Jambia
Jambia merupakan satu senjata yang memiliki bentuk mata bengkok serta dihiasi salutan perak atau emas dengan ukiran bunga dan awan larat. Senjata ini berasal dari Timur Tengah dan diterima masuk dalam budaya Melayu sebagai hiasan peribadi. Ukuran matanya antara 20 hingga 30 sentimeter dengan cara menggunakannya mencekok dan melebar mengikut alunan bentuk kedua-dua matanya.
Jambia, atau jambiay (Skrip Arab جنبية), adalah istilah Arab bagi pisau, tetapi biasanya digunakan bagi menggambarkan sejenis pisau khusus dengan mata bilah pendek dan melengkung yang dikenakan pada pinggan. Sungguhpun istilah jambiah turut digunakan di negara-negara Arab lain, ia paling dikaitkan dengan penduduk Yemen. Lelaki berusia melebihi 14 tahun mengenakannya sebagai hiasan kepada pakaian mereka.
Isi kandungan |
Jenis-jenis jambia [sunting]
Sebagai mana senjata-senjata lain, jambia terdapat dalam pelbagai jenama. Harga jambia di Yaman antara 500 Rial Yaman sehingga 200 juta Rial Yaman. Jenis Jambia dikaitkan dengan bahan yang digunakan termasuk kualiti dan reka bentuknya.
Hulu atau pemegangnya [sunting]
Bahagian terpenting bagi jambia ada;ah hulunya. Malah, harga jambia dalam kebanyakan kes ditentukan oleh hulunya. Hulu saifani diketahui sebagai paling terkenal dan didapati pada mata kaum bangsawan. Hulu saifani dihasilkan daripada tanduk badak, yang mampu mencecah $1500 USD setiap kilogram. Versi ulu saifani berbeza dibezakan melalui warnanya. Kebanyakan ulu jambia lain diperbuat daripada tanjuk jenis lain atau daripada kayu. Selain daripada jenis bahan yang digunakan bagi menghasilkan ulunya, reka bentuk dan perincian pada ulunya menggambarkan nilai dan status pemiliknya.
Bilah, sarung dan tali pinggang [sunting]
Dalam kebanyakan kes bilah mata dua jambia dihasilkan dengan keluli. Mata bilah disimpan dalam sarung, biasanya diperbuat daripada kayu. Sarungnya biasanya dihiasi dengan pelbagai hiasan yang melambangkan status pemiliknya. Ia termasuk hiasan perak, batu separa berharga dan kulit. Sarung itu diletakkan pada tali pinggang kulit yang biasanya selebar 2-3 inci. Tali pinggang ini biasanya dikenakan dibahagian bawah badan. Terdapat barangan lain dikenakan pada tali pinggang ini, seperti dompet perak bagi menyimpan wang dan duik kecil.
Kegunaan jambia [sunting]
Sungguhpun ia menunjukkan status pemilik, jambiah masih merupakan senjata. Sungguhpun ia dugunakan dalam pertikaian, terdapat kebiasaan budaya yang perlu dipatuhi bagi mengelakkan fitnah. Jambia hanya patut dihunus dalam kes pertkaian melampau. Ia juga biasanya digunakan dalam upacara tradisi seperti tarian.
Jambia Yemen [sunting]
Jambia merupakan pisau pendek yang digunakan oleh kaum lelaki di Yemen. Ulu jambiah menunjukkan status lelaki yang mengenakannya.
Struktur dan buatannya [sunting]
Jambia terdiri daripada ulu, bilah dan sarung yang memegang mata bilah. Sarungnya dihasilkan daripada kayu tertentu, bagi memegang mata bilah yang dilekatkan pada pinggan dengan cara yang kemas. Tali pinggang yang memegang jambia diperbuat daripada kulit yang disamak, atau kain tebal. Terdapat pasaran khusus dan pasar buatan tangan yang menghiasinya dengan wayar emas.
Ulu jambia sering kali menunjukkan status masyarakat bagi pemiliknya, Sesetengah Yahudi Yemen dilarang mengenakannya bergantung kepada kawasan dan tempoh, sementara secara sejarah belati terbaik sering kali dihasilkan oleh Yahudi. Jambia dihasilkan daripada tanduk kerbau Afrika, gading, dan juga tanduk Almoswae. Sekilo bahan ini seringkali mencecah $1,500 USD. Pembuatnya menerima bahan ini melalui penyeludupan, disebabkan pengharaman perdagangan antara bangsa bagi bahan ini. Ini dianggap menyumbang kepada kemerosotan penghasilan Jambia berharga. Tanduk badak sering kali dianggap paling berharga. Nilai jambia meningkat apabila ia menerima kualiti moden dan dan silam.
Rujukan [sunting]
Nota [sunting]
| Rencana ini mengandungi satu senarai rujukan, bacaan berkaitan atau pautan luar, tetapi sumber-sumber masih tidak jelas kerana ia kekurangan petikan dalaman. Sila baiki rencana ini dengan memperkenal petikan yang lebih tepat lagi yang mana sesuai. (April 2009) |
Sumber [sunting]
- Friedman, David and Cook, Elizabeth. "Cariadoc's Miscellany: Notes on Islamic Clothing". www.pbm.com. http://www.pbm.com/~lindahl/cariadoc/islamic_clothing.html. Capaian 2008-06-09. 1988, 1990, 1992.
- "Ethnographic Arms & Armour - The Yemeni Jambiya". www.vikingsword.com. http://www.vikingsword.com/vb/showthread.php?t=1086. Capaian 2008-06-09.