Jambatan Persahabatan
Koordinat: 5°50′20.09″U 101°53′32.74″T / 5.8389139°U 101.8924278°T
| Jambatan Persahabatan Jambatan Bukit Bunga-Ban Buketa |
|
|---|---|
| Membawa | Kenderaan bermotor |
| Menyeberangi | Sungai Kolok, Sempadan Malaysia-Thailand |
| Lokasi | Bukit Bunga, Kelantan |
| Reka bentuk | Jambatan galang kotak |
| Panjang | 120 m |
| Lebar | 16.9 m |
| Dibuka pada | 21 Disember 2007 |
Jambatan Persahabatan adalah jambatan yang di bina melintasi Sungai Golok yang menjadi sempadan antara dua negara. Jambatan tersebut untuk menyambung persahabatan antara kampong Bukit Bunga di bahagian Kelantan, Malaysia, dengan kampong Bukit Tal Tempat 2, Mukim Lokjud, Daerah Weng, Wilayah Narathiwat. Jambatan ini merupakan jambatan kedua selaian jambatan Sungai Golok, daerah Sungai Golok, Narathiwat. Selama setahun jambatan ini di bina dengan anggaran bajed 90 juta Bath. Anggaran biaya tersebut dikeluarkan oleh kedua-dua negara, separuh– separuh. Jembatan ini di buka memberi perkhitmatan pada jam 08.00 pagi– 5.00 petang. Jambatan ini merupakan salah satu Program Kerjasama dalam Rangka Perkembangan Ekonomi antara Tiga Negara ( Malaysia - Thailand Growth Triangle : IMT-GT) dan ia juga merupakan strategi perkembangan kerjasama Thailand dengan Malaysia (JDS). Kedua-dua Negara telah menandatangani pembangunan jambatan tersebut pada 14 Oktober 2004.
Wakau bagaimanapun, pembinaan tertunda di sebelah Thailand akibat pemberontakan yang semakin ganas di wilayah-wilayah berhampiran. Akhirnya, jambatan ini dibuka pada 21 Disember 2007 oleh Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Perdana Menteri Thailand Surayud Chulanont. [1]
Rujukan [sunting]
- ↑ "The Official Opening Ceremony of the Second Bridge Crossing the Kolok River". Ministry of Foreign Affairs, Thailand. http://www.mfa.go.th/web/2642.php?id=23029. Capaian 2008-01-04.