Jambu bol

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Jambu kepal)
Lompat ke: pandu arah, cari
Jambu bol
frames
Pengelasan saintifik
Alam: Tumbuhan
Divisi: Magnoliophyta
Kelas: Magnoliopsida
Order: Rosales
Famili: Moraceae
Genus: Eugenia
Spesies: E. malaccaensis
Binomial: Eugenia malaccaensis


Jambu bol atau dikenali dengan nama jambu kepal dan jambu merah adalah tumbuhan dari famili Myrtaceae. Jambu ini tidak sama dengan jambu air. Jambu bol dipercayai berasal dari Malaysia dan Indonesia tetapi taburannya kini boleh didapati di India, Asia Tenggara hingga ke Kepulauan Pasifik. Ia juga ditanam di sekitar Amerika Tengah dan Amerika Selatan.

Penanaman[sunting | sunting sumber]

Jambu bol ditanam secara biji, keratan, kaedah tut atau cantuman. Pokoknya boleh tumbuh di kawasan yang banyak menerima hujan serta tanah yang berat.

Khasiat[sunting | sunting sumber]

Jambu bol boleh dimakan mentah dan rasanya agak masam sedikit. Putik berwarna hijau tetapi setelah masak berwarna merah. Buah ini sedap sama ada dicecah kicap bergula, garam atau sambal belacan. Ia juga boleh dicampur dalam rojak atau salad dan dibuat jus buah, jem dan jeli.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]