Jambatan akar

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Jambatan akar, objek pelancong yang berpotensi di Kabupaten Pesisir Selatan

Jambatan akar adalah jambatan yang terbentuk dari jalinan dua akar pokok yang tumbuh bertentangan dan membentang di atas aliran Batang Bayang di kecamatan Bayang Utara, kabupaten Pesisir Selatan, Sumatera Barat.[1] Dalam bahasa Minang, jambatan yang letakaknya Sekitar 88 km sebelah selatan kota Padang ini oleh masyarakat dinamakan titian aka.

Jambatan ini mempunyai panjang 25 meter dan lebar 1,5 meter dengan ketinggian dari permukaan sungai sekitar 10 meter, mula dicipta pada tahun 1890 dan baru dapat digunakan pada tahun 1916.[2] Dengan kata lain, proses merajut akar menjadi jambatan ini memerlukan masa lebih kurang 26 tahun. Kini, keadaannya semakin lama semakin kuat kerana semakin besarnya akar pohon beringin yang membentuknya.[3]

Rujukan[sunting | sunting sumber]