Jambatan gantung Kutai Kartanegara

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Jembatan Kutai Kartanegara ing Martadipura
Membawa Kenderaan bermotor dan pejalan kaki
Menyeberangi Sungai Mahakam
Lokasi Kutai Kartanegara, Kalimantan Timur
Panjang 710 meter
Rentang terpanjang 270 meter
Mula dibina 1995
Siap dibina 2001
Tol Rp1.000 (bebas tol selepas beberapa tahun)
Ditutup 26 November 2011 (runtuh)
Jambatan Kutai Kartanegara sebelum runtuh.

Jambatan gantung Kutai Kartanegara sepanjang 720 meter terletak di Samarinda,Kalimantan,Indonesia. Rekabentuk jambatan ini menyerupai Jambatan Golden Gate di San Francisco, Amerika Syarikat. Ia menghubungi bandar Tenggarong dan Samarinda di wilayah Kalimantan Timur. Jambatan ini terletak di daerah utai Kartanegara , Borneo siap pada 2002.

Runtuh[sunting | sunting sumber]

Stesen televisyen TVONE melaporkan jambatan ini runtuh ketika penuh sesak dengan kenderaan. Sekurang-kurangnya sebuah bas dan hampir 12 buah motosikal terjunam ke dalam Sungai Mahakam. Beberapa buah kereta turut terjunam ke dalam sungai. Kapten Syafii Nafsikin melaporkan 11 orang terbunuh manakala 39 yang lain cedera dan 33 masih hilang.[1] Sutopo Purwo dari Agensi Pengurusan Bencana memaklumkan bahawa kedalaman sungai itu 40 meter. Pasukan penyelamat menggunakan 'ultra sound' untuk mengesan runtuhan batu , kenderaan dan mangsa yang mungkin terperangkap.


Kabel besi menyokong jambatan ini menjadi lemah selepas dilanggar bot beberapa kali. Pada tahun 2010, kapal kargo membawa arang batu melanggar jambatan ini dan hampir runtuh.Djoko Kirmanto selaku Menteri Kerja Raya Indonesia memaklumkan punca itu kepada The Jakarta Post.Presiden Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono mensasarkan pertumbuhan ekonomi 6 peratus. Pelabur asing pula kecewa dengan infrastruktur tidak diperbaiki , pentadbiran pula dikelabu oleh rasuah dan 'red tape'.Kira-kira 20 dana projek dibayar untuk rasuah. Sri Adiningsih seorang pensyarah economi Universiti Gadjah Mada di Jogjakarta menyatakan kualiti bangunan menjadi rendah kerana rasuah berleluasa.

Pada Oktober 2011, sebuah jambatan d selatan Sumatera runtuh kerana muatan trak berlebihan. Pada September 2011 jambatan yang sedang dibina turut runtuh juga di selatan Sumatera. Pada Oktober 2010, 12 kanak-kanak yang menghadiri perayaan tradisional terbunuh apabila jambatan runtuh. Pada April 2009, seorang terbunuh apabila jambatan runtuh di tengah Kalimantan.[2]

Rujukan[sunting | sunting sumber]