi kandungan |
[sunting] Galeri
[sunting] Rujukan
- ↑ "Magdeburg Canal Bridge". Structurae. Nicolas Janberg ICS. http://en.structurae.de/structures/data/index.cfm?ID=s0010460. Capaian 2011-01-07.
[sunting] Bibliografi
- Karl Jüngel, Das Wasserstraßenkreuz bei Magdeburg, Undated, ca. 2003
[sunting] Pautan luar
Media berkaitan Jambatan Air Magdeburg di Wikimedia Commons- Rencana berita - dw-world.de
- Galeri foto - snopes.com
- Pemandangan jambatan - Google Maps
- Magdeburg Canal Bridge di pangkalan data Structurae