Jambatan Sungai Johor
| Jambatan Sungai Johor | |
|---|---|
| Membawa | Kenderaan bermotor |
| Menyeberangi | Sungai Johor |
| Lokasi | |
| Penyelenggara | Senai-Desaru Expressway Berhad |
| Pereka | Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) Ranhill Engineers & Constructors Sdn Bhd |
| Reka bentuk | Jambatan kabel penahan |
| Panjang | 4 km |
| Lebar | -- |
| Rentang terpanjang | 500m (0.500 km) |
| Dibina oleh | Ranhill Engineers & Constructors Sdn Bhd |
Jambatan Sungai Johor merupakan sebuah jambatan lebuh raya merentasi Sungai Johor di Lebuhraya Senai-Desaru
. Jambatan kabel penahan sepanjang 4 kilometer ini menghubungkan Pulau Juling berhampiran Kong Kong di sebelah barat ke Tanjung Penyabong di sebelah timur. Dibuka pada 10 Jun 2011[1], ia merupakan jambatan sungai terpanjang di Malaysia selepas Jambatan Raja Pemaisuri Bainun (Jambatan Sungai Dinding) di Perak.
Isi kandungan |
Sejarah [sunting]
Pembinaan bermula tahun 2005. Pembinaannya diketuai Senai Desaru Expressway Berhad dengan kontraktor utamanya Ranhill Engineers & Constructors Sdn Bhd. Jambatan tersebut sepatutnya sudah siap pada Disember 2008, tetapi pembukaannya beberapa kali tertangguh, dibuka bersama-sama fasa kedua lebuh raya tersebut pada 10 Jun 2011.
Spesifikasi [sunting]
Panjang bahagian utama jambatan ialah 1708 meter, rentangan utama sepanjang 500 meter merentasi Sungai Johor. Dua menara utama jambatan tersebut adalah setinggi 143 meter.[2]
Galeri [sunting]
Rujukan [sunting]
- ↑ http://news.asiaone.com/News/AsiaOne%2BNews/Malaysia/Story/A1Story20110610-283310.html
- ↑ http://www.e22.com.my/Our-Bridge.html
Pautan luar [sunting]
| Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan: Jambatan Sungai Johor |
- Senai-Desaru Expressway Berhad (SDEB)
- Longest cable-stayed bridge planned (The Star, December 18 2006)